Peraturan Baru

7 comments
Awal February. Masih lagi dingin dan kesejukan. Seminggu yang lepas, mentari sudah perlahan mengganas dengan bahangnya. Tapi, minggu ini awan kembali memayungi bumi Madinah. Angin pula lembut menyulam si bayu. Nampaknya Saudi masih di dalam winter. Winter tanpa salju. Aman dan nyaman.

Kehidupan minggu ini sudah berubah. Bukan lagi macam dua tiga minggu yang lepas. Minggu ini class sudah berjalan. 21 jam dalam seminggu perlu ditempuhi dalam minggu – minggu yang akan mendatang. Bulan May adalah pengakhiran untuk sem ini. Lamakah..? Jika dihitung memang lama, begitulah kata orang ramai. 

Sem baru, peraturan baru. Selalu je macam tu dekat Islamic university of Medina. Sem ni nampaknya peraturan baru lebih memberi tekanan kepada pelajar – pelajar Saudi sendiri. Kereta sudah tidak dibenarkan untuk parking di dalam kawasan university. Relevankah? Kalau tanya aku, memang sangat relevan la..

Kenapa? Sebab, kalau budak Saudi bawa kereta ni.. memang boleh kata jin la yang tengah drive kereta. Tak kata budak, bapa budak kadang - kadang pun sama je.. Ikut suka dia je nak pecut minyak berapa laju, ikut suka dia je nak pusing stereng belah mana. Dia buat jalan ni dah macam jalan datuk dia even jalan yang kat dalam university sendiri. Tapi, tak semua Saudi yang macam tu… tapi, rata – rata memang macam tu. Aku lebih kepada rata – rata orang Arab. Kalau arab Egypt..tahu la tinggi mana pangkat Jin yang drive kereta tu.

So, kalau jin yang drive kereta, ikut kepala dia sendiri dan kena pula atas jalan tu ada beberapa ekor jin… kemungkinan besar untuk accident tu besar la kan.? Tu pasal pihak pentadbiran uni ni buat macam ni. Nak elakkan accident. Kalau jin lawan jin tak apa. Takut jin pergi langgar yang tengah jalan macam aku ni. Tak pasal – pasal yang tak bersalah boleh sakit. Kalau aku sakit, sah - sah kena marah dulu sebelum dicaringkan.. hehe

**suka pula tengok bila budak - budak Saudi ni kecoh bila ada peraturan baru ni.
**rasanya tak tahan lama peraturan ni, budak ni mengadu nanti kulit gelap kena jalan jauh dari tempat parking ke bangunan kuliah. --'
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

7 comments:

  1. hehe... mmg jenis dorg ni bw kete cam jin... haduiii, mmg pening n sgt careful la akak, klu drive nampak dorg drive sama, bkn nk bg signal ke apa main msk ja... tp ms kete akak msk longkang geng dorng jg la y tulung... melayu, cina org kita dtg tgk terus belah... hampeh tul... bak tulung mmg puji sgt... hehehe

    ReplyDelete
  2. kalau camtu, mmg bagus sgt lah. Org sana kaya2 kan, harus sume ada keta.

    ReplyDelete
  3. bila dpt peraturan begini,,yg tak berkereta lah seronok kan...hihi

    ReplyDelete
  4. dahsyat jugak ek diorang bawak keta....kalah akak bawak ek? eh!!

    ReplyDelete
  5. relevan klo peraturan tu kuatkuasa hnya wktu siang . wktu kelas je . spy jin3 tu nak mengamok pun luar kwsn bukan dlm kwsn univ . tp mlm bg la bebudak yg duk ostel -yg ramainya foreigner bukan saudi- ni park keta kat dlm . hampeh gk guard pun kekadang tu .

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia