Melalut ke Laut

1 comment

Lelaki selalu sahaja dikaitkan dengan Mostly juga lelaki kena berdikari kerana golongan ini bakal mengetuai keluarga. Tak most la. Kena jadi ALL. Tak kira lah sebuah atau banyak buah keluarga. Janji adil dan mampu. Mereka ini adalah kapten kapal bahtera yang berlayar di tengah lautan. Karam atau selamat sampai ke destinasi adalah tanggungjawab kapten kapal ini. Besar tanggungjawab. Kalau tak berdikari dari awal.. awal awal lagi boleh nampak macam mana hala tujunya nanti.

First sekali kena buktikan yang kita adalah mampu berdikari dalam hal duit. Hal kewangan. Jangan mengharapkan mak bapak sangat even mak bapak adalah dato' mahupun tan sri. Kalau aku, rasa malu juga  as lelaki tapi tak guna kudrat tenaga kita untuk cari duit. Takkan kawin nanti pun nak sara anak bini minta duit dengan mak ayah?! Lupakah yang lelaki itu kuat berbanding perempuan? So, bagi adik beradik perempuan je lah minta duit dekat parents. Jangan minta, kalau bagi..sapu jee. Haha.

Aku ingat lagi masa sekolah rendah, tiap pagi jumaat aku selalu ikut bapa aku pergi hantar sorang makcik ni pergi pasar tani. Makcik ni macam peraih la. Jual pisang and buah-buahan tempatan. Import tak main, tak ada stok. Bapa aku bawa lori dan aku masa tu akan stay kat belakang lori tuu. Kalau lori tu tengah jalan then berhenti, maknanya ada la tu pisang ke apa yang kena angkut naik. So, tu kerja aku. Angkat atas lori then susun elok elok sampailah kat pasar then bawa turun kat tapak menjual makcik tu. Nanti dapat lah upah 20 30 ringgit dia bagi. Masa tu 20 ringgit aku rasa dah banyak dah. Boleh buat beli burger  ayam dan air coconut shake dah. Happy sakan dah.

Tu sekolah rendah, biasanya hari jumaat je lah dapat duit macam tu.. tapi aku tak menabung sangat.. sekadar duit syiling je kalau ada lebih seposen dua masuk dalam bekas bedak johnson n johnson. Last sekali habis juga duit dalam tabung tu. Aku korek. Buat kerja bodoh! Haha. Masa tu fikir nak beli je. Beli sampai habis sebab tahu je yang minggu depan dapat duit lagi. Bukan nak bangga diri, tapi.. aku jarang sangat minta duit dengan parents. Aku rasa cukuplah dengan beras lauk kat rumah tu yang diorang bagi aku makan. Cukuplah dengan yuran dan kelengkapan sekolah..nak benda lain, usaha sendiri. Jangan minta!! Kalau bagi ambil jee.. rezeki jangan ditolak yee. Ingat tuu.

Bapa aku ni ada kemahiran menukang. Biasanya ada je jiran jiran dekat rumah panggil dia kalau nak renovate rumah ke apa. Kalau ada, automatik dia akan minta aku pergi sekali. Tolong tolong mana yang patut. Maybe ni salah satu bapa aku ajar aku cara kemahiran hidup. Kenal simen cangkul apa. Pandai macam mana nak bancuh simen. Pandai kenal kayu 1/2, kayu 2/4. Pandai menukul paku. Nak duit? Takkk. Masa tu aku ikut je sebab nak dapat body berketul ketul macam arnold. Masa tu arnold memang zaman kemaruk aku laa. Hot dengan cerita terminator. Sebab kebanyakan orang buat kerja buruh binaan ni, aku tengok body dia akan berketul dan berurat. Haha. Tapi, aku tak tahu pulaa yang bapa aku akan bagi upah. Paling banyak 50 ringgit. Dapat la juga sekarang ni body fit even tak ketul-ketul.

Tu masa sekolah rendah. Darjah 4 ke atas aku rasa yang aku stop minta duit. Ikut bagi je berapa. Mesti cukup. Bila ada kelas fardhu ain, mak aku bagi 1.50 untuk duit saku. Bapa aku tanya, 'cukup?' Aku jawab je, 'cukupp!!' Masa tu cukup jee. Waktu sekolah, nasi 80 sen  sekali dengan lauk, air sirap 20 sen. Nak jimat minum air masak je. Selalu aku tak beli air sirap, kaler je merah..tapi tak ada rasa. Haha. Waktu kelas fardhu ain.. beli je keropok lekor 5 keping kat gerai luar tu. Sebab aku cakap je cukup tu sebab bapa aku bagitau yang dia kat sekolah dulu, atuk aku bagi 20 sen je dekat dia. See.. aku macam terpengaruh even harga pada zaman aku mana sama dengan zaman bapa aku. Inflasi. Hee. Bapa aku saja buat aku tercabar. Kalau ada van yang buat promosi jual dadih ke susu ke.. biasanya aku akan guna duit lebihan upah hari jumaat tu. Kalau ada tu.. ada lah.

**stop dulu la. rasa macam panjang sangat pula.
**asal nak buat tajuk 'berdikari' jee. Kena tukar tajuk nampaknya. Haha
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

1 comment:

  1. salam.. betul tu bro, aku pun malu r nak mintak duit kat mak aku.. dia pun bukannya ada duit sngat.. dari skolah men lg aku x mntak duit... yuran skolah smua tanggung sndiri

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia