Sabar Lagi

5 comments
Dalam selama kita menanti sesuatu, kita akan terasa lama dari detik kepada detik yang seterusnya. Bila tiba saat waktu itu, pernah tak kita terlintas yang penantian kita selama ni tidak lah selama mana yang kita fikirkan? Sedarkah kita yang penantian itu adalah sesuatu yang sangat berat untuk ditanggung biarpun waktu yang perlu ditunggu sekitar sejam hingga ke dua jam. Penantian itu suatu penyesakaan. Zahir dan batin. Pernah dengar bukan?

Tak percaya? Cuba tunggu queue untuk cucuk duit dekat atm. Satu barisan yang dalam 9-10 orang beratur untuk mengambil duit, dan kita adalah orang yang ke 11. Terasa lamakah akan terasa untuk sampai saat kita mengambil duit dari mesin atm tersebut. Tak lama..? Sebentar sahaja..? Memang orang itu seorang yang penyabar. Salute untuk orang yang macam tu.

See, hidup kita tak dapat lari daripada perbuatan sabar. Sabar dan terus sabar. Kalau diikutkan, semua kita nak cepat je. Tak nak lambat, tak nak menunggu. Tak nak jadi orang yang last. Semua kita tak nak, tapi.. sabar..? Sabar ye.. of course kita nak sabar kan..? Sabar tu sebahagian daripada iman bukan..? Ye, mulut kita kata nak, hati kita kata nak.. tapi, perbuatan kita kata tak nak.. otak kita tak nak. " Serioussss, bosan gila kena tunggu, boring!" tu dalam fikiran kita kan..? Fikiran yang tak sabar.

Tapi, Allah suruh kita bersabar  bukan? Mesti ada part yang best  bila kita disuruh bersabar.? Siap Allah offer yang tinggi - tinggi lagi sebagai habuan buat orang bersabar. Dalam Surah Al Asr, Allah siap highlightkan lagi pasal sabar yang mana orang - orang sabar ini dia tidak akan tergolong dalam golongan yang rugi.

Sabar itu cukup indah dalam menanti kerana kita pasti akan dapat hasil yang berbaloi. Bahkan mungkin lebih daripada itu lagi. Makin lama kita bersabar, makin cantik ganjaran yang kita akan dapat nanti.Tak begitu Farah Alishya? Sebab itu Allah meletakkan sabar sebagai syarat untuk memasuki syurgaNya yang maha hebat dan maha luas. Sabar dalam melakukan ketaatan dan ibadah kepadaNya dan juga sabar daripada melakukan kemungkaran dan perbuatan yang dilarangNya? Mudah bukan. Kuncinya adalah sabar.

**orang bujang mesti sabar dalam menanti jodohnya. hihi.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. hahahaha ingat FA tu 'Football Addict"


    ;D

    ReplyDelete
  2. sedap name farah alishya..best nye sebot..kaklimah asek ulang dr td..ahaha

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia