Skip to main content

PJJ

First of all, minta maaf sebab tak sempat nak berblogwalking. Internet terhad dan juga masa yang terhad. Tambahan internet dekat Malaysia ni kejap laju kejap siput. Maybe ramai pencuri kabel kot. Tu pasal syarikat Internet tak stable sangat nak supply line. Pencuri pun majoriti ramai yang Melayu , jahat betul pencuri ni. Menganiya orang orang Melayu sendiri ni. Haih.

Tapi, adakah si pencuri hati tu dikira jahat juga? Dia mencuri hati dari jauh. Kita sedar hati kita dicuri setelah sekian lama kita alpa. Adakah salah pencuri itu yang mencuri hati ataupun salah kita yang terlalu leka? Kita selalu salahkan orang lain kerana kita tak nak terima kelemahan diri kita. Kita pasti salahkan orang lain yang sampai hati dia mencuri hati kita. Betul ke? ( intro yang tak ada kaitan pun actually. haha.)

Kat sini bukan nak cerita pasal pencuri hati. Kat sini nak cerita bila hati dicuri dari jarak yang jauh. Maka terjadilah PJJ yang mana bunyi lengkapnya adalah percintaan jarak jauh. Sungguh hebat si dia, dari jauh dapat mencuri hati. hehe. Tapi, adakah dia mampu dalam PJJ? Semestinya kita dengar yang PJJ banyak misteri yang belum dirungkai. Suami isteri pun bila dekat boleh bergaduh ini kan pula bila PJJ. PJJ banyak pro and kontra. Kena tanya kepada yang pernah mengalami PJD (jarak dekat) dan juga PJJ. Baru boleh bagi ulasan.

Aku hanya nak ulas PJJ. Bila kita dalam PJJ, satu benda yang paling mustahak sekali adalah dengan mengawal diri kita sendiri agar pasangan kita yang J (jauh) tu tidak makan hati dengan kita. Jangan cuba nak mengada sampai lebih-lebih. Kadang kadang maybe yang kita maksudkan tu akan lain dengan apa yang dia maksudkan. Sebab perempuan tu hatinya lebih sensitive bila dia jauh dengan orang yang dia sayang, lebih mudah terasa bila berjauhan sebab mereka ni menanggung rindu yang teramat dalam. Tidak macam lelaki, walaupun mereka rindu.. tapi mereka active, rindu mereka selalu terluah. Pendapat aku sebagai lelaki kot. Perempuan nak bangkang boleh je. hehe

Bila saat dan ketika dua insan yang saling bercinta ni berjauhan jasad, lelakiiii!!, cuba elakkan daripada si dia tu terasa hati dengan kita even masing - masing tahu yang hati masing - masing tetap terikat utuh. Bila ada seorang yang terasa hati, percayalah, yang sorang lagi tak sedap duduk. Nak talk, jumpa mata ke mata.. tak dapat sebab jauh. Bila dia merajuk, mesej tak reply, call tak angkat.. nak tahu dia okay ke tak okay pun tak dapat sebab kita tak nampak bila dalam keadaan berjauhan. So, last sekali.. memang duka lara macam tu je lahh.. korang lelaki pujuk lah sampai lebam kalau still sayang dekat dia.

Lepas tu mulalah kita yang lelaki ni berjanji tak akan buat dia sakit hati lagi... tapi, lelaki kena ingat, walaupun manusia normal itu ada sifat pelupa, sila alert baik - baik. Jangan buat dia sakit hati lagi selagi mana belum lagi dekat? Ye ke selagi mana belum dekat? hehe. Cuba elakkan masing masing terasa hati, tak ada baik dan faedah nya dalam sesuatu perhubungan. Kalau boleh, jangan ada gaduh even orang kata gaduh sekali sebulan itu baik untuk sesuatu hubungan.  Tak best pun gaduh ni.. make sure relay kita selalu happy go lucky je.. biar orang lain jealous dengan kita. haha

**satu lagi, lelaki tak payah nak merajuk la,, or nak buat - buat merajuk masa tengah jauh ni. kesian dia nak melayan, betul tak FA? nanti lepas ni.. masa kita dekat je eh saya  buat-buat merajuk dengan awak ye FA. hehe


Comments

  1. Boleh tak nak panggil awak ni datang bagi talk dekat Dublin? Sungguh padat & ringkas, boleh ganti UKE. Heheh

    ReplyDelete
  2. Boleh boleh.. contact through email je tau.. hehe

    ReplyDelete
  3. Email awak lambat sangat reply, through watsep lah ye :p

    ReplyDelete
  4. erkk..pjj ko?? hihii..tak lama doh tu :)

    ReplyDelete
  5. good luck for your PJJ.... byk dugaan kalau berjauhan ni

    ReplyDelete
  6. dah jadi doktor cinta skang~

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google