Skip to main content

Misteri Malam Itu

Malam ini sungguh indah. Bulan mengambang penuh dengan warna kuning yang berbias keputihan. Tompok-tompok awan mencorakkan lagi langit yang indah dengan sinar gemerlapan bintang. Sungguh, cantik nan indah. Tak terungkap dengan kata-kata. Ringan mulut menutur 'subhanallah'. Pada ciptaanNya ada seribu tafsir. Kadang-kadang cahaya petunjuk kepada yang sesat dalam kekufuran. Malam 15 Ramadan.

Ku menarik perlahan motorsikal dari bawah garaj. Gelap. Enjin dihidupkan. Aku memandu dalam kegelapan menelusuri jalan raya. Malam. Selalu disinonimkan dengan misteri, mistik dan kejahatan. Selalu dimogokkan dengan kisah hantu dalam kalangan masyarakat Melayu. Paranoid dengan kisah lebuh raya Karak. Hantu itu wujud pada waktu malam!! Kemuncaknya 2-3 pagi. Orang cakap, hantu akan menjelmakan diri jika kita takut kepadanya. Persoalannya... macam mana hantu itu tahu kita takut kepadanya? Reaksi muka? Perbualan kita?

Sehingga kini ia masih lagi menjadi teori dalam diri aku. Teori yang belum dapat dibuktikan lagi. Tapi, ini bulan Ramadan. Sejak kecil lagi aku selalu dengar yang syaitan ini akan dirantai pada Ramadan. Manakala hantu itu adalah jenis syaitan. Automatik hantu pun akan dirantai. Aku berani. Berani membedah gelap malam tanpa perlu risau pasal hantu pada malam ini. Jika jalan itu berseri dengan lampu-lampu jalan seperti di kota raya, tentu ia tidak menjadi masalah. Ini tidak, sepanjang jalan, kiri kanan adanya pohon kayu, semak samun, hutan belukar dan kebun getah.

Destinasi aku adalah rumah kawan aku. Dalam 7-8 km. Melalui jalan yang gelap. Kiri kanannya adalah sawah padi. Malam yang dingin.. aku memandu motor dengan santai. Menikmati angin sawah menyapa mukaku. Biarkan ianya membelai lembut. Sambil sambil tu mulut aku menyanyi lagu 'sepanjang-panjang malam yang aku lalui...' aku lupa siapa yang mendendangkannya. Hanya lampu motor penyuluh jalan. Aku sengaja melalui jalan alternatif. Lebih senang dan tidak berserabut. Tapi risikonya adalah sunyi dan kurang manusia yang melaluinya. Meter motor menunjukkan 40km/j. Santai bukan?

Tapi makin lama aku dalam gelap malam, aku rasa makin berdebar. Debaran yang tak sama tika berbual dengan si dia melalui telefon. Petanda apakah ini. Ada hantu? Atau hantu manusia? Hantu manusia memang lebih zalim dan kejam dari hantu syaitan. Boleh bagi impak kecederaan pada mental dan tubuh badan. Pelbagai andaian menerjah ruang fikiran. Mungkin ada penyamun di hadapan sana? Negative thinking! Mungkin ada hantu betul mengekori aku dari belakang semacam cerita seram melayu? Andaian kurafat! Mungkin motor rosak kejap lagi? Andaian bukan-bukan!

*apakah misterinya? Hihi

Comments

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-