Skip to main content

Stick Together

"Allah is everythings, he always with us in no matter condition we are" 

Bila baca quote kat atas tu kadang - kadang kita terfikir sendiri, termenung berapa banyak kita ingat kepada Allah dalam setiap keadaan kita. Kebanyakan kita hanya ingat Allah pada masa kita ditimpa musibah je. Masa kita ditimpa sakit atau ditimpa dengan pelbagai masalah dan seumpanya. Masa tu lah mulut ringan merintih Allah..Allah..Allah.. tolonglah hamba Mu ini ya Allah.

Bila kita senang, kita mudah lupa siapa tempat kita mengadu tika kita dalam kesusahan. Nampak, manusia itu mudah lupa dan hanyut dalam arus kesenangan dan kemewahan. Sebab itu, ingat lah Allah ketika kamu senang, nescaya Allah akan ingat kamu ketika kamu susah. Part ni memang sangat menguji sebab tak ramai diantara makhluk yang bergelar manusia ingat kepada Allah bila mana mereka senang.

Kita mungkin tak nampak Allah secara zahir ada bersama - sama dengan kita ketika kita dalam kesusahan. Ketika kita berada dalam kesedihan. Tetapi, Allah menghantar hamba - hambanya yang hidup di atas muka bumi Nya ini untuk ada bersama - sama dengan kita. Untuk menguatkan semangat kita, untuk menasihati kita. Mereka sentiasa dengan kita. Mereka menjaga kita, melindungi kita dan menyayangi kita. 

Mereka tak lain dan juga tak bukan adalah orang - orang di sekeliling kita sendiri. Sahabat - sahabat kita dan orang yang paling rapat dengan kita. Mereka tidak meniggalkan kita di saat kita jatuh tersungkur. Tidak melangkah pergi di saat kita sedih dan hiba dan tidak berlepas tanggal bila kita memerlukannya. Sungguh, mereka ini menyayangi kita dengan seikhlas hati. Ikhlas dalam perhubungan.

**quote diambil daripada status facebook FA. Credit to her.
**to Farah Alishya. Jangan sedih, bawa bersabar. Saya sentiasa ada dengan awak. We always stick together no matter how condition we are. :)

Comments

  1. betul. kadang kadang bila dah susah tu lah baru nak ingat Allah. astaghfirullah. semoga kita sama sama tak mcm tu lah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google