Melayu dan Politik

3 comments
Masing - masing sibuk berkempen parti masing - masing. Di sini hijau, di sana biru. Masing masing sibuk berbicara pasal politik. Masing masing sibuk memasang bendera di jalanan. Masing - masing dengan manifesto masing - masing. Masing dan masing. Semangat kepartian itu saling mengatasi antara yang lain. Sebab itu sehingga ada yang bertetak dengan parang dan pedang akibat salah faham pasal bendera. Agaknya begitulah suasana sekarang di Malaysia. Melayu khasnya. Melampau.

Melayu makin lama makin hilang jati dirinya. Dulu sangat terkenal dengan sopan dengan tingkah lakunya. Makin lama mencapai merdeka, makin tipis malu yang ada pada Melayu. Manakan tidak, sekarang penuh dengan video - video lucah tersebar. Semuanya melibatkan ahli politik. Tidakkah benda itu terlalu umum untuk disebarkan? Sehingga sudah menjadi benda yang biasa dan seakan sudah lali untuk budak budak sekolah rendah melihat aksi sebegitu. Sedangkan mereka ini lah yang akan menerajui Malaysia nanti.

Politik Malaysia tidak akan habis. Satu isu ke satu isu dimainkan untuk menarik perhatian orang ramai. Untuk meraih undi mungkin. Untuk menolak undi juga mungkin. Seperti pisang goreng panas isu itu akan laku. Tetapi hanya sekejap. Dulu kes liwat. Hangat sekejap. Kes Altantuya. Tak selesai - selesai lagi. Susah untuk rakyat Malaysia berpolitik secara bersih dan secara aman. Tidak boleh jika tidak menggunakan cara kotor. Jika yang sekarang ini tidak diubah, macam mana untuk generasi yang akan datang mengaplikasikan sistem politik Malaysia nanti? Memang politik Malaysia tak lari dari fitnah.

Aku kagum dengan kaum cina dan india yang non-Muslim. Hari ni ada satu berita tersebar yang Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba - tiba jatuh rebah. Pitam katanya. Kaum Cina dan India ini tidak putus putus berdoa untuk TGNA ni untuk cepat sembuh. "May Allah bless him", "Semoga Allah sembuhkan tok guru". Antara komen dekat facebook. Semua komen dekat satu picture tu kebanyakan adalah dari kaum cina dan india. Mereka pandai menilai. Mungkin fikiran mereka lebih matang daripada fikiran kaum Melayu itu sendiri dalam berpolitik. Setuju?

**orang atas sibuk berpolitik, orang bawah tidak dihiraukan. Kesian dekat Farah Alishya, jadi mangsa politik. Kan..? Hehe
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. bn kutuk pas
    pas kutuk bn
    pkr tepuk tangan

    heheheheee.. jom balik ngundi :p

    ReplyDelete
  2. org ni kutuk org tu..
    org tu kutuk org ni..
    kalau betul perjuangan takde helah dalam permainan politik..
    balik undi tak??

    ReplyDelete
  3. undi MCA ke, PKR ke, BN ke, org cina yang untung..mlayu gsk ysng bodo..tak habis2 bgaduh sesama sendiri..islam merdeka ke tu?nasib tiket balik ngundi da bli..hihi

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia