Tahniah Buat Sahabat 'KING'

2 comments
sebak tengok gambar macam ni. :)

Orang sibuk dengan mendundi hari ni. Tapi aku dapat berita gembira dari seorang sahabat di sekolah dulu. Tidak ku sangka. Orang tu kata dia buka FB penuh je home dia dengan politics. Penuh je dengan gambar jari orang upload. Biasanya orang yang first time mengundi kot upload semua tu.. haha. Teruja sebab dapat mengundi untuk first time. Maybe dia rasa dia cukup matang dah. Haha. Tapi aku buka fb tersenyum sebab ada post ni dekat group batch 24 mtaq.

Assalamualaikum.. Sesungguhnya perancngan Allahlah yg terbaik.. Bismillahirahmanirahim, insyaAllah pada mlm ini 4.5.13 ini,saya Muhammad Mustaqim b Othman akan dijabkabulkan dengan pasangan hidup sy..mohon doa kalian utk kbaikan dn kbhagiaan kami dunia akhrat..maaf lmbt oyk ke saim2 dan ini hnyalah mjls keluarga trdkt shja insyaAllah mjlis walimah/kenduri akan djemput semua nti..tQ,, INI KALILAH :)

Aku pun tak tahu kenapa dia pilih tarikh tu. Orang pun ingat dia macam main - main je sebab esok (hari ni) adalah tarikh mengundi. Apa - apa pun mabrukk la sahabat. Nama dia Mustaqim b Othman dan merupakan satu batch dengan aku semasa di sekolah dulu. Bernombor diri 2445. 4 nombor di belakang aku. Tak sangka pun ada dengan dia ni. Dulu happy go lucky. Kira dia orang kedua dalam batch aku yang mendirikan rumah tangga. Pandai kau cari king. Haha

King..? Raja. Kebetulan nama dia 'qim'  dan muka dia nak ada iras iras dengan sultan kelantan ketika itu, memang orang akan panggil dia dengan nama 'rajo' kat sekolah. Slang kelantan kepada perkataan 'raja'. Tetapi sekarang dia dah buktikan yang dia betul - betul raja. Raja dalam rumah tangga. Raja yang ada padang seorang permaisuri. Sekarang kot seorang lagi. haha. Tumpang gembira buat sahabat. Moga perkahwinan yang diikat dan rumah tangga yang dibina ini selalu mendapat rahmat daripada Allah. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. 

Sekarang ni aku tunggu siapa budak batch aku yang kawin dan merebut tempat ketiga. Top 3. Nampaknya sorang - sorang gatal je update status pasal kawin. Masing - masing tunggu masa je tu. Sama ada cepat atau lambat je. Kalau cepat, jangan buat majlis sama - sama. Nanti susah. Susah nak makan je sebab perut ni ada limit juga nak isi. Sesungguhnya perkahwinan itu melengkapkan sebahagian agamanya dan berbahagia dia jika dia mendapat isteri penyejuk di mata kerana telah mendapat satu khazanah dunia yang tiada tandingannya untuk seumur hidup.

*baarakallahu lakuma, wajama'a bainakuma fiil khair.. 
** FA... lepas ni turn kita. dapat tak top 3 tu..? hee
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia