First of all, minta maaf sebab tak sempat nak berblogwalking. Internet terhad dan juga masa yang terhad. Tambahan internet dekat Malaysia ni kejap laju kejap siput. Maybe ramai pencuri kabel kot. Tu pasal syarikat Internet tak stable sangat nak supply line. Pencuri pun majoriti ramai yang Melayu , jahat betul pencuri ni. Menganiya orang orang Melayu sendiri ni. Haih.
Tapi, adakah si pencuri hati tu dikira jahat juga? Dia mencuri hati dari jauh. Kita sedar hati kita dicuri setelah sekian lama kita alpa. Adakah salah pencuri itu yang mencuri hati ataupun salah kita yang terlalu leka? Kita selalu salahkan orang lain kerana kita tak nak terima kelemahan diri kita. Kita pasti salahkan orang lain yang sampai hati dia mencuri hati kita. Betul ke? ( intro yang tak ada kaitan pun actually. haha.)
Kat sini bukan nak cerita pasal pencuri hati. Kat sini nak cerita bila hati dicuri dari jarak yang jauh. Maka terjadilah PJJ yang mana bunyi lengkapnya adalah percintaan jarak jauh. Sungguh hebat si dia, dari jauh dapat mencuri hati. hehe. Tapi, adakah dia mampu dalam PJJ? Semestinya kita dengar yang PJJ banyak misteri yang belum dirungkai. Suami isteri pun bila dekat boleh bergaduh ini kan pula bila PJJ. PJJ banyak pro and kontra. Kena tanya kepada yang pernah mengalami PJD (jarak dekat) dan juga PJJ. Baru boleh bagi ulasan.
Aku hanya nak ulas PJJ. Bila kita dalam PJJ, satu benda yang paling mustahak sekali adalah dengan mengawal diri kita sendiri agar pasangan kita yang J (jauh) tu tidak makan hati dengan kita. Jangan cuba nak mengada sampai lebih-lebih. Kadang kadang maybe yang kita maksudkan tu akan lain dengan apa yang dia maksudkan. Sebab perempuan tu hatinya lebih sensitive bila dia jauh dengan orang yang dia sayang, lebih mudah terasa bila berjauhan sebab mereka ni menanggung rindu yang teramat dalam. Tidak macam lelaki, walaupun mereka rindu.. tapi mereka active, rindu mereka selalu terluah. Pendapat aku sebagai lelaki kot. Perempuan nak bangkang boleh je. hehe
Bila saat dan ketika dua insan yang saling bercinta ni berjauhan jasad, lelakiiii!!, cuba elakkan daripada si dia tu terasa hati dengan kita even masing - masing tahu yang hati masing - masing tetap terikat utuh. Bila ada seorang yang terasa hati, percayalah, yang sorang lagi tak sedap duduk. Nak talk, jumpa mata ke mata.. tak dapat sebab jauh. Bila dia merajuk, mesej tak reply, call tak angkat.. nak tahu dia okay ke tak okay pun tak dapat sebab kita tak nampak bila dalam keadaan berjauhan. So, last sekali.. memang duka lara macam tu je lahh.. korang lelaki pujuk lah sampai lebam kalau still sayang dekat dia.
Lepas tu mulalah kita yang lelaki ni berjanji tak akan buat dia sakit hati lagi... tapi, lelaki kena ingat, walaupun manusia normal itu ada sifat pelupa, sila alert baik - baik. Jangan buat dia sakit hati lagi selagi mana belum lagi dekat? Ye ke selagi mana belum dekat? hehe. Cuba elakkan masing masing terasa hati, tak ada baik dan faedah nya dalam sesuatu perhubungan. Kalau boleh, jangan ada gaduh even orang kata gaduh sekali sebulan itu baik untuk sesuatu hubungan. Tak best pun gaduh ni.. make sure relay kita selalu happy go lucky je.. biar orang lain jealous dengan kita. haha
**satu lagi, lelaki tak payah nak merajuk la,, or nak buat - buat merajuk masa tengah jauh ni. kesian dia nak melayan, betul tak FA? nanti lepas ni.. masa kita dekat je eh saya buat-buat merajuk dengan awak ye FA. hehe
Boleh tak nak panggil awak ni datang bagi talk dekat Dublin? Sungguh padat & ringkas, boleh ganti UKE. Heheh
ReplyDeleteBoleh boleh.. contact through email je tau.. hehe
ReplyDeleteEmail awak lambat sangat reply, through watsep lah ye :p
ReplyDeleteerkk..pjj ko?? hihii..tak lama doh tu :)
ReplyDeletegood luck for your PJJ.... byk dugaan kalau berjauhan ni
ReplyDeletedah jadi doktor cinta skang~
ReplyDelete