Skip to main content

Rabu Berkata

gambar cilok

Ada lagi ke wordless wednesday sekarang ni..? Biar gambar je yang bercerita. Tapi, gambar aku tak bercerita sangat sebab gambar aku ada words di dalamnya. Haha.Wordless with word. Boleh ke..? Tak penting yang tu...yang penting, bila hari rabu..maknanya esok cuti la.

Ayat di atas ni memang dia nak suruh kaum lelaki ni berjaga - jaga kot. Silap besar jika pasangan dia tu lebih gembira ketika bersama dengan orang lain berbanding dengan dia sendiri. Kaum lelaki tu kena memberi perhatian lebih kepada pasangannya. Mana ada orang kata dia suka kepada seseorang itu, tetapi seringkali mengabaikannya. Betul tak..?

Lelaki yang betul - betul menyayangi pasangannya, confirm dia akan ambil berat sangat pasal pasangan dia. Dia dah tak kisah pasal perempuan lain. Dia dah tak gedik nak comment dekat wall perempuan lain, dia dah tak gatal nak bermesej dengan perempuan lain. Dia hanya nampak orang di depan dia yang betul - betul dia sayangi. Mungkin ada jealous jika dia tak dapat menggembirakan pasangannya macam orang lain.

Dia hanya focus kepada yang satu. Tidak orang lain, tidak sesiapa. Hanya yang difikirkannya adalah untuk memberi dengan ikhlas. Hanya mengharapkan balasan kasih sayang. Dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Dia ingin membina rumah tangga bertiangkan tiang konkrit yang kukuh. Tahan daripada panas dan badai cubaan yang akan mendatang.

**entry menjiwang ke ni? Sekadar mengambil pengalaman orang je ni. haha
**FA, saya nak buat awak selalu tersenyum bila dengan saya. hehe

Comments

  1. adehh jiwang ! kkekekke
    cari pengalaman .. x salah ;)
    utk belakan kannn ;))

    ReplyDelete
  2. kalo da bergelar suami isteri, memang patut macam tu la kan? ni da ada isteri, nak cari pompuan lain lak... =.="

    ReplyDelete
  3. Menggembirakan psgn tu tanda betul2 syg.

    ReplyDelete
  4. btul tu....bertuah wanita yang disayangi lelaki sebegitu...hmmm...andai lelaki laen lebih membahagiakan...maka runtuh la ikatan...putus sudah kasih sayang...

    ReplyDelete
  5. Betul lah..pmpuan ni mmg nk attention dr psngn dia pn..so jgn heran la kl tetiba merajuk tanpa sbb..nakkan attention la tu..laki kena la pndai memujuk pndai amik hati bru perut bleh berganjak kehadapan..keh3 btw laki boroi itu sekai???? Erkkkk lariiiiiii

    ReplyDelete
  6. heuheuuuu~
    bila nak kawin ni

    ReplyDelete
  7. eceh. pandai jugak berjiwang? puiiii.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-