Dah sepuluh hari kan kita dalan Ramadhan. Sepuluh hari juga kita telah menjalani ibadah puasa. Bilangan je 12 hari, tapi ada je yang puasanya baru 7 hari, ada 8 hari. Heh..? Orang jauh terasa eh? Heee. Ada yang rasa, 'Eh, dah 12 hari Ramadhan..cepat sungguh masa berlalu'. Ada yang macam ni, 'Alaaaa.. baru 12 hari. Lama betul, semalam dah macam 15 hari dah aku kira'. Ragam orang kan. Macam-macam ada. Sorang satu ragam, seribu orang seribu ragam!
Aku ada satu teori. Aku rasa laaa, yang cepat sangat bilang Ramadhan bila nak habis ni adalah sebilangan golongan imam terawih. Prasangka buruk ke? Haha. Entah, macam pengalaman juga, sebab aku ambil dari pengalaman para imam terawih sekeliling aku ni. Interview. Maybe antara mereka jadi imam sebab terpaksa. Heh..? Yee.. sorang kawan aku tu, ayah dia paksa dia jadi imam kat surau sebelah rumah. Buat kerana terpaksa. Haha.
Kalau buat kerana terpaksa.. hmmm, memang dari malam ke malam terawih yang lain tu rasa lama sangat. Buat tanpa kerelaan, tak enjoy bila jadi imam. Tu pasal la rasa memberontak je dalam diri ni. 'Lambatnyaa nak habis bulan puasa, dah malas dah aku jadi imam'. Haha. Tu kerenah imam tanpa rela. Ada lagi. Orang yang kawin malam 1 Ramadhan. Yang ni aku sure 200% asyik bilang berapa minit lagi bulan ramadhan nak habis. Countdown. Kalau imam terawih bilang hari. Dia siap minit lagi. Haha.
Conclusionnya. Kita muhasabah balik yang mana nak sangat bulan Ramadhan ni pergi dengan cepat. Maybe normal kalau ada rasa macam tu. Normal as manusia. Sebab dalam diri tu tak boleh lari dah dari nafsu. Nafsu yang nak berseronok-ronok. Nafsu nak makan, nafsu nak enjoy. Seribu macam nafsu. So, fikir balik. Jinakkan balik nafsu, katakan pada nafsu yang Ramadhan ni sebulan je dalam setahun. Ingatkan balik kelebihan dan fadhilat Ramadhan. Be positive. Hehe
**yang tinggal puasa tu, ingat berapa hari kena ganti.
**FA tiap kali puasa mesti ada miss. Haha
think positive, act positively..
ReplyDeletewalaupun si tanduk dua tu dah kena rantai, gua pun selalu kalah ngan nafsu.. brrr
ReplyDeleteOkay terasa dengan entry ni. Sentappppp. Hahah. Sorry kalau jadi imam terawih kali ni dipaksa oleh somebody. What you give you will get back ;)
ReplyDelete