Hadis 5

2 comments
Sabtu pagi bersamaan 4 Februari merupakan kelas Hadis pertama untuk sem ini. Hadis 5 lebih tepat. Bermakna sudah empat sem subject hadis aku belajar dan hadis lima adalah subject terakhir hadis. Boleh dikatakan yang semua lecturer mengajar subject hadis ni adalah baik - baik dan friendly dengan pelajar. Nada suara yang lembut dan gaya pengajaran yang memberi kesan.

Pintu kelas 109 dibuka. Kelihatan seorang orang tua dipimpin oleh seorang pemuda memasuki kelas. Di tangannya kelihatan tongkat. Perlahan dia berjalan dengan sebelah tangannya dipimpin oleh pemuda tadi. Nampak keletihan. Ditariknya perlahan kerusi, dan dia duduk sambil bersandar. Senyap seketika. Dalam 5 minit. Hanya kedengaran deruan nafasnya. Tenang setiap tarik dan hembusan, tapi kuat bunyinya.

Dia memakai cermin mata. Bulat dan tebal kantanya. Aku mengintai anak mata dia di balik kanta tebal itu, ternyata gagal. Kanta itu silau dek cahaya lampu dalam kelas. Lebih kurang lima minit, kelas sepi tanpa bunyi. " Berapa bilangan kamu dalam kelas ni?" dia menyoal. Aku tahu, yang kat depan aku sekarang ni adalah lecturer untuk subject Hadis tu. Dekat sini, lecturer itu dipanggil dengan nama 'syeikh'. Semua lecturer. Menunjukkan rasa hormat.

"Dalam 20 orang, syeikh.." seorang pelajar menjawab. Ye... bilangan pelajar dalam kelas tu dalam lingkungan 20 orang atau lebih. Hanya 2 barisan setengah sahaja. Ternyata minggu ni pelajar masih lagi sibuk dengan urusan jadual. Setiap kali sem, memang macam ni. Gelagat pelajar - pelajar arab dengan pekerja - pekerja pejabat dekat sini. Beratur panjang, hanya untuk urusan selama 2 3 minit. Pekerja lebih banyak dari minum teh daripada sibuk bekerja. Tak semua. Tapi rata - rata memang macam tu.

Syeikh memulakan percakapan. Suara dia serak - serak basah. Janggutnya memutih. Syeikh membuka kalamnya dengan topik tentang kelebihan ilmu. Memang kebiasaan macam tu. Muqadimah pelajaran dimulakan dengan kelebihan - kelebihan dalam menuntut ilmu. Memberi perangsang buat pelajar untuk menuntut ilmu bukan kerana pointer, tetapi kerana ilmu itu sendiri. Ilmu yang dapat membuat kita lebih dekat kepada Allah.

Syeikh menceritakan yang ilmu itu adalah seperti susu. Seperti mana yang diumpamakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Susu adalah minuman yang paling banyak khasiat dan kelebihannya. Begitu juga dengan ilmu. Sangat besar manfaat dan sangat besar ganjaran orang yang menuntut ilmu. Diceritakan juga yang setiap makhluk akan meminta ampun kepada Allah untuk setiap orang yang menuntut ilmu di jalanNya. Hebat bukan ganjaran orang yang menuntut ilmu?

Aku hanya diam, meneliti setiap tutur kata syeikh. Kadang - kadang tangan mengeluarkan handphone dari poket, melihat jam. Tiba - tiba syeikh diam. " Jam berapa sekarang?" syeikh bertanya. Aku kaku. Ku sangkakan kelakuan ku tadi disedari oleh syeikh, membelek - belek handphone ketika dia bercakap. Mungkin syeikh tidak senang dengan kelakuan aku.

" Masa dah habis syeikh ". Rupanya soalan itu adalah umum untuk semua pelajar. 8.25 pagi. Masa untuk subject hadis dah tamat. Syeikh menutup pembelajaran. Masa yang akan datang insyaallah akan dibicarakan tentang adab menuntut ilmu menurut apa yang syeikh kata tadi. Aku tengok semua budak bergegas keluar. Aku duduk sebentar memerhati syeikh. Ternyata syeikh tidak berganjak. Aku mengandai yang syeikh sedang menunggu pemuda yang memimpinnya tadi datang. Membawa dia ke kelas yang seterusnya. Ternyata tidak. Aku tidak punya masa untuk menunggu. Aku terus keluar kelas. Berharap yang syeikh tadi dapat berjalan dengan baik. Agar dikurnikan kesihatan yang baik untuk terus menabur khidmatnya.

**FA tak bagi text masa tengah class.. :D
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. tgk hp sgt masa syeikh ngajar ye..hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe menarik cara sheikh tu smpaikan ilmu dia..tak terfikir selama ni yang ilmu di umpamakan seperti susu.. menarik sekali :)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia