Tak Boleh Lewat

3 comments


Pagi Sabtu, Kelas keempat daripada lima kelas semuanya. Aku menanti kedatangan lecturer di luar kelas. Kelihatan ramai budak Saudi berkeliaran di luar kelas. Rata-ratanya berjubah putih. Kain serban merah di letak atas kepala. Seakan tudung jika seimbas lalu. Mungkin di Malaysia dikenali dengan kain serban. Di sini pula dikenali dengan syimagh. Itu adalah pakaian mereka. Dari yang muda hinggalah yang tua. Berjubah putih berkelubung kain serban merah atau pun putih.

Lima minit berlalu. Masih tidak kelihatan kelibat lecturer yang mengajar subjek Feqh 7. Subjek Feqh 7 lebih menumpukan kepada hukum hakam jual beli. Pertama kalinya lecturer ni masuk, dia mengajar tentang jual beli tempahan. Bai’ As Salam bahasa Arabnya. Apakah definisinya, apakah hukumnya di sisi Islam, apakah dalilnya dan juga apakah permasalahan yang akan dibincangkan. Sehingga minggu lepas sahaja sudah sampai kepada perbahasan tentang hukum jual beli haiwan secara tempahan. Apakah ianya dibolehkan atau sebaliknya dengan menumpukan apa pandangan empat mazhab berserta dalilnya.

Aku bersandar di dinding. Mengeluarkan smartphone Samsung Galaxy Ace. Nampak uzur. Yee.. memang uzur, smartphone aku yang pertama. 4 bulan aku sampai di Madinah, aku terus membelinya. Antara pencetus pertama yang menggunakan ‘operation system’android. Sekarang ternyata Samsung Galaxy Ace aku ketinggalan jauh dengan keluarnya Ace Duos, New Ace, Ace Plus. Entah berapa banyak Ace ada. Tapi aku tahu yang Ace aku adalah yang induk punya. Founder yang pertama. Bangga bukan? Haha.

Aku menekan butang ‘home’. Screen menyala. Terpampang jam dengan angka digital. Pukul 10.30 pagi. Ternyata ada ‘whatsapp’ notification di bahagian atasnya. Aku tersenyum. Aku sudah dapat meneka siapa empunya yang menghantar text melalui whatsapp itu. Aku menyentuh skrin yang dibaluti ‘screenprotector’ dari atas skrin dan menariknya turun ke bawah. ‘Scroll’ bahasa orang putih. Melihat secara penuh notification tadi. 

Mudah, semuanya hanya terletak di ibu jari. Tidak menggunakan banyak tenaga. Ternyata kecanggihan teknologi memberi kesenangan kepada manusia. Ternyata juga yang tekaan aku juga adalah betul tentang empunya diri yang menghantar whatsapp tadi. Aku tersenyum bangga. Memang tekaan aku selalu tepat dalam hal ni. Mana tidaknya, asyik dia je. Haha.

Ibu jari kanan dan kiri pantas memainkan peranan. Menyentuh skrin rata Samsung Galaxy Ace yang usang. Sesekali menekan butang ‘send’. Tersenyum. Sabar menanti orang sebelah sana menjawab balik. Walaupun jauh, terasa dekatnya. Whatsapp, satu lagi teknologi yang berkembang dan mendapat tempat dalam kalangan pengguna smartphone. Aplikasi yang mirip SMS. Berfungsi menghantar mesej tetapi ia nya lebih cepat dan pantas dengan menggunakan capaian internet untuk berfungsi. 

Vbrrrr… Samsung Galaxy Ace aku bergetar. Mode vibrate diaktifkan semasa kelas. Bergetar menandakan ada notification baru. Orang yang sama menghantar whatsapp, cuma waktu je yang berlainan. 10 minit berlalu. Pelajar Saudi di luar kelas sudah berkurangan. Masing – masing sudah memasuki kelas masing – masing. Hanya beberapa orang sahaja yang tingal di luar kelas. Jelas, mereka adalah daripada kelas yang sama dengan aku. Lecturer tak sampai lagi. Apakah penanda yang dia tidak akan datang?

Baru sahaja aku nak mengatakan yang lecturer akan miss kelas pada hari ini. Ingin berseronok. Aku menoleh ke kiri. Nampak jauh dari arah selekoh sana lecturer membelok ke arah aku. Tepat ke arah aku dan aku dan dia bertentang mata. Aku terus bergegas memasuki kelas. Mengikuti perbuatan pelajar – pelajar Saudi yang lain. Mereka semua ini tahu. Aku juga tahu. Lecturer ini tidak akan membenarkan mana – mana pelajar yang datang lewat, mahupun yang masuk kelas selepas dia memasukinya daripada duduk dalam  kelas tersebut. Pengajaran daripada pengajian – pengajian minggu lepas. Pelajar akan di halau serta merta. 

“ Insya Allah, bukroh ta’ti.” Ayat yang selalu diguna pakai oleh lecturer untuk pelajar – pelajar yang lewat. Mana – mana pelajar yang membuka pintu kelas ketika mana lecturer ni selesa bersandar di kerusinya akan terus mendapat ayat ini secara spontan. “ Insya Allah, kamu datang esok”. Pedih menusuk hati. 

Lecturer masuk. Meletak buku dia di atas meja. Duduk bersandar di atas kerusi seperti kebiasaan. “Mana – mana kamu yang baru masuk tadi, keluar… Kamu semua di kira lewat.” Belum apa – apa lagi lecturer ni mengarah orang yang masuk kelas lewat tadi keluar. Aku antara yang baru masuk tadi, adakah aku termasuk sekali? Aku diam membisu di belakang. Mencari tubuh – tubuh sasa Saudi untuk menjadi benteng antara aku dengan lecturer. 

“ Kamu, kamu, kamu.. masuk kelas bila nampak aku tadi kan? “ dia menuding jari ke arah beberapa orang pelajar. Semua pelajar ni diam. Bangun dan terus keluar daripada kelas. Raut muka yang nampak tidak puas hati dengan lecturer. Muka bengang. Haha. Aku yang kat belakang ni nampaknya terselamat daripada mangsa tudingan jari lecturer tadi.

Lecturer memulakan kelas. Topik diajar hari ini adalah perbahasan tentang hukum jual beli daging secara tempahan. Mazhab empat berselisih pandangan dalam hal ini. Kebanyakan ulama mengatakan yang ia nya adalah harus dan tidak menjadi masalah dalam hal ini manakala mazhab Hanafi mengatakan yang ia nya tidak boleh jual beli daging secara tempahan. Lecturer memperincikan dalil – dalil daripada setiap pendapat mazhab tadi. Aku mencatat secara ringkas apa yang diperkatakan.
20 minit kelas berlalu. Tiba – tiba lecturer tadi memandang aku. Serius dan bersahaja mukanya. “ Ya syeikh, apa nama kamu?” lecturer menyoal sambil menuding ke arah aku.

“Aku? Muhammad Hafizin.” Aku menjawab spontan.

“Dari negara mana?” Lecturer tadi menyoal balik. Aku cuak. Kenapa lecturer ni tiba – tiba je tanya aku ni. Sudah terbongkar kah rahsia aku?

“ Dari Malaysia ya Syeikh.” Aku menjawab. Terpaksa.

“Kamu tadi masuk kelas lepas nampak aku datang kan?” Syeikh seakan menyoal untuk memastikan jawapan yang dia sudah ada. Sudah kedengaran pelajar – pelajar lain gelak. Jahat! 

“Na’am ya syeikh.” Aku mengiyakan. Nampaknya aku sudah dapat dikesan oleh lecturer tadi. Aku terus menutup buku. Memasukkan pen ke dalam poket. Berhajat ingin keluar daripada kelas. Aku bangun. Berpaling untuk keluar daripada kelas.

“ Ya syeikh, duduk, duduk…” lecturer tadi menyuruh aku duduk. Dia tersenyum.
“ Ijlis ya Syeikh?” Aku menyoal balik untuk kepastian.

“Na’am.” Lecturer tadi membenarkan aku mengikuti kelas nya sehingga habis. Aku lega. Kalau tak memang dapat bebelan percuma daripada orang jauh di sana. “ Haisshhhh… ada ke macam tu, lain kali jangan text lagi masa kelas!!” Antara ayat yang dijangka jika aku kena halau dari kelas tadi. 

Kesimpulannya, dengan lecturer ni.. aku kena tunggu dia dalam kelas sehingga dia datang. Tak boleh keluar, tak boleh datang lewat. Kalau tidak, akan dihalau dan akan dikira tidak hadir ke kelas. Memang macam – macam protokol dekat sini. Lain lecturer lain caranya. Tidak begitu? Takkan semuanya nak sama je. 

** entry ni bajet cerpen je. Padahal entah pape point dia. Haha.
**  seriously saya rindu dekat awak.. L
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

3 comments:

  1. Betul tu..jangan sesekali lewat ke kuliah.

    ReplyDelete
  2. fuhhH !
    khusyuk baca cerpen mr hafizin..

    dapat satu pengajaran dah lepas baca entri ni..

    syukran ya sheikh! :)

    ReplyDelete
  3. lecturer lambat xpe ya. student lambat keluar.. haiss xadil je bunyinya.

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia