Pasangan busy?

9 comments
Ada sorang kawan aku. Beberapa bulan yang lepas, dia bagitau yang dia jatuh hati dekat sorang nurse ni. Dia cakap dia serious nak dekat nurse tu. Dia bagitau yang nurse ni baik.. berhijrah. Dulu free hair. Sekarang sudah lain. Berhijab even tidak sempurna. Ada rupa. Sekarang sudah bekerja sambil belajar. Oohh.., nurse dan kawan aku ni dua dua warga singapura.

Sebulan yang lepas dia bagitau, dia dengan nurse tu macam ada chance. Nurse tu pun macam ada perasaan juga dekat dia. Entah, aku tak tahu tactic apa yang dipakai oleh kawan aku tu untuk memikat nurse. Jampi serapah tu memang tak la.  Tak ada pengalaman untuk aku tulis entry "Tips Memikat Nurse". Kalau " Tips Memikat Doktor" tu boleh kott. Haha. Dia juga bagitau yang dia dan nurse tu dah jumpa. Maybe juga dari mata turun ke hati. Dari hati turun ke... usus besar? Usu besar turun ke..? Haha.

Beberapa hari lepas dia text aku. Cakap nurse tu minta putus dengan dia. Pehhh. Kejapnya perhubungan. Aku tanya kenapa. Dia cakap nurse tu buat silap. Nurse tu ajak jumpa, and last minit dia sendiri cancel kerana dia penat dengan kerja. So, kawan aku ni maybe makan hati kot. Merajuk la konon. Senyap membisu dengan nurse. Body language yang dia merajuk. Kott!! Haha. Disebabkan tu laa, last nurse tu text minta putus sebab maybe dia tak dapat nak bahagiakan si kawan aku ni. Nurse ni rasa bersalah aku rasa. Dia tak nak orang dia sayang tak bahagia. Hmmmm..

Aku tanya laa. Habis dia nak putus ke dengan nurse tu. Dia cakap entah. Dia macam dah tak  ada perasaan dah dekat nurse tu. Pulaaa! Haha. Macam-macam!! Dia bagitau, dia je yang selalu kena give. Asyik give jee. Kalau dia ajak si nurse tu jumpa, and tetiba si nurse tu cancel sebab penat or something tak apa je. Kalau si nurse tu ajak dia jumpa, dia tak boleh cancel even dia tengah penat. Kiranya asyik nurse tu je lah yang betul. Kiranya keputusan di tangan nurse tu. Aku bagitau, kalau dah tak ada perasaan, jangan jadi jahat. Bagitau jee nurse tu. Hmmm. Luahan hati. Aku tukang dengar je. Hihi.

Eh, macam situasi aku je. Aku bagitau dia. Kalau kita sayang dia dengan ikhlas, kita tak kisah kalau kita asyik give je. Mungkin juga kita rasa bahagia dengan asyik give je untuk orang yang kita sayang. Bukankan erti hidup itu lada memberi. Nurse tu maybe betul betul penat. Pagi kerja, malam kelas. Memang penat lah. Robot pum boleh hang. Seeloknya kita kena tahu risiko untuk jadi pasangan yang kerjayanya semacam ni. Mungkin ada sedikit rasa diri kita diabaikan. Haha. Di sini perlunya kefahaman dan juga komunikasi. Baru relay tu akan smooth je.

Si dia cuba yakinkan pasangannya, even dia busy.. tak ada masa untuk pasangan dia, dia tetap sayangkan pasangannya. Sentiasa rindu dan tak pernah lupakannya. Sentiasa ucapkan kala ada waktu free menyebabkan dia tak terasa diabaikan. Betul ke? Haha. Hentam jee. Pihak satu lagi pula kena lah faham. Dah nak sangat dengan orang busy, memang tu lah risikonya. Make sure selalu bersangka baik yang dia sentiasa sayangkan kita. Faham situasi dia yang busy dan penat. Insya Allah, semuanya okay kalau dua dua pihak mainkan peranan.

Terbaru dia bagitau nurse tu text 'rindu' dekat dia!! Apa kesudahannya? Heee
**ada iras ayat doktor cinta ke? Haha
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

9 comments:

  1. salam...adik angkat akak nurse de kawen dengan pelajar di Madinah..cinta madinah gitu..alhamdulillah jodoh mereka..



    ReplyDelete
  2. Salam
    Mmg la mencabar kot klu dpt pasangan busy. Dia kena tny pendapat pasangan kpd doktor sbb gaya dan rutin kerja lbh kurang kot. Hehe

    ReplyDelete
  3. Hurmmmm kira ini satu kelebihan untuk org yg menjalinkan hubngan jarak jauh la kan.xpayah nk selalu jumpa nak cancel kl penat ke ape.haha

    Hubungan jarak dekat ke jauh ke busy ke tak ke yg penting kna saling memahami kot.sng cite follow the flow ja.benda ni xleh nk paksa2.kalau ada jodoh jadi mcm mna sekalipun last2 bersama jgak kan.tak gitu?.so enjoy la dgn life masing2 smntra masih bujang tak punya komitmen lg :p

    ReplyDelete
  4. fuhh.. dah jadi doktor cinta bro? mcam tu r kawan, bila kawan ada maslah kita ada bersama utk mndengar masalah dia..

    ReplyDelete
  5. ;) sorry kalau rasa diabaikan. Thanks sebab always faham my life as doctor to be. Thanks sebab selalu giveee. Terasa la baca entry ni. Hahahah.

    ReplyDelete
  6. berkelip kelip aku baca.. sejak bila doktor mee cintun nie?? hahaha..

    salam ramadhan..

    ReplyDelete
  7. amboii..doktor vs nurse..hahaha

    ReplyDelete
  8. hhmmm...relationship mmg bende yang complex. kalau betul2 dah ditakdirkan jadi soulmate mmg tak akan kisah sume tu.. ada kala bende2 cenggitu pun ujian jugak kan. =)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia