Skip to main content

Nilai Dahulu



Aku asyik dengan satu kisah dalam facebook yang dikongsi oleh seorang rakan. Nampak Islamik. Ye.. memang Islamik sangat. Kisah berkisarkan tentang “ Ke mana perginya air mandian jenazah Rasulullah s.a.w”. Kita sebagai pengikut setia agama yang dibawa oleh baginda mesti ingin mengetahui hal – hal yang berkaitan dengan baginda. Tambahan pula benda – benda yang sebegini rupa yang jarang didengari oleh telinga kita sendiri. Ke mana perginya air mandian jenazah? Tidakkah otak kita akan terus tertarik dengan tajuk ini?

Kisah yang dibawakan itu tidak terlalu panjang. Mungkin boleh dikongsikan di sini.

Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".
Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".

Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".
Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.

Jelas ia menceritakan bagaimana seorang ulama terkenal di Mesir datang ke dalam mimpi seorang manusia yang lain bersama – sama dengan Nabi s.a.w. untuk memberi jawapan tentang misteri ke mana perginya air mandian jenazah Rasulullah s.a.w. Jika difikir oleh akal yang pendek, senang sahaja kita percaya. Air itu menyejat dan diturunkan menjadi hujan dan tempat turun hujan tadi akan berdirinya rumah – rumah Allah iaitu masjid yang akan dibina oleh manusia.

Beringatlah dengan benda – benda yang seumpama ini. Ia adalaha benda – benda yang ghaib. Ia adalah racun kepada agama kita sendiri. Benda ini adalah benda yang terlalu dalam untuk difikirkan dan tidak ada mana – mana hadis yang menceritakan hal seumpama ini mahupun yang dikongsikan oleh para sahabat Nabi s.a.w ataupun para salafusoleh tentang air mandian jenazah Nabi Muhammad s.a.w. 
Cerita itu sendiri belum tentu sahih. Mungkin ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Syeikh Mutawalli yang merupakan ulama besar Mesir. Ketahui juga yang mimpi itu tidak boleh menjadi hujah kepada agama Islam. Apatah lagi untuk membicarakan soal Nabi yang kita pun tidak sempat bersama – sama dengan nya. 
Memang benar yang Nabi boleh datang ke dalam mimpi kita. Tapi, ingat… syaitan dapat menyerupai sesiapa sahaja kecuali Nabi s.a.w. Syaitan juga boleh datang ke dalam mimpi kita dan mendakwa dia adalah Nabi Muhammad s.a.w. Dapatkah kita membezakan ketika itu sama ada yang datang itu adalah Nabi atau pun syaitan sedangkan kita tak pernah pun melihat wajah suci baginda dan tidak tahu bagaimana bentuk gambaran Nabi Muhammad s.a.w? Apakah kita yakin? 

Cuma sama – sama kita fikir, tiada dalam Al Quran, tiada dalam hadis, tiada pun kata – kata sahabat dan para salaf mahupun ulama’ selepas itu. Benda sebegini jangan dibuat main – main. Ramai orang awam yang mudah tertipu. Biasanya kerja – kerja sebegini dibuat oleh puak – puak syiah dan juga sufi yang melampaui batas. Mereka terlalu taksub. Mereka terlalu membenci.

Bila dapat benda macam tu. Kita fikir sekejap. Kita tidak berlebihan dan juga tidak berkurangan dalam hal agama. Kita tidak lebih dalam mengikuti Nabi Muhammad s.a.w seperti sesetengah kaum sehingga mengangkat Nabi Muhammad s.a.w itu adalah setaraf dengan Allah. Perlu disembah. Nabi tahu perkara – perkara ghaib. Kita juga tidak mencela Nabi Muhammad s.a.w seperti mana puak – puak Syiah yang mengatakan Jibril silap orang ketika  menghantar wahyu. 

Kita berada di pertengahan seperti mana yang Nabi kita suruh. Kita kaji, cari sumber, tanya orang yang berilmu. Jangan terlampau ghairah untuk berkongsi tanpa mengkaji dahulu. Pergi tekan butang ‘share’ untuk dikongsi dengan friend – friend kita tanpa kita pastikan ia adalah betul – betul sahih. Satu butang share telah mendapat satu saham untuk kita walaupun kita sendiri yang tak pastinya ia adalah betul. Nak selamat? Periksa la dulu betul atau tak? Hehe

Comments

  1. tak paham. maksudnye?mimpi tu tak betul lah?

    ReplyDelete
  2. sebab itu kte kene pegang kuat2 al-quran wa hadis supaya kte dpt kaji betul2..yg mane sahih,dhaif..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google