Min Ainal Bilad

3 comments
Kelas tafsir tadi memang sedikit mencuit hati. Aku pun hairan. Biasanya syeikh tu serius je bila mengajar. Selalu punctual. 10 minit pelajar masuk selepas kelas bermula akan dikira tidak hadir. Bagi alasan tak diterima, MC tak ambil. Nak settle pergi cakap dengan pihak pentadbiran kuliah. Settle dekat sana. "Aku hanya menjalankan tugas je, ikut apa itu peraturan diberikan kepada aku."

Aku rasa sedikit terhibur dengan syeikh punya sikap macam ni. Budak - budak Saudi memang dah maklum dah, kalau kelas last, selalu je ada 4 5 orang pergi cakap dengan syeikh, bagi alasan yang tak boleh diterima akal.. nak balik awal. Minta keuzuran katanya. Rumah jauh.. nanti sampai lambat, mak dah tunggu nak makan lunch sama-sama. Hampeh..tak pandai langsung budak Saudi ni buat alasan. 

Kelas tafsir ni memang kelas last biasanya. Tadi ada dua tiga orang yang minta keuzuran, nak balik.. tapi nak suruh syeikh tadi tanda yang dirinya hadir. Hampeh. Kerja nak senang je. Saudi takut sangat kalau ponteng lebih had. Takut tak dapat ambil exam. Confirm mak bapak diorang marah. Syeikh tetap dengan pendiriannya. "Kau nak balik, balik laa.. tak perlu minta izin pun..cuma dekat kertas ni aku tanda la yang kau ni miss kelas."

Frust je muka budak Saudi. Masing - masing masuk duduk balik dekat kerusi masing-masing. Lepas tu syeikh cuba menyampaikan syarahan dan juga nasihat kenapa dia begitu tegas dalam mengambil kehadiran. Pehhh..part syarahan ni memang best.. tak sedar dah masa semakin berlalu sehingga 15 minit. Lain pula kalau masa belajar. Rasa lama jee.. Tangan tu asyik je tengok jam.

Tiba - tiba, seorang mat daripada benua Afrika kat depan aku menoleh ke belakang. Tangannya menunjuk ke arah lect tadi yang sibuk bersyarah. " Huwa yatakallam kasirrr...( dia banyak cakap...)" sambil muka tak puas hati. Haha. Aku yang dengar ni layankan je sambil buat-buat ketawa tanda setuju. Mat Afrika tadi tak puas hati rupanya, lepas tu dia toleh ke arah akudan bertanya, " huwa min ainal bilad? (dia dari negara mana ni?)". Mat Afrika ni nampak macam pelik kot sebab syeikh Saudi tak adalah tegas macam ni.

Aku bagitau la yang nampak gaya macam Saudi.. Dia tak puas hati, jari telunjuk dia diangkat dan digerakkan ke kiri dan ke kanan tanda aku salah. Dia tanya budak  arab kat sebelah. Sama je jawapan budak arab kat sebelah dengan aku. Dah memang muka syeikh tu macam Saudi je aku tengok. Mat Afrika tak puas hati lagi dengan dua jawapan. Dia senyap sorang - sorang. Aku diam. Aku cuba membaca fikiran dia, kot - kot dia ada andaian lain.. Hmmm...nampaknya identiti syeikh tadi masih lagi dalam keraguan..

**awak, kelas ni antara kelas yang tak ada network juga ni. Susah betul. Haha.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. hm..jd, adakah bagi pelajar afrika tu,seseorang individu tu banyak bercakap berdasarkan dari negara mana asalnya individu tersebut datang... rasanya manusia dari mana- pelosok dunia pun boleh byk bercakap @ boleh juga jd seorg yg pendiam..negara asal bukan pengukur yg tepat yg menjadikan sesorang individu tu byk bercakap..

    so dh tau belum mana asal sheikh tu?heheh..

    ReplyDelete
  2. Class tak aad network? elok lah tu, so that tak ada lah orang tu mengada-mgada nak whatsapping time class :)

    ReplyDelete
  3. apsal yang curious sgt nak tau syeikh tue dari mana? :p

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia