Hilang 3 Mata di Emirates

9 comments
ENTRY ARSENAL !!

Apa nak jadi dengan Arsenal?? Hilang tiga mata di Emirates. Fans Arsenal memang sah bengang gila. Sama ada bengang dengan Koscielny, ataupun Wenger ataupun pemilik kelab Arsenal. Mungkin juga bengang sebab harga ticket yang mahal tetapi mutu permainan Arsenal yang tidak memuaskan.

Seawal minit 8 lagi Arsenal bermain dengan 10 orang apabila Koscielny mendapat kad merah. Ternyata refree tidak salah menghukum kerana Koscielny memang jelas menghalang Dzeko yang mempunyai peluang besar untuk menjaringkan gol. Satu kad merah untuk Arsenal dan satu penalti untuk Man City yang dapat diselamatkan oleh penjaga gawang Arsenal.

Walcott
Podolski - Cazorla - Chamberlain
Diaby - Wilshere
Gibbs - Vermaelan - Koscielny - Sagna
Shazwani

Subs : Mannone, Mertesacker, Santos, Jenkinson, Ramsey, Coquelin, Giroud

(skuad pada malam ini)

Arteta yang injured selama 3 minggu diganti dengan Abou Diaby. Wenger mengambil tindakan yang bijak dengan mengeluarkan Chamberlain dan memasukkan Mertesacker untuk menampung kekosongan di bahagian defend. Tapi, apakan daya... kubu pertahanan kita rapuh, tumbang dengan 2 gol pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua nampak ada penambahbaikan daripada player kita. Bermain dengan lebih tenang dan dapat menguasai permainan walaupun bermain dengan 10 orang. Sampailah pada minit ke 80 apabila Kompany juga dilayangkan kad merah. Mungkin kad merah yang kontroversi, tetapi... Arsenal sudah tidak mampu berbuat apa dengan masa yang masih lagi berbaki 10 minit.

Ternyata fans Arsenal akan mempersoalkan adakah Wenger akan mencari pemain baru untuk menguatkan Arsenal untuk mengharungi perlawanan yang masih lagi berbaki. Pintu perpindahan masih lagi terbuka. Chelsea sudah ada Demba Ba. Arsenal?? Ternyata Giroud mahupun Podolski tidak memberi impak yang besar kepada Arsenal. Hanya Cazorla yang menyerlah.

**adakah sokongan kita kepada wenger goyah?
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

9 comments:

  1. akak ingatkan mata apa la yang hilang tadi tue. =.=

    ReplyDelete
  2. hang dah boleh ganti pengulas sukan bro. hehe

    ReplyDelete
  3. adduss. isu bola?xminat bola. ekeke

    ReplyDelete
  4. tk fanam lagsung pasal entry ni. sbb kita bukan peminat arsenal. hihi

    ReplyDelete
  5. ahsengak...hihi go chelsea go err

    ReplyDelete
  6. selepas kemenangan 1-0 minggu lepas, rasanya konfiden untuk game selepas ni akan naik... harap dapat claim balik top4

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia