Selama Menjadi Anak

5 comments
kadang kadang kawan itu memberi pengaruh yang besar kepada kita.


Anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoraknya dengan colour mahupun patern yang dikehendaki mereka. Nak yang merah, nak yang pink... nak yang corak batik ataupun nak yang coral modern.  Asalnya adalah kosong, putih bersih dan suci murni. Ibu bapalah yang menjadikan anak mereka itu Islam, Yahudi, mahupun Nasrani. Asas agama yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam mendidik anak.

Tanggungjawab ibu bapa yang paling besar adalah memberi didikan agama. Tak kiralah, nak anak dia jadi doctor mahupun cikgu mahupun posmen. Agama itu mesti menjadi akar yang kukuh  dan sihat untuk menjadikan batang, dahan dan akhirnya menghasilkan buah yang elok dan masak ranum.  Mungkin memakan masa yang agak lama, tapi pasti ibu bapa akan berpuas hati bila tibanya masa menuai nanti.

Ibu bapa itu sudah sehabis baik menjaga anak - anak mereka. Tapi ibu bapa kadang - kadang tak sedar yang adanya unsur - unsur dari luar yang turut mencorak kain putih tadi. Mungkin sedar, tapi sudah terlewat. Mungkin juga sedar.. tapi berada di luar kawalan. Akhirnya hanya anak itu sendiri yang perlu menilai dan bertindak, adakah patut dia membiarkan tangan - tangan ghaib itu mencorak diri mereka. Nak kenal anak kita, tengok lah dengan siapa dia berkawan.

**bukan nak kata pengalaman menjadi ibu bapa, tapi pengalaman selama menjadi anak.
**FA kata nak dua je. Hehe

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. true..

    satu hari nanti, kita akan merasai bagaimana tugas ibu bapa tu dapat dipikul..
    moga dipermudahkan urusan oleh Allah. amin..

    nice entry, abe hafizin! :)

    ReplyDelete
  2. semakin rajin mengupdate ubi :) keep it up.

    ReplyDelete
  3. bila nak ada anak ni? boleh corakkan kain putih hikhik

    ReplyDelete
  4. erm... akak setuju tp... tp dr pengalaman akak melihat, ada ibu bapa membandingkan, memperlekehkan si anak y dicorak itu dgn org lain... macamana tu, seakan anak itu bkn dr acuan dan corakkan mereka... kesian dan sedih...

    ReplyDelete
  5. setuju sgt entry ni :) huhu.. ble da dewasa ni kena kuat dengan jati diri dalam mengharungi apa2. agama jadi pegangan.. ibu bapa pendidik dari kecik buat anak2~

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia