Skip to main content

Happy Birthday to You

Di sini aku nak untuk ucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat seorang sahabat jauh di malaysia sana. Seorang blogger yang famous dengan panggilan ostad jiji. Pemilik blog Nesloo. Mohamad Azizi Azahazuhari. Nama dia setakat Azizi je, yang belakang tu nama bapa  dia. Haha. Tuannya handsome. Cute. Pakai spec. Body tough mengalahkan Justin Bibir. Dulu la tough. Sekarang ni tak tahu la macam mana.. haha.. maybe tough juga. Tapi bentuk je lain.

Tak banyak aku tahu pasal dia ni. Aku cuma first kenal dia masa zaman sekolah menengah. Masa aku form 1 tu dia dah form 4. So, aku tak kenal sangat la brader ni. Lagipun masa kat sekolah dulu. Dia ni taiko. Semua junior kalau boleh tak nak terserempak dengan dia. Garang sangat. Kalau lalu ikut dorm number 104 masa tu, sah la.. akan ada suara memanggil dari dalam bilik tu.. " Woiii budak, masuk sini kejap.!! ". Abang taiko panggil, takkan buat derk je kan budak - budak tu. Haha

Biasa budak tu akan masuk, kalau berdua, sorang akan tunggu kat luar. Setia. Sorang lagi akan masuk. Dalam 5 minit selepas tu budak tu keluar la. Tak pukul. Taiko tak pukul orang. Muka je garang. Haha. Tapi muka budak tu nampak sedih gila la. Kat tangan dia ada pencebuk air yang geng - geng taiko ni buat mandi. Kitorang panggil dulu nama 'gayung'. Kalau ikut maksud kamus dewan tu, memang betul la gayung tu pencebuk air.

Kalau budak tu bimbit gayung keluar bilik, sah la yang dia ni kena paksa ambil air minum kat kantin tu. Hot chocolate, hot latte, hot mocha, horlick panas. Semua ikut menu masing - masing. Geng geng taiko ni dah tahu yang budak lalu kat depan bilik diorang tu kebanyakannya yang hendak pergi minum or makan kat kantin tu. Jadi, geng taiko ni malas sikit. Nak jadi macam raja. Semua orang datang bawa depan mata je... baru nak makan. Hahaha. Nama lagi taiko kan..?

Tu minuman. Makanan pun sama. Siap order lagi kat budak - budak ni suruh bawa tray dari kantin tu bawa kat bilik. Satu tray untuk 2 orang biasanya. Jimat space. Sian kat pekerja - pekerja kantin. Nak marah budak tu, budak tu jadi mangsa taiko. Nanti diorang pula kena marah dengan ustaz sebab bagi izin student bawa tray makanan masuk bilik. Haha. Itu salah satu tabiat taiko la. Banyak lagi, kalau nak citer panjang sangat. Boleh buat novel kot. Tapi, taiko memang gangster sangat dulu. Siap ada orang culik dia lagi dengan kereta... Nasib baik la taiko ni ahli Silat Gayong, dia buka pintu kereta, terus lompat dari kereta masa kereta tu bergerak. Haih.. berani nak culik taiko.

Nak katakan jodoh, aku jumpa la taiko ni kat Mesir. Kebetulan satu rumah pula. Rumah tu ada 5 tingkat. Power kan rumah kat mesir. 5 tingkat main - main je rumah  kat sana. Kebetulan atau pun takdir katakan, aku menetap di tingkat 4 sama - sama dengan taiko ni. Alamakkk.. nanti taiko buli aku. Cuakkk juga. Tapi, aku dengan taiko tak kenal sangat pun masa tu. Setakat main jeling jeling mata je. Aku pun banyak habiskan sisa masa aku kat tingkat 3. Menumpang kasih bilik orang lain sementara proses mengenali taiko dengan lebih dekat. Aku ada dengar taiko cakap muka aku sombong gilaa.. Haha.. Taiko masa first time tengok aku la tuu..

Sebulan, dua dan tiga bulan berlalu... aku tak sedar yang aku dan taiko dah kamcing. Tak tahu la taiko jampi aku apa dia sampai boleh jadi kamcing macam tu. Taiko ni nampak je macam tu. Kadang kadang unpredictable. Haha. Tapi, aku kat mesir tak sampai setahun je sempat dengan taiko ni. Taiko senior. So, dia grad awal la daripada aku. Aku pun kat mesir setahun je, terbang pergi cari FA pula... rasa tak best pun ada bila tak ada taiko. Tu aku blah awal tu.  Grad pun tak masa kat sana. Haha.

Before balik tu.. aku sempat plan lagi dengan taiko sempena birthday dia. Birthday dia dengan aku tak sampai sebulan pun beza. So, kitorang plan nak celebrate sama - sama. Kat rumah kitorang masa kat Egypt dulu, siapa punya birthday, dia patut buat majlis kesyukuran untuk bagi makan kat semua penghuni rumah 5 tingkat tu. Satu tingkat 3 orang. So, dalam 15 orang juga. Biasa budak ni setakat masak nasi 2 periuk, lepas tu beli ayam bakar dua tiga empat ekor je. Dah nampak grand dah. Tapi, aku dengan taiko ni nak buat lain dari yang lain.

Aku dan taiko share duit sama - sama. Kitorang plan nak bawa pergi makan kat luar. Pergi makan nasi dengan kambing bakar putar kat restoran Arab. Restoran Yaman kalau tak silap hari tu. Nampak superdupergrand la kalau nak compare dengan ayam bakar tu.  Tapi, budak budak rumah kitorang tu, memang dah sedia maklum yang perut diorang ibarat tong sampah. Tak main la setakat penuh je. Mesti nak melimpah ruah sampai tumpah - tumpah kat luar tu. Tak nak kenyang biasa - biasa je. Harga pun tak biasa biasa la. Perut bodoh kalau bahasa kasar. Harga pun boleh tahan kasar. Haha. So macam mana taiko tahun ni? Ada plan nak belanja bekas bekas penghuni rumah 5 tingkat ke tahun ni? Belanja dengna package kenduri kawin je lah eh..? haha

Ni entry last untuk Farah Alishya. Farah Alishya. Jaga diri baik - baik kat Dublin sana. Jaga diri jaga hati jaga iman jaga makan jaga kesihatan dan jaga saya sekali ye. Ni caption famous kan..?? Tapi saya modified yang last tu untuk awak. Kira lain dari yang lain - lain. .Hehe Saya tahu.. awak selalu je visit blog entah pape ni.  Sebab tu saya akan letak nama awak dalam setiap entry saya. Saya nak awak selalu senyum je tau. Nampak sweet kan..? Tapi jiji tak kata sweet nanti. Dia kata jiwang nak muntah. Uwekkk..Haha.

**entry panjang ni cik FA. Baca full eh. Haha

Comments

  1. hahahaa..cilakak..dalam2 n3 ntuk aku..bo2 aku nk tersentuh hati..ado cito adik ipar jgk deh..

    ReplyDelete
  2. wahwahwah kemain la Taiko. syok je jadi taiko. makan,minum semue boleh buli bebudak junior =P

    ehem~ wahwahwah senyum sampai xleh tido la Farah Alisya kat Dublin sane tu =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google