Skip to main content

Emergency


Orang kata, bila dah pakai kereta, paling kurang kena spare satu ribu untuk  emergency kalau kalau kereta kita tu meragam. Tu paling sikit la kena spare. Kalau tak spare, alamat tak bergerak la kereta tu nanti. Nak jalan juga? Almaklum la. Kena berhutang lah kalau tak nak merompak. Kereta dah jadi benda keperluan dah sekarang ni, bukan lagi kehendak bagi golongan yang bekerja terutamanya. Kan?

Tu kereta kan? Paling kurang seribu. Aku rasa seribu tu untuk kereta proton or perodua je. Hihi. Aku yang naik pacuan dua roda ni rasanya kena spare juga lah untuk emergency. Paling tidak pun lima puluh hinggit. Yee lahh. Kenderaan yang paling jimat, service dia pun mesti sikit je. Lagi satu, pacuan dua roda ni aku rasa benda yang paling wajib dan menjadi keperluan untuk orang lelaki bujang. Kalau jutawan bujang, tu lain cerita.

Tu orang kata, zaman sekarang ni.. sikit sikit nak duit. Sikit sikit perlu duit. Semuanya duit. Laki bini gaduh sebab duit tak cukup. Kawan baik sejak tadika gaduh sebab duit. Tu gaduh okay lagi. Kalau cerai berai. Talak menalak. Nanya tuu.. tu berpasangan. Kalau kesorangan? Tension, stress sebab duit.. tengok tengok kepala botak sebab tension. Duit punya pasal, hilang sudah kehandsoman lelaki gentelman. Hee.

So, conclusion nya.. paling kurang kita perlu ada simpanan untuk emergency. Kalau bukan pasal barangan kegunaan kita, mungkin pasal kesihatan kita. Padahal, yang ni lagi penting. At least, simpan sedikit. Jangan usik. Lelaki biasanya susah sikit nak saving. Dia nak saving, tapi sering kali tewas. Dah letak elok-elok dalam bank. "hmmm, tak apa..sekali ni jee guna. Nanti next month simpan balik" nak buat macam mana. Ada sebab dan ceritanya la tu kaum lelaki. Hihi

**saya saving untuk kawin dengan FA. Hii

Comments

  1. nak buat camne, sebab lelaki tu tanggungjawabnya berat..

    ReplyDelete
  2. Haha!
    duit oh duit..

    jom amalkan budaya menabung! :)

    ReplyDelete
  3. jgn sampai terjebak dgn kredit kad...naya

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google