Nasib Rider

3 comments

Kalau semalam terpampang di muka akhbar Metro tajuk utamanya 'Bahana Kencing Setan'. Akhbar metro ramai yang dah sedia maklum antara akhbar yang ramai diminati oleh kaum Melayu. Mana tidaknya, tajuk yang pelik dan kontroversi sambil itu padanya ada juga yang berbaur kelucahan. Haha. Tak percaya. Tak perlu bukti. Cukup logik akal jee. Hihi.

Bukan nak cerita pasal Metro, tapi nak cerita yang mana kecuaian pemandu kereta yang mabuk dengan air kencing setan ni meragut 3 orang penunggang motosikal dengan menyeret 3 buah motorsikal. Mana tidaknya, first dia langgar satu motor, seret duluuuuu..then,.langgar satu motor lagi.. seret juga. Dah dua motor kan. Then last sekali, langgar satu lagi motor.. seret juga. Fuhh.. dasyat. Paling menyakitkan adalah yang pertama dilanggar..mesti jauh diseret.

Dalam hal ni, sah la yang pemandu kereta yang mabuk tu salah. Dah la mabuk, memandu pula dalam mabuk. Dua kesalahan kat situ. Tak perlu nak tunggu inspector polis sahkan dia salah ke tak. Haha. Kesimpulan awal yang boleh kita simpulkan, biarpun kita sudah beringat ketika di jalan raya. Selalu ingat orang yang tersayang. Berhati hati, memandu dengan cermat. Tapi, tu tak menjamin keselamatan jika bukan semua pengguna jalan raya fikir macam kita. Kita ingat orang yang tersayang, kita hati-hati la kan, orang lain tak ada yang tersayang, sebab tu dia tak berhati-hati. Agaknya la.

So, kalau sesiapa yang menunggang motosikal tu, hati-hatilah sikit. Kalau accident, bawa laju.. tak ada cedera yang biasa - biasa punya. Ingat, motor korang tu tak ada airbag yee. Haha. Jatuh tu makan jalan raya la jawabnya. Kalau accident siang hari. Jalan raya panas sikit. Tu je lahh. Nak sejuk dan selesa, pilih la waktu malam untuk accident. Haha

**lagi satu, hentikan tabiat nak main hp even hp nokia torchlight. Tak payah nak tunjuk pro macam A.Einstein yang boleh buat dua kerja dalam satu masa. Tak kena, selagi tu tak beringat kan? Hii
**FA pun baru pesan semalam.. jangan main hp masa drive. Aku okay jee. Asalkan dia pun sama. Sama sama tak main hp masa drive..haha. deal la kan FA?

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. kena wujudkan motor ada airbag , sedap sket bawak laju haha.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat dengan umie atas ni..kuikui

    ReplyDelete
  3. Cipta motor yg bila langgar kuar belon terus motor tu terbang ke atas pulak..hahahaha

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia