1 January 2013

8 comments
Tahun 2012 sudah berlalu pergi. Sudah tinggal sejarah. Ramai yang menantikan saat detik 12 malam untuk meraikan 1 January 2013. Ada bersamanya bunga api, ada di sana juga konsert. Ada di sana juga tilam yang empuk untuk tubuh merehatkan diri. Semua di tangan kita. Kita yang tentukan. Aku? Pilih tilam lagi baik kot.

Tak kisah sangat tahun lama ataupun tahun baru. Tahun baru sama je dengan tahun - tahun yang sebelumnya jika kita masih lagi di takuk lama. Masih sama kita yang di tahun 2012 dengan tahun 2013 nanti. Ramai yang update status senarai azam dekat facebook sempena  tahun baru 2013. Azam yang mana tahun 2010 lagi di senaraikan, tapi sampai kini belum lagi tertunai. Tak salah jika dibuat senarai, tapi.. macam tak ada guna jika tiada usaha untuk tunaikan azam tu.

Orang sibuk menyambut tahun baru.. tapi aku tak kisah sangat tahun baru. Apa yang aku kisahkan adalah satu january. Satu tarikh yang merupakan tarikh yang bermakna dalam hidup setelah 21 tahun hidup di dunia. Ye.. 21 tahun. Baru tahu menghargai tarikh satu january. Lahirnya orang yang amat aku hargai.. Bagi dia, satu january kali ini mungkin terlalu pahit untuk ditelan.

Orang lain mungkin nampak dia ceria and happy. Selalu mengukirkan senyuman manis di wajah. Tapi, orang tak tahu penderitaan di sebalik senyuman nya. Orang tak tahu dengan ujian apa yang dia perlu tempuhi. Orang tak tahu betapa luluhnya hati dia. Orang juga tak tahu betapa banyak air mata yang mengalir di kala dia kesorangan. Yang orang nampak dia ketawa. Orang nampak dia suka bercakap.

Aku cuma dapat memahami, tapi tidak dapat merasai apa yang dia rasa. Aku cuma tahu menutur kata menyuruh dia bersabar, tapi aku tak dapat merasai betapa luluhnya jantung hati dia. Jikalau rasa itu boleh ditukar ganti.. tak mahu diriku tengok dia bersedih.  Hanya terpaksa menunggu masa, ingin menjadi sumber kekuatan untuk dia menghadapi semua ini.

**Farah Alishya, selamat hari lahir yang ke 20. Jadikan hari - hari yang lepas sebagai azimat untuk menjadikan diri Ishya lebih kental dan tabah bagi mengharungi tahun 2013 dan juga tahun - tahun yang bakal mendatang. Lupakan kesedihan, hadirkan senyuman. Ingat shya, "Semakin besar ujian yang diberikan, makin sayangnya Allah terhadap hambanyaa :)"
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

8 comments:

  1. selamat tahun baru :)

    dari dok gi tempat ngarut tu, baik tido tgk tb rumoh. hee.

    selamat ulang tahun jgk! biar xkenal pn. hee.

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru HJ

    Psst.. TL pki nama apa skrg? X jmp

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru 2013 :) hee gurl tu pnye bfday ek hehe :D nk ucpkn jugak selamat hari lahir saudari farah alisya ,moga dpnjgkn usia dan dperluaskn rezeki. moga kuat dan tabah dalam mlangkah ke hdapan. Allah sentiasa bersama kita :)

    ReplyDelete

  4. apa jua yg dilakukan ,semoga ia memberikan kesejahteraan .. dan mendoakan kebahagiaan org lain adalah kebaikan yg sentiasa berpanjangan ..

    eh ape akak cakap nie .. adehhh
    ape2 punnnn eppy new year ehh ! ;))

    ReplyDelete
  5. slamat taun baru HJ! ape cer azam baru?

    ReplyDelete
  6. Akak pilih dok rumah je..tengok cerita p.ramlee..^__^

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru.. semoga thn baru membawa penuh kebaikan..

    thanks for visit my blog (xbest pun) hukhuk..

    ok.. take care :)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia