Lain tempat Lain bentuk

2 comments
Sayu bila terbaca satu keluhan seorang insan nurani di facebook. Betapa banyak dugaan dan ujian untuk menunaikan satu ibadah yang diibaratkan seperti tiang agama itu. Ujian itu tidak lain sifatnya adalah untuk menguji. Mana mungkin orang itu dikira beriman jika belum didatangkan ujian. Moga kita semua tergolong dalam kalangan hamba Nya yang beriman. Amin...

Beginilah kehidupan muslim di luar negara. Sentiasa mencari tempat untuk bersolat tidak kira tempat. Kami di sini, berwuduk pun guna sinki je. Kalau winter, hanya Allah yang tahu betapa bekunya ambil wuduk. Ada yang berbekalkan sebotol besar air bawa ke class untuk dijadikan air untuk mengambil wuduk bila tiba masanya. Ada juga diantara kami dimarah apabila meminta izin untuk keluar dari class sekejap bagi menunaikan solat. Ada juga diantara kami yang solat di bawah tangga university.Alhamdulillah, dengan kepayahan itu mengajar kami untuk lebih menghargai islam :)
Status di atas adalah keluhan daripada seorang pelajar di Ireland. Tempat yang agama Islam adalah minoriti. Sungguh, ujian sebegitu mematangkan diri seseorang yang bergelar Muslim. Mengukuhkan jati diri dan yang penting adalah rasa lebih untuk menghargai Islam. (Semoga dia menjadi orang Islam yang baik dan solehah.)

Terasa untuk membandingkan situasi itu dengan situasi di sini. Ternyata jauh sesekali perbezaannya. Jauh sangat yang mana agama Islam di sini adalah tidak asing dalam pengamalan penduduknya. Majoriti keseluruhannya adalah beragama Islam dan yang paling jelas adalah tidak ada satu gereja mahupun binaan rumah ibadat lain yang terbina di sini. Syukur sangat..

Sungguh besar nikmat Allah. Terasa Islam itu mudah bila berada di sini. Hampir semua nya di sini mengikut Islam. Tetapi ianya tetap sebagai ujian. Mudah, tetapi ia tetap adalah ujian. Tidak ada pergaulan antara lelaki perempuan. Kedai, cafe, market, mall akan tertutup bila tibanya waktu solat. Hatta stesen minyak pun akan berhenti beroperasi. Semuanya perlu mendirikan solat terlebih dahulu sebelum menyambung balik pekerjaan. Apakah ujian di sebaliknya?

salah satu stesen minyak bila tiba waktu solat


**masing masing ada nikmatnya tak kira di mana kita berada. masing - masing juga ada ujian di mana kita berada.
**moga orang Ireland jauh di sana selamat dengan baiknya. :)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. Allah Allah...semoga diberikan kekuatan olehNya...

    ReplyDelete
  2. kat Malaysia ni da cukup senang utk beribadah...tu pun ada yg malas...huh

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia