Teori Konspirasi Versi Ubibadok

2 comments
Esok 5 May wei.. Ye.. 5 May. Ramai je manusia manusia yang menunggu saat 5 May ni sejak sebulan yang lepas lebih kurang. Benda yang dalam 5 setahun sekali je ada dekat Malaysia. Sampai bangla bangla pun turut tumpang gembira sebab dapat ic baru. Haha. Sampai cina - cina menyatakan rasa tidak puas hati sebab dianak tirikan berbanding dengan bangla ni. Entah la Malaysia, susah nak faham percaturan politik ni. Ye laa.. Tuhan sendiri ada sebut yang manusia itu sendiri zalim kepada dirinya sendiri.

Aku percaya semua majoriti rakyat Malaysia nak satu sistem pilihan raya yang bersih. Tidak ada libatkan pengundi hantu ini semua. Bukan nak tuduh.. tapi dah memang ada bukti untuk kes - kes yang lepas. Sehingga kita sendiri tidak tahu, masih keliru sebenarnya yang mana satu pilihan rakyat kehendak. Kita tahu ada unsur orang - orang asing di bawa masuk untuk mengundi bagi meraih undi sesuatu parti. Tindakan yang sangat memalukan dan pengecut mungkin. 

Bukan apa, kalau betul orang - orang asing ini di bawa masuk dan punyai autoriti untuk mengundi sebagai rakyat Malaysia yang sah, ini bermakna mereka mendapat kerakyataan Malaysia dengan mudah sekali. Sangat mudah, tidak hairan kita lihat bagaimana mat mat bangla berterabur je di mana - mana dan sampai ada suatu kawasan tu, sekali tengok tu kita ingat kita merentas pintu sesuka hati dan berada di New Delhi dah. Ketara sangat. Tak mustahil jika kes seperti di Sabah berulang lagi. Mahukah kita?

Kita susah - susah melaungkan hak bumiputera. Kelebihan sebagai bumiputera. Dapat itu ini semua atas nama kita anak Melayu. Tapi.. kalau semua peluang pekerjaan ini direbut oleh mat mat bangla ni. Ke mana kita sebagai generasi yang bakal menguasai negara nanti. Ye.. mungkin kita kata, " Alaaa..bangla tu kerja sebagai kuli je.. mustahil untuk dapat part dalam bahagian profesional. " Owh... mungkin satu konklusi yang bijak... mungkin.

Tapi kita kena ingat, kebanyakan mereka ini punyai kerakyatan Malaysia dan mereka berhak mendapat hak yang adil. Jika mereka berusaha bersungguh dan dengan pengalaman mereka dan juga kemahiran, tidak mustahil company company besar akan mengambil dan membayar khidmat mereka. Kita kena ingat, company tidak lihat siapa yang akan bekerja dengan dia. Dia tak tengok Melayu, Cina, India, Bangla ke Keling. Apa yang mereka tengok mutu perkhidmatan dari segi cekap dan kematangan selama berpengalaman dalam sesuatu bidang.

Then... kita sebagai Anak Melayu yang akan keluar daripada universiti bersama segulung ijazah nanti akan termenung. Fikir sebentar. " Alaaaa.. lamanya nak 5 tahun lagi.." Kenapa 5 tahun lagi? Sebab nak tunggu janji - janji manis dan manifesto - manifesto parti - parti yang akan bertanding seperti, " Undi kami, demi peluang pekerjaan untuk anak - anak Melayu.. " Berputar di tempat yang sama. Orang je yang berubah, nama lain - lain. Tapi mentaliti tetap sama. Daya fikir masih lagi daya fikir Melayu. Segulung ijazah tadi tidak lari kemana, hanya ibarat sebuah penyata pinjaman yang perlu dilunaskan dengan jumlah sekian sekian. Mati pun mungkin dalam keadaan berhutang. Hihi. Minta dijauhkan sama - sama.

*Aku tak tunggu 5 tahun.. tunggu setahun lebih je ni. Betul tak FA?
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia