Terlebih Yakin

8 comments
Malam yang kedinginan. Kipas masih berpusing ligat 24 jam tanpa henti. Sudah menjadi tabiat untuk jadikan bilik tidak rasa kelemasan. Lingkungan jam 9 malam. Perut berkeroncong meminta untuk diisikan.

Telur bujang goreng dihamparkan di atas nasi yang ditanak menggunakan import dari India. Talam usang dijadikan alas. Cukup untuk memuatkan 4 orang dalam satu - satu masa ketika makan. Kicap cap kipas udang setia menjadi penaik selera. Hanya nasi putih, telur dan juga kicap. Satu menu orang - orang bujang bila dilanda kemalasan.

Dalam lima minit menjamu selera, datang seorang kawan aku. Mukanya nampak happy. Senyumnya nampak lebar je. Dia terpandang yang kami bertiga sedang melahap rezeki. Mungkin dia malu... lekas aku pelawa dia join sama. Dia malu, katanya kenyang... Aku paksa, kalau kenyang.. duduk je tepi aku...tengok kitorang makan. Hidu bau je.

"Alang - alang duduk, baik makan terus," dia memberitahu. Katanya, memang dah style dia macam tu, walaupun dah kenyang tetap akan berselera jika tengok telur dengan kicap. Rakus je dia merobek nasi - nasi yang masih lagi tersisa. Tiba - tiba bunyi handphone dia. Dia tengok. Kejap lepas tu dia tekan butang silent. Dibiarkan tidak berjawab. Dibiarkan berdering tanpa nada.

Setiap dua minit, akan berdering lagi handphone dia. Dia ulang benda yang sama. Tengok, lepas tu tekan silent supaya tak menganggu kitorang makan. Dalam 7 atau 8 kali aku rasa handphone dia tu berbunyi, tapi dia tetap mengulangi benda yang sama. Aku pelik, kenapalah dia tak off terus handphone dia, ataupun teruskan buat silent jika dia tak nak pick up. Kesian orang dekat sana.

Aku syak mungkin ada someone yang nak kacau dia. Takut - takut jika ada Arab gay yang mengganggu. 'Dia enggan dan dia sangat tension dengan orang tu.' Aku mula membuat andaian. Sekali lagi handphone dia berdering. Terus je aku bersuara, " Din, gila mana yang call tu...? Bagi sini handphone tu, biar aku yang cakap. Orang nak makan pun dia nak kacau.". Yakin je aku bagitau Din.

"Oittt..baik sikit gila - gila tu... ni bini aku la weiii...". Aku bila dengar jawapan ni. Terus tergelak.. haha. Bukan aku je, semua yang makan dalam tu tergelak sama. Aku yang over confident ni terus je sound orang yang asyik call kawan aku tu. Tak tahu pula yang tu isteri dia. Tengok, over confident, confident yang melampau. Rupanya kawan aku tu ada krisis rumah tangga. Saja nak buat merajuk dengan isteri dia. Jenuh je isteri dia call.. Haissshhhh.

**kadang - kadang ekspresi muka kita itu perlu untuk dibuat - dibuat. Happy walaupun hati yang kat dalam penuh dengan jerat masalah untuk kegembiraan orang lain.
**FA pandai buat muka plastic..haha
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

  1. bkn org bujang jer makan nasi dgn telur... akak ni semalam pun mkn nasi ngn telur goreng+planta cz kicap kipas udang dh habis... klu x rembat gak kicap tu... huhu... menu malas nak kuar beli lauk tu... hehe

    alahai cian yer member tu... hope semuanya akan ok...

    ReplyDelete
  2. Muka plastic eh? tak apa sebab shya buat muka apa-apa pun still maintain cute, haha.

    ReplyDelete
  3. kihkihkih...pasni boleh tiru idea tu smbl wat muka plastik. kemain nak kawen. miahahah

    ReplyDelete
  4. haha kan dah kena marah dgn kawan kau. tu la dia mrh2 merajuk kat bini dia pun dia tetap xksi org panggil bini cm tu.. comel je merajuk!

    ReplyDelete
  5. haha...lain kali tanya dulu...jgn main sergah je...kan sendiri da malu...hee~

    P.S - nasi + kicap kipas udang + telur...menu paling sedap bila tgh lapar dan malas...haha~

    ReplyDelete
  6. Hehe....pandai member kau tu sembunyikan masalah dia hehehe :)

    ReplyDelete
  7. kan dah kena. sekali bini dia dah haha

    ReplyDelete
  8. Merajuk merajuk gak tp sapa xsayang bini oittt..hahahahh lawak2

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia