Merapu lagi

3 comments


Orang yang sedang dalam suatu perhubungan tahu yang jujur dan kepercayaan adalah dua key untuk selama mana hubungan itu boleh bertahan. Diukur dan dinilai. Ibarat satu key yang boleh diceraikan menjadi dua bahagian. Katakan satu key sahaja yang berfungsi, key yang satu lagi akan akan hilang fungsi automatically. Tanpa salah satu, mustahil sebuah hubungan itu boleh terjalin dengan baik. Semua itu kepuraan. Dua kunci yang perlu bergabung untuk menjadi satu, untuk membuka ruang kemanisan suatu perhubungan. Kecapi manis itu bersama sama untuk selamanya.

Rasa dah ada entry pasal jujur ni. Suami isteri khususnya perlu jujur walaupun untuk sekecik kecik hal. Biar nampak hal tu remeh, tapi.. jujurlah. Biar nampak usaha untuk kita membalas kepercayaan yang diberi tu. Jujur sejujur jujurnya. Biar perit, biar leceh. Jujur itu main point. Kita maybe kata, ''hmmmm. Tak ada effect kalau tak bagitau yang sebenar hal tu ni..sama je, leceh". Tu sekarang, tapi..ia akan makan masa yang lama untuk nampak kesan tu. Ibarat luka dari dalam, kita tak nampak. Perlahan lahan dia merosakkan kita tanpa sedar. Parah bukan?

Tak percaya?, try lah buat. Tapi, ada sometime isteri nak juga bergurau dengan kita. Seeking attention dengan kita. Dia tak jujur memanjang je. Contoh kita tanya, "Sayang dah makan?" Then dia jawab, "Belum, nak makan dengan abang. Dah lama tak makan sama-sama." Padahal dia dah makan. Siap tambah dua pinggan lagi. Dalam hal ni lain.. si isteri maybe explain pula lepas tu. Tu normal lah untuk bergurau senda, rencah penyedap rasa dalam rumah tangga. Kalau isteri tak explain lepas tu, tu yang kurang enak sikit. Expired perencah tu nanti. Nanti suami pula makan hati. Haha

Conclusionnya, most part suami isteri kena jujur. Kalau hadapi masalah kewangan, suami bagitau jika isteri tanya. Isteri tak tanya,  suami segan nak bagitau, takut isteri risau, tunggu dia tanyalah. Mesti dia perasan kalau dia isteri yang super awesome. So on dengan masalah lain. Make sure soalan remeh temeh jawab dengan jujur jika ditanya dengan serious even kekadang leceh. Boleh jadi, ada yang makan hati biarpun kita anggap benda tu nothing. Kalau tak nak jawab jujur, pastikan ada hint yang kita nak gurau senda. Pandai-pandai lah. Kawin pandai, benda macam tu kecik jee. Haha.

P/S : FA dah busy sekarang ni. :( :( hehe

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. tapi bab jujut ni selalunya mmg payah nak dipraktikkan kan. terutamanya apabila di tanya hal hal silam dengan bekas makwe dulu... huhu

    ReplyDelete
  2. Baiklah jujur dari pecah tembelang di kemudian hari.

    ReplyDelete
  3. Sorru because im too busy. Its for our future kan? ;) sorry tau.

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia