Budak Jahat? Siapa Salah?

4 comments


Kecoh dekat laman media sosial tentang video seorang budak yang dikatakan ketua kelas dipukul beramai - ramai di sebuah sekolah. Facebook PDRM sendiri ada memuat naik video tersebut dan meminta mana mana saksi mahupun mangsa mahupun sesiapa yang mengetahui perkara tersebut menghubungi pihak polis untuk membantu mangsa.

Sesiapa yang tengok video tu mesti akan merasa bengang, rasa marah, rasa geram, rasa menyampah dengan budak budak yang jadi pemukul dalam video tu. Manakan tidak, 3 lawan 1. First tu nampak la sorang budak siap dengan aksi tomoi, penyiku, penumbuk, kaki, lutut semua dia bagi kat budak yang lengkap beruniform sekolah. Kesian tengok budak tu, siap dengan beg sekolah lagi tu. Dibuat macam punch bag je.

Tapi, baca komen facebook.. diorang kata budak ni kuat juga... 3 orang bantai dia, dia tak tumbang pun. Kalau lawan satu sama satu mungkin advance budak tu lagi la. Cara jantan la tu.. Tak tahu la apa nak jadi dengan budak zaman sekarang. Masih bersekolah yang tak tahan tu. Lebih - lebih lagi Melayu pula. Kalau Melayu memang sah dia akan 'pair' dengan Islam. Tengok IC la macam mana.

Ustaz Zaharudin ada bagi ulasan pasal video ni. Katanya, kebanyakan budak yang menjadi macam ni adalah disebabkan kurangnya pendidikan di rumah. Pendidikan dan nilai akhlak yang baik kurang diberikan perhatian oleh ibu bapa terhadap anak - anaknya. Ibu bapa lebih menumpukan untuk memberikan keselesaan harta benda kepada anak - anak berbanding memupuk nilai - nilai kemasyarakatan dan nilai -  nilai murni yang lain dalam diri anak - anak.

Mungkin kita boleh kata yang punca masalah adalah disebabkan oleh kehidupan di rumah itu sendiri. Antara penyebab utama. Kurangnya kasih sayang dan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa menyebabkan anak - anak mula mencari kawan sebagai tempat diorang mengadu. Silap besar ialah bila anak - anak itu berkawan dengan kawan yang sudah nakal dan sudah terpalit seribu satu kenakalan.

So, ibu bapa, bakal nak jadi ibu bapa.. anda adalah pencorak kehidupan anak - anak. Anak itu adalah amanah yang diberikan oleh Allah yang masih suci dan bersih. Hanya ibu bapa lah yang akan mencoraknya. Nak satu colour, nak multiple colour. Nak warna warni. Nak colourful. Nak colour rainbow, terpulang dekat ibu bapa. Itu tanggungjawab ibu bapa. Itu juga akan dipersoalkan kelak.

**Farah Alishya nak jadi umi lambat lagi kan...? haha
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

4 comments:

  1. Bila menjadi ibu ..sgt takut baca benda ni semua.cara melayan anak juga penyebab benda ni terjadi.kadang2 ank dilayan dgn kasar tanpa belaian kasih sayang di rumah

    ReplyDelete
  2. Yup, bkn bdk tu salah 100%.
    Nama pun budak..faktor sekeliling esp. Ibubapa jugak perlu bertanggungjawab dlm kes gini.

    ReplyDelete
  3. speechless dgn keadaan remaja zmn skrg.

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia