Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

BlackBerry 10

Budak gadget kecoh dengan keluaran produk baru BlackBerry 10 yang nampak ada kelainan berbanding peranti BB sebelum ni. Budak gadget yang anti BB terus je cakap, "Blackberak dah keluar yang baru la, funtion sama je tu..BB Messenger. Budak - budak minat bola kecoh dengan big match malam ni, Barca vs Real Madrid dan Arsenal v Liverpool. Semuanya ada peminat masing - masing. Memang begitu fitrahnya bukan.? Setiap kita ada minat dan dalam ramai - ramai manusia kat bumi ni, tak pernah ada sepakat semuanya kaum ini untuk minat pada sesuatu benda je. Contoh, pernah ke dengar yang semua manusia dari seluruh benua ni sepakat menyokong pasukan Man Utd.? Pernah..? Tak pernah. Mesti ada je hater Man Utd. Tak tahu pun apa salah Man Utd tiba - tiba ada haters. Haha.  Hatta benda - benda yang nampak jijik pun ada yang minat lagi. Bukan jijik sikit, memang jijik sejijiknya, contohnya najis. Tapi ada je puak - puak sana yang siap buat program Fear Factor lagi untuk makan benda jijik ni. T

Sampai Bila Harus Begini

Bila tibanya sem baru ni acap kali juga aku dengar cakap-cakap orang di sekeliling aku, "sem ni kena belajar baik - baik ". " Sem ni kena study awal, nanti nak exam tak kalut." " Sem ni tak boleh banyak main, nanti masa exam jadi blur.", dan pelbagai lagi ayat yang sama maksudnya..iaitu untuk study dengan baik, tak nak main - main lagi, nak study awal - awal bukannya di saat akhir. Aku bila dengar orang cakap macam tu, laju je aku menyampuk.. " Eh, okay...sem ni kita belajar baik - baik.. tapi esok tidur dulu, awal lagi.." pastu sama - samalah gelak berdekah - dekah. Bukan apa, orang yang kata mahupun orang yang menyampuk tu tahu sangat macam mana bila dengar ayat tu. Mulut dan hati tu nak sangat study awal, study baik - baik tapi.. nak buat tu berat semacam. Andai kata malam ni kata macam tu, esok pagi mesti lupa. Kadang - kadang ada yang tertidur sampai ada missed class untuk yang awal pagi. Tak salah nak berazam macam tu, lagi bagus d

New Sem

Pejam celik. Pejam celik. Berkelip - kelip kelopak mata. Tak perasan yang hampir 3 tahun aku belajar di Madinah. Hanya tinggal setahun setengah lagi berbaki untuk menghabiskan study dan seterusnya mendapat segulung ijazah dalam course Syariah Islamiah. Minta - minta dipermudahkan semuanya. Bukan mudah untuk menghabiskan masa empat tahun biarpun ada sesetengah orang kata yang ianya hanya sekejap. Sememangnya ada pahit dan manis dalam mengharunginya. Kalau diikutkan aku tak nak pergi Madinah, hanya nak stay kat Egypt.. mungkin sekarang aku dah grad, bekerja macam orang lain. Mula menggapai impian. Mula mencipta identiti diri. Tapi, diri kita diberi pilihan dan kita ada kuasa untuk membuat pilihan. Itu hanyalah KALAU, sejenis permainan otak yang dicucuk bius oleh syaitan. Alhamdulillah kerana semua subject sem lepas semuanya lulus. Tak ada subject sem lepas yang perlu diulang ambil semula. Perjalanan sudah berada di suku penamat. Penamat yang ditetapkan oleh peraturan universit

new internet

Internet kembali menghirup nafas nafas baru. Hampir 3 minggu nadi internet terhenti. Nampaknya roomate pun dah balik dengan muka ceria. Dua minggu menternak segala lemak yang berada di Malaysia. Datang bersama merentas beribu - ribu KM untuk dinyahkan di sini. Berjaya atau tak mungkin lain kira. Entry ni mungkin nampak macam gedik. Awal - awal lagi dah bagi warning ni. Entry ni khas untuk FA je.  Entry ni just nak wish selamat pergi dengan baik kepada Farah Alishya yang akan terbang pada 1 a.m (kejap lagi) pada waktu Malaysia. Fly dengan flight Etihad Airways dan akan transit selama 5 jam di Dubai dan seterusnya dari Dubai akan terus mendarat di Dublin, Ireland. Just nak bagitau FA supaya jaga diri dengan baik bila berada di Dublin nanti. Walaupun dah tahu FA pandai jaga diri, tuan blog cuma nak pesan supaya jaga diri dan jaga diri lagi. Biar bertambah sikit jaga diri tu. Nanti dekat Dublin jaga kesihatan, jaga time makan. Awak tu mudah gastric, kalau tak jaga time makan, nanti per

Sakit

Sakit itu adalah kafarah dosa - dosa yang lalu. Sekiranya dia sakit, Allah masih lagi sayangkan dia, ingin menghapuskan dosa - dosa dia yang lepas. Tapi, sekiranya orang itu adalah orang yang baik, jarang sekali melakukan dosa dengan Allah, dan di ditimpa sakit, apakah ada lagi dosa untuk Allah ampunkannya?  Mungkin sakit yang diberikan kepada orang yang baik tadi adalah sebagai ujian buatnya untuk bersabar. Allah menganugerahkan pahala untuk kesabarannya dan ingin menguji sejauh mana dia redha dengan ujian sakit  diberikan oleh Allah tadi. Sungguh, seseorang itu tidak akan dikira beriman jika dia belum lagi diuji. Apakah mungkin kita dapat mengatakan kita ni beriman sedangkan kita masih lagi belum diuji oleh Allah. Jika begitu, senang sahaja orang kafir mendakawa bahawasanya mereka itu beriman. Tapi, Allah datangkan ujian keberanian kepada orang - orang kafir ini. Adakah mereka berani untuk bersaksi bahawasanya Allah lah satu - satunya Tuhan yang Maha Esa, tuhan yang tiada tu

Palito

yang colour biru tak berapa ada dekat pasaran. Rare sangat ni. haha Semalam Arsenal menang. Macam malas nak update pasal tak tengok pun game semalam. Gusar pun ada bila orang yang kita caring sangat ada masalah kan..? Wenger mungkin risau jika Jack Wilshere ada problem, Wenger juga mungkin jadi orang yang paling gembira bila Wilshere score goal kemenangan semalam. Gambar di atas memang menyimpan beribu nostalgia dalam kepala aku. Nostalgia yang 6-7 tahun yang lepas. Tengok je aku dah mula senyum. Apa tidaknya, masa zaman sekolah.. benda ni selalu jadi tarikan buat budak nakal sekolah aku. Benda ni adalah salah satu benda yang dilarang bawa di sekolah. Bawa, kantoi..sebatan tak kurang daripada satu sebagai hukuman. Maklumlah, sekolah aku bukan sekolah elite macam sekolah lain. Sekolah lain siap boleh bawa walkman lagi kan? Sekolah aku nak bawa radio kecil macam ni tak boleh. Bawa, kalau kantoi... memang kena sebat dengan rotan la. Tapi, budak - budak. Makin dilarang, m

wordless wednesday

  ** special untuk Farah Alishya :). insya Allah.

Hilang 3 Mata di Emirates

ENTRY ARSENAL !! Apa nak jadi dengan Arsenal?? Hilang tiga mata di Emirates. Fans Arsenal memang sah bengang gila. Sama ada bengang dengan Koscielny, ataupun Wenger ataupun pemilik kelab Arsenal. Mungkin juga bengang sebab harga ticket yang mahal tetapi mutu permainan Arsenal yang tidak memuaskan. Seawal minit 8 lagi Arsenal bermain dengan 10 orang apabila Koscielny mendapat kad merah. Ternyata refree tidak salah menghukum kerana Koscielny memang jelas menghalang Dzeko yang mempunyai peluang besar untuk menjaringkan gol. Satu kad merah untuk Arsenal dan satu penalti untuk Man City yang dapat diselamatkan oleh penjaga gawang Arsenal. Walcott Podolski - Cazorla - Chamberlain Diaby - Wilshere Gibbs - Vermaelan - Koscielny - Sagna Shazwani Subs : Mannone, Mertesacker, Santos, Jenkinson, Ramsey, Coquelin, Giroud (skuad pada malam ini) Arteta yang injured selama 3 minggu diganti dengan Abou Diaby. Wenger mengambil tindakan yang bijak dengan mengeluarkan Chambe

muhammad s.a.w

I just have to share this video, i just have to I found many Muslim short stories and Muslims videos and Muslim poem on You Tube.  And this is the best one yet. This video touched me and i hoped it touched you too :')

Terlebih Yakin

Malam yang kedinginan. Kipas masih berpusing ligat 24 jam tanpa henti. Sudah menjadi tabiat untuk jadikan bilik tidak rasa kelemasan. Lingkungan jam 9 malam. Perut berkeroncong meminta untuk diisikan. Telur bujang goreng dihamparkan di atas nasi yang ditanak menggunakan import dari India. Talam usang dijadikan alas. Cukup untuk memuatkan 4 orang dalam satu - satu masa ketika makan. Kicap cap kipas udang setia menjadi penaik selera. Hanya nasi putih, telur dan juga kicap. Satu menu orang - orang bujang bila dilanda kemalasan. Dalam lima minit menjamu selera, datang seorang kawan aku. Mukanya nampak happy. Senyumnya nampak lebar je. Dia terpandang yang kami bertiga sedang melahap rezeki. Mungkin dia malu... lekas aku pelawa dia join sama. Dia malu, katanya kenyang... Aku paksa, kalau kenyang.. duduk je tepi aku...tengok kitorang makan. Hidu bau je. "Alang - alang duduk, baik makan terus," dia memberitahu. Katanya, memang dah style dia macam tu, walaupun dah kenyang

Selama Menjadi Anak

kadang kadang kawan itu memberi pengaruh yang besar kepada kita. Anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencoraknya dengan colour mahupun patern yang dikehendaki mereka. Nak yang merah, nak yang pink... nak yang corak batik ataupun nak yang coral modern.  Asalnya adalah kosong, putih bersih dan suci murni. Ibu bapalah yang menjadikan anak mereka itu Islam, Yahudi, mahupun Nasrani. Asas agama yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam mendidik anak. Tanggungjawab ibu bapa yang paling besar adalah memberi didikan agama. Tak kiralah, nak anak dia jadi doctor mahupun cikgu mahupun posmen. Agama itu mesti menjadi akar yang kukuh  dan sihat untuk menjadikan batang, dahan dan akhirnya menghasilkan buah yang elok dan masak ranum.  Mungkin memakan masa yang agak lama, tapi pasti ibu bapa akan berpuas hati bila tibanya masa menuai nanti. Ibu bapa itu sudah sehabis baik menjaga anak - anak mereka. Tapi ibu bapa kadang - kadang tak sedar yang adanya unsur - unsur dari luar yang tur

Satu Jawapan untuk Semua Paper Exam

entry kat bawah ni macam tak ada kaitan dengan gambar dan juga tajuk. haha Berpagi - pagi di pagi Jumaat. Cuaca makin sejuk. Tadi 9 Celcius. Tapi, Madinah tak pernah turun salji. Mungkin tidak mustahil jika Allah mengizinkan, tapi mengikut tahun - tahun  dan tahun yang lepas salji tak pernah turun di bumi Madinah. Sampai ada yang kata, " kalau salji turun kat Madinah.. kiamat dah kot " Bukan nak bermaksud salji turun dekat Madinah tu adalah tanda - tanda alamat. Tidak pernah pun disebut oleh Nabi kita. Hanya cuba nak menyatakan yang ianya betul - betul mustahil untuk berlaku mengikut logik akal manusia. Allah tahu segalanya. Maha tahu segalanya. Tengoklah gambar kat atas tu. Soalan untuk peperiksaan baru - baru ni untuk budak sekolah menengah under Universiti Islam Madinah. Tengok jawapan dia. ' Allahu ya'lam " Allah mengetahuinya. Budak ni aku rasa dia dah confident yang jawapan dia betul. Tapi, syeikh yang check  paper dia siap tulis 'sifr&#

Tiket Di Emirates Naik Lagi

 ENTRY ARSENAL! Nampaknya team Arsenal menjadi topik perbualan hangat di sekirat London sekarang ni. Harga ticket yang mahal menjadi isu kepada fans lawan atau pun fans Arsenal sendiri. Mana tidaknya kerana harga ticket sekali lagi naik untuk menentang Man City di Stadium Emirates Ahad nanti. Arsenal telah meletakkan harga ticket sebanyak 62 pound untuk fans Man City yang akan bertandang ke Emirates. Manakala, untuk fans Arsenal sendiri boleh mencecah sehingga 126 pound untuk satu seat. Mahal bukan? Arsenal  sekarang sudah memegang carta yang tertinggi dalam liga perdana inggeris yang mengenakan ticket untuk away yang paling tinggi. Berikut adalah senarai antara yang tertinggi mengenakan harga ticket away untuk stadium masing - masing :   - Arsenal, Emirates Stadium 62 pound. -Chelsea, Stamford Bridge 59 pound. -QPR, Lotfus Road 55 pound. -Tottenham, White Hart Lane 54 pound. -Manchester City Etihad Stadium 51 pound. Aku sebagai fans tidak bersetuju denga

2 in 1

Termenung. Bungkam. Dingin membalut tubuh yang separuh bogel. Hanya bertuala, perlahan kaki mengarah ke bilik air. Teringat fitrah kita. Dilahirkan tanpa pakaian. Bogel. Sungguh hina kan..? Tapi, Allah tak pandang apa pun pakaian yang kita pakai semasa kita dilahirkan, ketika remaja, mahupun dewasa. Allah hanya pandang pakaian made in   takwa dan keimanan!! Tapak tangan yang sedikit kasar ini disilang, menggosok tubuh yang sedikit mulus.  Digosok berulang kali untuk menghasilkan haba. Tubuh terasa sedikit kehangatan. Hasil pembelajaran Sains semasa Darjah 4 dulu. Tahun 2001. Sekarang 2013. Sungguh cepat masa itu berlalu kan? Masa yang seiring berjalan tak semestinya pakaian takwa kita seiring dihias dengan iman dan ihsan. Adakalanya ia makin compang. Makin reput ditutup dengan debu maksiat. Kaki mengikut arahan minda. Melangkah seakan dipaksa. Sudah bertahun tubuh menerima reaksi sama. Sejuk menggigil bila tubuh disimbah dengan air kala fajar begini. Tubuh kata tak nak..tapi a

First Mobile

yang no.2 paling best...haha Nampak gambar di atas. Seingat aku, handhone tu zaman aku remaja je. Zaman nakal - nakal. Kalau bagi kat budak zaman sekarang, sah..tarik muncung terpajang. Nak yang screen touch je. Dulu, aku tengok orang ada handphone, nak ada juga satu kan? Haha. Padahal buat main game snake je. Pro sangat main game snake sampai ekor snake tu tak muat dah nak menyelusur di screen handphone. Game snake tu biasanya untuk fon Nokia. Masa tu maybe Nokia ni setaraf dengan Apple mahupun Samsung pada masa sekarang. Sangat laku dan laris di pasaran. Biasanya buudak yang stay kat  asrama ni, nak sangat buat - buat benda yang dilarang kan? Bila ustaz kata jangan bawa handphone ke sekolah. Makin lah rasa tercabar nak buat. Makin dilarang, makin nak dibuat... degil macam FA. Seingat aku.. masa zaman sekolah dulu 3 jenis handphone je sempat dengan aku. Semuanya buat isi kekosongan masa duduk asrama. First masa form 2, Nokia 2300, setahun je tahan. Seingat aku hilang. L

Mancini dan Balotelli Bergaduh

Why Always Me? Haha. Seringkali Balotelli jika dia menjaringkan gol akan terus menanggalkan jersey dan akan terpampang perkataan ni dekat baju dalam dia ( baju fit ). Tapi, kali ni juga 'why always me', why always me yang kena marah dengan manager. Kali ni manager Man City, Roberto Mancini. Kecoh dalam dunia bola sepak selepas tersebar satu gambar terbaru kelihatan Roberto Mancini bergaduh dengan Balotelli. Siap pegang baju lagi. Tengok kepada situasi gambar tu, boleh nampak yang Mancini macam geram sangat dengan Balotelli. Aku rasa, segala maki hamun balotelli dapat rasa masa tu. Tangan Mancini macam nak bagi penumbuk je. Tapi, bila tengok balotelli yang tinggi dan seram macam raksasa tu.. macam terbatal pula hasrat mancini tu. Tak ke seram ke tengok balotelli ni? Kalau Balotelli senyum dekat budak, confirm menangis - nangis budak tu. Aku rasa balotelli ni semua orang tak puas hati dengan dia. Hatta fans City pun aku rasa diorang buat - buat suka je Balotelli ni. Haha

Exam

Pagi Khamis. Biasanya universiti aku akan cuti hari ni. Hari Khamis dan hari Jumaat. Tapi, disebabkan exam, hanya kuliah Syariah yang menduduki paper tertentu je yang tak berapa nak cuti hari ni. Semalam siap ada main bola lagi. Aku tak mampu nak turun..kena pegang buku untuk paper hari ni. Exam jam lapan. Tapi, dah kalih sangat dengan perangai arab ni. Tak menentu. Kadang kadang pukul lapan tu penjaga exam pun tak datang lagi. Kalau kita datang lewat, kadang - kadang nasib kita yang tak berapa baik. Dapat penjaga yang datang awal, 7.30 dia dah ada dalam dewan.. sah - sah kena banyak alasan untuk masuk dewan nanti. Tapi, hari ni aku dah set... 7.55 pagi baru pergi.. Jalan kaki dalam 500 meter. Sedang - sedang la, sampai dalam jam lapan. Pukul 8 tu ramai lagi budak - budak arab berkeliaran kat luar. Aku jenguk dewan bernombor 307. Kosong. Penjaga tak ada lagi. Aku bukan bajet hebat nak jawab paper awal, tapi aku cuma nak cepat sebab nak reply whatsapp. Nasiblah hp tertinggal.

Hanya Seri Dengan Soton

ENTRY ARSENAL !! Walcott Podolski - Cazorla - Chamberlain Arteta - Wilshere Gibbs - Vermaelan - Koscielny - Sagna Shazwani Subs : Martinez, Mertesacker, Ramsey, Gervinho, Coquelin, Rosicky, Giroud Arsenal nampak lesu dan tidak bermoral malam ni kerana telah seri 1-1 sama dengan Soton. Apa nak jadi...? Taring dan bisa hanya menyerlah di Stadium Emirates. Hilang segala bisa bila bertandang ke gelanggang lawan. Gol dijaringkan O.G. Bukan Oliver Giroud. Tapi, own goal. haha. Tidak ku salahkan Wenger. Tidak juga ku salahkan player Arsenal. Semuanya sudah bermain dengan baik. Aku salahkan jadual permainan yang terlalu padat. Skuad yang sama pada menentang the Catle diturunkan di Soton  pada malam ini. Kita telah bermain dengan baik pada game yang lepas. Pressure dan tactical yang baik. Aku nampak Walcott sudah tidak laju. Penat mungkin. Wilshere asyik jatuh. Lesu mungkin. Sagna ada masalah ketika menyepak bola, sakit urat mungkin. Haha.. semua nak komen kan.? Bai

1 January 2013

Tahun 2012 sudah berlalu pergi. Sudah tinggal sejarah. Ramai yang menantikan saat detik 12 malam untuk meraikan 1 January 2013. Ada bersamanya bunga api, ada di sana juga konsert. Ada di sana juga tilam yang empuk untuk tubuh merehatkan diri. Semua di tangan kita. Kita yang tentukan. Aku? Pilih tilam lagi baik kot. Tak kisah sangat tahun lama ataupun tahun baru. Tahun baru sama je dengan tahun - tahun yang sebelumnya jika kita masih lagi di takuk lama. Masih sama kita yang di tahun 2012 dengan tahun 2013 nanti. Ramai yang update status senarai azam dekat facebook sempena  tahun baru 2013. Azam yang mana tahun 2010 lagi di senaraikan, tapi sampai kini belum lagi tertunai. Tak salah jika dibuat senarai, tapi.. macam tak ada guna jika tiada usaha untuk tunaikan azam tu. Orang sibuk menyambut tahun baru.. tapi aku tak kisah sangat tahun baru. Apa yang aku kisahkan adalah satu january. Satu tarikh yang merupakan tarikh yang bermakna dalam hidup setelah 21 tahun hidup di dunia. Ye..