2 in 1

6 comments
Termenung. Bungkam. Dingin membalut tubuh yang separuh bogel. Hanya bertuala, perlahan kaki mengarah ke bilik air. Teringat fitrah kita. Dilahirkan tanpa pakaian. Bogel. Sungguh hina kan..? Tapi, Allah tak pandang apa pun pakaian yang kita pakai semasa kita dilahirkan, ketika remaja, mahupun dewasa. Allah hanya pandang pakaian made in  takwa dan keimanan!!

Tapak tangan yang sedikit kasar ini disilang, menggosok tubuh yang sedikit mulus.  Digosok berulang kali untuk menghasilkan haba. Tubuh terasa sedikit kehangatan. Hasil pembelajaran Sains semasa Darjah 4 dulu. Tahun 2001. Sekarang 2013. Sungguh cepat masa itu berlalu kan? Masa yang seiring berjalan tak semestinya pakaian takwa kita seiring dihias dengan iman dan ihsan. Adakalanya ia makin compang. Makin reput ditutup dengan debu maksiat.

Kaki mengikut arahan minda. Melangkah seakan dipaksa. Sudah bertahun tubuh menerima reaksi sama. Sejuk menggigil bila tubuh disimbah dengan air kala fajar begini. Tubuh kata tak nak..tapi akal masih waras. " Tubuh, kau kena mandi.. nanti kita busuk, walaupun aku kat dalam dan kau kat dalam tapi kita masih pada jasad yang sama. Kau degil, aku paksa kau selagi aku masih berfungsi dengan baik. Tidak aku buat semua ni untuk kebaikan kita bersama."

Yess..Akhirnya berjaya juga. Tubuh fresh walaupun  pada awalnya kena menghadapi kesejukan. Penat sangat bersukan, sampai tidur pun tak mandi. Haha. Adakalanya dalam alam perkahwinan pun akan menghadapi benda yang sama. Dua kelasi dalam melayari satu bahtera. Ingin sampai ke sebuah destinasi dengan selamat. Tetap teguh walaupun angin dan badai melanda. Tetap teguh walaupun ombak ganas mengocak bahtera perkawinan.

**FA busuk!!
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

6 comments:

  1. eh, dia yang busukkk. Balik main bolaaa tak mandi :(

    ReplyDelete
  2. jgn bogel..malu kokre.. heheee

    ReplyDelete
  3. main focus entry in rasanya psl perkahwinan... as a subjective luahan kot ni... bila lg? hehe...

    ReplyDelete
  4. Dua kelasi dlm satu kapal mmg tak best.. Perasaan yg dua2 nk menang, rasa mereka betul

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia