Skip to main content

Manisnya Ramadan



Ramadhan datang tanpa dipinta, berlalunya ia tanpa dihalang. Saban tahun, Ramadhan akan datang. Cukup masa ia akan berlalu pergi. Andai umur kita panjang, kita akan sempat merasai Ramadhan, andai jodoh dengan dunia ini tidak panjang, selamat tinggal Ramadhan. Ramai yang tahu Ramadhan ini adalah satu bulan yang mulia. Bulan yang mana Al – Quran diturunkan, bulan yang mana syaitan akan dibelenggu sepanjang bulan, bulan yang mana terdapatnya seribu bulan dan banyak lagi. Tapi, ramai mana yang tahu menikmati dan memanfaatkan kemuliaan bulan ini? Ramai mana manusia yang pandai menghargai kemanisan bulan yang agung ni? Satu persoalan yang saya lontarkan khasnya untuk saya sendiri menjawabnya.

Ramadan itu akan terasa manisnya jika kita tahu bagaimana cara untuk memanfaatkannya. Hot chocolate pun, jika tidak ada kemanisan di dalamnya, tidak ada nikmatnya bukan? Kita ada gulanya, kita tidak gunakannya untuk kelazatan hot chocolate kita. Bukankah itu satu kerugian? Bukankah itu juga jelas satu kebodohan? Begitu juga Ramadhan, jika kita tahu di mana manisnya. Kita akan berusaha untuk menjadikannya satu fasa yang baru dalam hidup kita. Kita mahu jadikan Ramadan pada tahun ini adalah Ramadan yang paling bermakna. Lebih baik daripada Ramadan – ramadan yang telah lepas. Tak ada yang lebih tahu fasal manis dan nikmatnya Ramadan kecuali baginda junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Dia tahu betapa manis dan sedapnya Ramadan, dia juga tahu bagaimana cara dan kaedahnya untuk merasai betapa manisnya Ramadan.

Utamanya manis pada Ramadan itu adalah kerana adanya puasa. Suatu ibadah yang sudah sinonim bila mana sebut sahaja bulan Ramadan. Lebih dikenali juga dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia dengan bulan puasa. Sibuk mengintai anak bulan di kala penghujung Syaaban. Ingin menentukan bila kita akan berpuasa. Kalut bangun di dinihari untuk bersahur, bergegas menunggu waktu maghrib untuk berbuka. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Setiap amalan anak Adam itu digandakan pahalanya, satu kebaikan seumpama sepuluh, hingga 700 kali ganda. Allah berfirman (dalam hadis qudsi) : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah untuk Aku dan Aku lah yang akan memberi ganjarannya. Dia meninggalkan syahwatnya, makanannya kerana Aku. Dua kegembiraan bagi orang – orang yang berpuasa, kegembiraan ketika berpuasa dan kegembiraan ketika bertemu tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah.” [ Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah R.A ].

Nah, kalam dari Nabi s.a.w, tidak mungkin kita boleh berdusta. Orang yang betul – betul menjaga puasanya nescaya akan dapat merasai manisnya. Mana mungkin orang yang puasa tapi melakukan perbuatan haram punyai rasa gembira ketika ingin berbuka. Bukan begitu? Dia tidak dapat mengecapi nikmat dan kebahagian berpuasa di siangnya. Dia leka dengan perkara – perkara yang terkutuk. Seolah – olah puasa itu tidak memberi kesan kepada dirinya untuk menjadi seorang yang lebih bertakwa dan dekat kepada Allah. Sehariannya umpama hari – hari di bulan yang lain. Waktu berbuka hanya sekadar waktu makan malam baginya. Hilang satu manis di bulan Ramadan. Manisnya berpuasa. Suatu ibadat yang diganjari oleh Allah sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud : “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan pahala) maka diampunkan baginya dosa – dosa yang lepas.” [Hadis Riwayat Al Bukhari dan Muslim].

Ramadan adalah di mana dikenali juga dengan bulan Al Quran. Bulan di mana turunnya permulaan Al Quran. Nabi s.a.w juga menceritakan bahawa malaikat Jibril membacakannya Al-Quran setiap tahun adalah sekali pada bulan Ramadan, dan pada tahun kewafatan baginda, malaikat Jibril membacakannya dua kali. [Riwayat Bukhari dan Muslim]. Dua kelakuan oleh makluk Allah yang paling dekat dengan Nya pada bulan Ramadan iaitu dengan memperbanyakkan bacaan Al Quran. Mukjizat untuk penduduk bumi akhir zaman. Mukjizat teragung untuk Rasul yang teragung dan semestinya untuk umat yang teragung. Mungkin ia nya akan jadi amalan yang teragung jika dibacakan pada bulan yang teragung. Bulan Ramadan yang mana hanya diberikan untuk umat Nabi Muhammad s.a.w sahaja. Tidak pada umat - umat terdahulu.

Sungguh manis dan berertinya Ramadan kita kalau pada bulan Ramadan ini kita dapat mengkhatamkan sekali Al-Quran. Dapat menghabiskan 30 juz Al-Quran sepanjang bulan Ramadan ini. Pasti kita akan rasa nikmat dan jauh di sudut hati kita, mesti kita akan rasa bangga dengan diri sendiri. Mendabik dada dengan pencapaian sendiri. Mungkin sebelum ni kita sibuk dengan perkara perkara yang melalaikan, tapi dengan Ramadan kali ini, kita menanamkan azam dan target untuk menghabiskan bacaan Al-Quran dengan sempurna. Kita berjaya mendisiplinkan diri kita. Berjaya membuang belengu rantai kemalasan yang mengikat anggota badan kita. Cuba kita sehabis daya mencubanya, walaupun tidak dapat menghabiskannya, secalit rasa kemanisan pasti kita kecapinya. Punyai masa untuk Allah, punyai ruang untuk kalamNya. Lihat sahaja contoh para ulama dalam memperbanyakkan bacaan Al – Quran pada bulan Ramadan. Sebahagian mereka menghabiskan bacaan Al-Quran dalam masa tiga malam sahaja. Sebahagian mereka menghabiskan dalam setiap satu minggu dan ada juga sebahagian mereka dalam setiap sepuluh sehari khatam satu Al-Quran.

Mereka tahu apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Al – Quran itu besar pahalanya jika dibaca. Tidak lah satu huruf yang dibaca itu diberi pahala dengan satu juga, tapi dengan setiap satu huruf itu akan digandakan menjadi sepuluh. Hadiah yang paling bernilai buat umat akhir zaman. Orang yang mengerti dan menghayatinya sahaja yang tahu betapa manisnya ibadat tambahan dilakukan dalam suasana diri ini sedang berpuasa kerana Allah. Contoh lain adalah imam Syafie r.a, beliau akan mengkhatamkan Al- Quran dalam bulan Ramadan sebanyak 60 kali dan beliau membacanya di luar solat. Allahuakbar. Tidak setanding dengan amalan kita yang sekarang ni. Zaman yang semakin lalai dengan pelbagai rekaan teknologi. Zaman gadget. Zaman masa yang serba serbi tidak mencukupi. Kita yang semakin jauh dari zaman Nabi s.a.w ni paling kurang dapat habiskan Al-Quran sekali dalam sebulan ni pun dah dikira okay. Sudah terpampang kepuasan. Sekali dalam sebulan? Satu juz sehari? Banyak tu.. Muhasabah diri balik, adakah kita betul-betul tidak cukup dengan masa dua puluh empat jam yang diberikan oleh Allah. Kalau betul tidak cukup, sekurangnya kita membelek juga dua tiga lembaran mushaf di kala usai solat subuh. Paling tidak!

Sebenarnya banyak lagi jika kita hendak hitung kemanisan yang terdapat dalam bulan Ramadan. Barang manis ini adalah barang diminati oleh orang ramai, barang yang ada padanya kualiti dan harga. Tapi, tak ramai yang inginkan manis pada bulan Ramadan. Ramai yang mencari manisnya para gadis di luar sana untuk di jadikan isteri, manisnya madu si lebah untuk menjadi penawar kepada penyakit sehinggakan manis senyuman pun ada yang dikejarnya. Sungguh, kita semua ini adalah manusia yang leka dan lalai. Orang – orang yang terselamat adalah orang yang selalu berpesan dan saling menasihati pada kebenaran. Dunia yang makin hari makin penuh dengan ujian, makin hari teknologi makin canggih, dunia pesat  membangun. Pesatnya pembangunan jika tidak disertai dengan pesatnya nilai – nilai Islam, nescaya umat Islam makin jauh dari pegangan Islamnya. Dunia yang mana Nabi tidak akan turun lagi untuk memberi peringatan. Dunia yang bakal menuju penghujungnya. Jika sekarang kita tidak bertindak, mati kelak mustahil kita dapat menikmati manisnya Ramadan.

**saja mencuba untuk first time. tak tahu ni format jenis artikel ke rencana. haha
**FA sila komen ye. ulasan. wajib. baca sampai habis dulu. hee

Comments

  1. Bagusnya. I can't write my usrah like this. Seriously. Jauh baiknya. Jealous dengan orang bahasa ni.

    ReplyDelete
  2. dulu spm dapat A ek bm? hehe kidding..

    ReplyDelete
  3. uittt.. ostad ubibadok..
    panjangnya esei..
    hehe..

    salam ramadhan. :)

    ReplyDelete
  4. manisnya ramadhan dgan amal malam hari.. siang hari menahan lapar .. Nak manis lg, puasa d jalan Allah.. memang nikmat..

    ReplyDelete
  5. semakin dah dewasa kenapa terasa ramadhan sekejap je.. =(

    p.s : ala baru aku tau ko ni pemalu..nak kad isi je form tu..sempt lagi.ptg ni baru nak masuk peti pos.

    ReplyDelete
  6. like yur entry :)
    Manis dan indahnya Ramadhan jika kte menhayati sepenuhnya.. sedih Ramadhan akan meninggalkan kita :'(

    ReplyDelete
  7. dh pos dah kad.ko lambat aku bagi e-card je la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google