Tudung Islamik

11 comments
gambar cilok dekat fb.

Kesian kan perempuan. Nak pakai tudung pun kena ada pelbagai syarat dan cara yang betul baru lah menepati piawaian menutup aurat yang betul. Tapi, yang negative je yang akan fikir macam tu. Dia nampak dia je yang susah, nak pakai lagi..bila dah pakai tu rasa tak selesa la pula. Panas la, rambut rosak la. Haishh..macam - macam. "Kau lelaki, senang la cakap sebab kau tak pakai tudung.." ambil kau lelaki. Kan dah kena. Haha.

Tapi, kalau fikir cara positive, memang seratus peratus pemakaian sebegitu memberi kelebihan kepada perempuan. Mana tidaknya..? Islam menyuruh sedemikian mesti lah hundred percent betul dan tidak ada cacat celanya!! Piawaian dari Allah kott.. tidak ada yang Maha Sempurna melainkan Allah. Tidak kah Islam itu syumul? Belajar Tasawwur Islam masa form 5 mesti tau kot yang Islam itu sempurna dan tidak lapuk biar zaman beredar seribu tahun pun.

Biasanya sifat fitrah tu tidak akan menipu. Perempuan Islam yang tak bertudung mesti mengakui yang memakai tudung ni memang baik dan selamat. Cuma dia je yang tak nak menerima hakikat dan menafi dengan seribu penafian untuk membolehkan dia tidak bertudung. Hakikat yang sebenar adalah dia sedang menipu diri sendiri. So, cepat - cepat cari hidayah. Jangan tunggu dia datang sendiri.

Nampak macam aku khususkan untuk tudung je kan. Sama juga benda - benda yang lain. Kalau benda kebaikan tu, jauh di sudut hati kita ni kita tahu yang benda tu baik. Memang tahu dan akan terdetik di hati. Cuma kadang - kadang tu nafsu menutup apa yang ingin dizahirkan oleh sifat fitrah kita itu. Dan akhirnya tenggelam.. Kita hanyut dalam arus nafsu yang keji dan hina.

**asyik nak serang wanita je kan..? haha..tak ada.jangan sangka buruk ye.
**FA, thank you. keep it up.. kekalkan pemakaian yang disyariaatkan.. :)
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

11 comments:

  1. Yg no 6 tu kelakar ! Siap ada pineapple dua bijik atas kepala tuh haa.. Jenuh junjung!.. Hahaha lawak, lawak jugak kan.. Tapi betul la tu.. Berpesan2 kepada kebaikan apa salahnya.. :) org yg rsa dihentam tu org yg xdpt terima nasihat scra positive la kot kan?.. InsyaAllah marilah kita sama2 berubah ke arah kebaikan.. Sama2 perbaiki diri..

    ReplyDelete
  2. ahaha...ada nenas pulak.. tp skang, ramai bertudung yg berfesyen melampaui batas.. mahu cantik semata² dan bkn sebab kewajipan.. peringatan utk diri sendiri juga.. btw, thx ye share ni.. funny tp penuh makna

    ReplyDelete
  3. sarung tudung labuh bulat tu kan senang..kih3x

    ReplyDelete
  4. Naluri biasa prmpn (tp bkn semua), suka cuba fesyen terbaru. Yg reka dan jual pulak takde asas agama yg baik, jadilah tersebar tudung yg tak sepatutnya.

    Ni utk lelaki jugak HJ, nak didik anak isteri, adik beradik.

    ReplyDelete
  5. suka entri ni...mmg sbg ppuan tertarik nk cuba fesyen baru tp sy ttp x suka yg fesyen turban ala yuna tu :(

    ReplyDelete
  6. Tudung nenas....kena beli tu hihii

    ReplyDelete
  7. ehem. betul apa yg awak cakap ni sebenarnya. tak susah semua benda ni kalau nak jaga diri sendiri. memang dah lama termaktub kena menutupi dada semua. tapi sebab nak glamour punya pasal, tak pun nak tarik perhatian org, tu mcm2 fesyen muncul. kalau dah kena sekali, barulah nak menyesal kang.

    ReplyDelete
  8. tudang yuna skarang ni paling aq nyampah..

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia