Hujan dan Air Mata

12 comments
Embun pagi jernih kebasahan. Bersinar bila dipantul cahaya mentari. Perlahan - lahan akan hilang. Pagi Khamis. Alhamdulillah, masih lagi dapat bernafas.. masih lagi dapat menghirup udara - udara untuk memenuhi ruang paru - paru. Masih lagi dihidupkan dalam agama Islam. Satu nikmat yang paling agung sekali.. Bergelar seorang Muslim.

Madinah sekali lagi disirami hujan. Rasa - rasanya dah 3x hujan turun sejak masuk musim sejuk ni. Hujan itu sejuk.. Hujan itu juga telah disinonimkan dengan berkat. Kerana itu lah kita digalakkan untuk berdoa bila tiap kali hujan turun. Antara masa mustajabnya doa. Kerana hujun yang turun itu boleh menyuburkan tanah dan seterusnya menumbuhkan benih - benih tumbuhan bersamanya - samanya akan mengeluarkan buah - buahan sebagai hasil. Berkat. Rezeki dari Allah.

Ya Allah... sungguh hebat pentadbiran-Mu ya Allah. Hanya orang yang tertutup pintu hatinya yang tidak nampak kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha tiada tandingan. Mungkin sudah nampak dan jelas, tapi... dibuat-buatnya tidak nampak. Tak lain.. dia lah orang yang bodoh dan dungu akalnya. Ego yang melampau. Sombong bak Firaun bila mana dia tahu yang Allah itu berkuasa memati dan menghidupkan manusia. Dia sombong.. mendakwa yang dia juga berkuasa memati dan menghidupkan manusia.. Dibunuhnya manusia sebagai kuasa dia mematikan manusia.. Dibiarkan manusia hidup sebagai tanda dia berkuasa menghidupkan manusia.

Hujan juga diibaratkan bonus buat student-student kat Arab Saudi. Tiap kali hujan. Tiap kali itulah sistem pembelajaran akan dibatalkan. Pelajar boleh balik rumah. Andainya malam tu hujan.. secara automatik, esok tiada kelas. Cuti. Sampai begitu sekali. Sebenarnya, sebab yang paling ketara diberi cuti adalah disebakan oleh air yang melimpah naik di jalan - jalan dekat arab saudi. Arab Saudi jarang sekali menerima hujan. Jadi, sistem perancangan jalannya tidak menyediakan langsung longkang untuk air - air hujan ni mengalir. Itulah yang menjadi punca banjir di jalan-jalan.

Bila hujan je.. semua mahu balik rumah.. tidak mahu terperangkap di tengah - tengah kesesakan jalan raya. Sebab itulah kelas dibatalkan. Semua pelajar mahu balik. Mak ayah diorang risaukan keselamatan diorang. Tengok... manja sangat kan anak - anak orang Arab ni. Jadi, tak mustahil jika aku pun turut bergembira jika hujan itu turun kerana tidur menjadi lebih enak..

hujan itu tidak boleh lari daripada basah!


**dah macam karangan BM untuk SPM kan..? haha
** kepada awak ( FA ) study betul - betul..dapat dekan lagi untuk sem ni.. :)
Read More

Kita Satu

8 comments
Musim sejuk mula menjenguk bumi Madinah. Angin panas perlahan - lahan bertukar dingin. Nikmat Allah. Tapi, nikmat ini mungkin boleh jadi bencana buat orang yang anti sejuk.. hihi.. Siapa yang anti sejuk tu..? Sudah tentu.. mat - mat black dari benua Africa.. Awas.. ini bukan entry racist..!!

Sejuk dan panas.. Tak habis kalau kita yang dari Asia ni nak bergaduh dengan mat - mat black pasal isu ini. Mat - mat black membawa hujah yang dingin aircond tu boleh menjejaskan tahap kesuburan lelaki. Tapi, saudara kita di Syria sana, di Palestin sana... tidak kira sejuk.. tidak kira panas.. Tempat diorang hanya ada hujan. Dihujani dengan besi - besi yang bertan - tan beratnya. Dihujani dengan mortar dan juga peluru berpandu. Allah..Sungguh.. hanya Allah yang tahu betapa perit dan pedihnya.

Sekarang yang terbaru adalah tentang kerakusan tentera zionis yang buas dan bernafsu menembak dan menyerang saudara - saudara kita di Gaza. Bagaikan menghina umat Islam dengan  melancarkan serangan pada awal Muharram 1434, sedangkan kita masih belum lagi reda dengan kekejaman puak Syiah dan juga pro Basyar yang tidak berhati perut di bumi Syam sana.

Sungguh..mereka - mereka ini tidak akan redha dengan kita, tidak akan berdiam diri dan mereka tidak akan gembira selagi kita ini tidak mengikuti mereka. Tidak mengikuti ajaran mereka. Mereka inginkan kita bersama - sama mereka. Firman Allah s.w.t itu tidak pernah dusta.. Perkara ini sudah lama termaktub melalui mukjizat Nabi Muhammad s.a.w yang teragung iaitu Al - Quran.

 Kita yang jauh ini hanya mampu mengirim doa. Mengadap Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas segalanya.. memohon rahmat dan bantuan kepada saudara - saudara kita di sana. Kita bersatu di bawah panji yang satu. Panji Islam. Panji kebenaran. Umat Islam itu seperti satu binaan. Saling kuat menguat antara satu sama lain. Kita kuat bila kita bersatu, kita goyah bila kita bercerai.

** to FA.. i know you are my best..
Read More

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

3 comments
ENTRY COPY PASTE. Cuba baca dan faham dan nilaikan.. Tak semua benda boleh dibuat main - main. Dah sesetengah benda perlu tahu asal usulnya.

*****************************************************************************

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.
Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.

Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)
Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.

Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.
Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).

Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.

Abu Umair,
28 Zulhijjah 1429

*****************************************************************************

Read More

Hati dan Perempuan

10 comments
Wanita itu lembut. Mempunyai hati yang lembut. ye.. hundred percent aku setuju. Hati seorang  wanita adalah hati yang sangat lembut dan mudah terasa. Bahasa mudahnya mungkin sensitif. Cepat emosi adalah bahasa modennya.

Wanita itu sangat kompleks. Tipu kalau seseorang lelaki itu mengatakan yang dia mampu mengenal seluruh hati budi dan tingkah laku seseorang perempuan itu hanya dalam masa sebulan atau pun beberapa tahun. Hampir mustahil. Semakin seseorang lelaki itu menyelami hati seorang perempuan.. semakin itu dia akan rasa yang dasarnya masih lagi jauh ke bawah.. perlu sabar dalam menyelam.. menyelam dan terus menyelam ke bawah untuk mencari di mana dasarnya. Tujuannya hanya satu, untuk mengenali hati seorang wanita yang kita sayangi.

Sebab itu, bila ditanya seorang suami apakah dia sudah kenal isteri dia dengan sebenar - benar kenal..? Tak ramai yang memegang gelaran  suami ini berani mengaku yang dia sudah mengenali isterinya dengan sebenar - benar kenal.. Betul.. Memang betul sebab tugas menyelam untuk mencari dasar hati perempuan itu masih lagi dilakukan oleh sang suami.. Mungkin perlu mengambil masa yang agak panjang bahkan mungkin sehingga akhir hayat biar pun sudah lama mengikat tali perkahwinan. Biar pun sudah beranak pinak dan beranak cucu.

Sebab itu suami yang baik tidak akan mengalah dalam perkara yang dapat memahamkan dia tentang hati isterinya.. Dia tidak akan mengalah dengan terus naik ke permukaan tanpa mengetahui apa yang terdapat di dasarnya. Tentang apa jua perkara yang melibat hati dan perasaan si isterinya. Lelaki yang baik akan cuba menyelam semampu yang mungkin.. Jika dia berasa tekanan itu semakin tinggi.. Dia akan naik ke permukaan.. Menarik nafas, menghirup udara memenuhi tangki paru - paru dan terus menyelam balik.. Hanya semata - mata untuk mengenal siapa itu isterinya.. Ingin mengenal hati seorang wanita yang bergelar isteri.

Perempuan itu kuat. Nampak dari luar memang kuat.. Kita nampak dia okay.. Tapi, lelaki kena ingat.. Kuatnya juga ada had. Hatinya ibarat dibalut dengan tanah liat. Nampak kuat dan keras.. Tapi, bila lama dipanah mentari, basah disirami hujan, sejuk bertemankan embun.. dia akan rekah...akan retak.. perlahan-lahan serpihannya akan jatuh bersemadi dengan bumi.. akhirnya hanya tinggal hati yang suci dan lembut.. bila tiba saat ini.. percayalah, saat itu wanita boleh menangis.. Tahulah kamu sang lelaki yang air mata wanita itu adalah kelemahan terbesar kamu..

Jadi, lelaki fikir balik.. apa yang like and dislike pasal isteri anda.. cuba peka tentang perkara yang isteri ataupun buah hati anda sensitif dan boleh buat dia emo.. kalau banyak sangat yang dia sensitif.. cuba buat list.. dan bila sudah buat list tu.. kena elakkan buat perkara yang dia sensitif tu..

**untuk awak.. saya minta maaf.
Read More

Kurang Tidur Adalah Punca Kegemukan

13 comments
Kurang tidur boleh menyebabkan kegemukan..? Betul ke..?Ini adalah satu kajian terbaru daripada saintis - saintis yang bertauliah.. Bukannya aku membuat ujikaji sendiri.. Tidur seseorang yang kurang telah menunjuk tidak balas sel terhadap insulin yang boleh memberi kesan kepada berat badan seseorang. Kesan kepada kenaikan berat badan.. Bukannya kepada penurunan. Makin gemuk..bukan makin slim.

Menurut kajian diorang, tidur yang kurang ini memberi kesan yang berlainan mengikut jantina  terhadap penerimaan selera makan. Antara lelaki dan perempuan masing - masing ada tindak balas yang berbeza terhadap selera makan bila waktu tidur diorang tidak mencukupi.

Lelaki menunjukkan keberangsangan hormon selera makan yang membuak - buak apabila dibiarkan 4 hari tanpa tidur yang cukup, manakala perempuan pula menunjukkan penurunan hormon yang mencetuskan kekenyangan apabila mereka makan. Ini menyebabkan lelaki akan makan sebanyak mungkin disebabkan nafsu makan yang tinggi, dan wanita pula akan makan tanpa nafsu seperti nafsu makan lelaki tetapi akan makan lebih lama dan banyak disebabkan lambatnya rangsangan perut dan otaknya untuk mengatakan yang dia telah kenyang.

Jadi, ini adalah berita baik buat sesiapa yang menaikkan berat badan. Diorang boleh stay malam... main game, layan korea, layan running man, makan donut tengah - tengah malam manakala bagi orang yang berasa dia gemuk especially orang Dublin tu, boleh la belajar untuk tidur dengan cukup walaupun sibuk..nanti gemuk dan chubby..haha

**nanti yang mana doctor tu mesti kaji balik sama ada ye ke tak fakta kajian aku bagi kat atas tu.. aku tak bagitau pun kat mana sumber aku dapat.. entah - entah reka sendiri kan..? haha
Read More

Manchester United 2 - 1 Arsenal

2 comments
Nampaknya sangkaan aku yang Arsenal akan menang dengan Man Utd dengan jaringan 4 berbalas 2 ternyata meleset sekali. Jauh sekali meleset. Arsenal nampaknya hilang 3 mata di Old Trafford apabila kalah 1-2. Tak perlu melatah dan tak perlu meroyan apabila team kita kalah. Refree nampak okay je malam ni. Tak nampak sangat macam Man Utd beli.. hehe

Gol Man Utd masing - masing dijaringkan oleh bekas kapten Arsenal, RVP seawal minit ketiga lagi dan satu lagi gol daripada Evra pada separuh masa kedua. Kita hanya sempat membalas balik dengan satu jaringan melalui Santi Cazorla. Tu pun dah last - last minit. Tapi terbaik. Banyak benda lagi yang Wenger perlu perbaiki untuk skuad musim ni.

Giroud
Podolski - Cazorla - Ramsey
Arteta - Wilshere
Santos - Vermaelan - Metesacker - Sagna
Mannone

Subs : Martinez - Koscielny - Chamakh - Chamberlain - Arshavin - Jenkinson - Walcott

Gambaran ringkas first eleven kita menentang Man Utd. Nampak macam ada sedikit kesilapan bagi aku apabila Wenger meletakkan Ramsey sebagai pemain sayap kanan. Game malam ni nampak sayap tu tak berkembang sangat. Macam sayap patah. Mungkin Walcott ataupun Arshavin patut dimasukkan terlebih awal untuk menyeimbangkan sayap kiri dengan sayap kanan.

Kita tetap berbangga yang Arsenal bermain dengan baik walaupun selepas Wilshere dilayangkan kad kuning kedua pada separuh masa kedua dan hanya bermain dengan 10 orang di atas padang. Tidak bolos walaupun dengan 10 orang malahan sempat lagi menjaringkan satu gol sagu hati. Mungkin boleh dikatakan yang Vermaelan melakukan kesilapan untuk first goal daripada Persie. Tapi, itu adalah defender terbaik yang kita ada dalam skuad Arsenal. Bagi aku, Santos masih lagi tidak menjadi malam ni. Banyak peluang untuk Man Utd menyerang datangnya dari arah defend kiri.

Apa - apa pun.. game dah habis.. kita tengok je la. Nak bagitau Wenger pun bukan dia dengar pun buah fikiran kita. Kerja dia... tau la dia nak settle macam mana skuad dia. Orang bayar dia gaji.. dia buat kerja la.. kita, kerja kita tengok game je.. pastu bila kalah sumpah seranah kan..? haha.. bila menang boleh booo fans team lain..

**aku paling geram tengok Giroud main tadi.. tak tahu la Giroud ni.. kita masih kurang power di bahagian serangan dan Giroud semacam tidak menjadi cabaran langsung buat semua defender pasukan di liga EPL. haha
Read More

Preview Match Man Utd vs Arsenal

3 comments
Esok petang ikut waktu sini Man Utd vs Arsenal adalah pada pukul 3.45 petang. Sedang - sedang je lepas asar. Memang ada chance nak tengok walaupun kenangan 'manis' Arsenal dibelasah dengan Man Utd  8-2 masih lagi fresh. Malu dengan fans Man Utd kalau diorang ungkit balik match tu..

Esok Arsenal akan bertandang ke tempat lawan dengan beberapa player yang masih lagi injured. Diaby, Szczesny, Gibbs, Chamberlain dan juga Gervinho. Chamberlain masih lagi 50-50. Antara injured ataupun tak, tunggu pakar kesihatan Arsenal sahkan dulu. Gervinho dijangka akan berehat selama 3 hari lagi. Nampaknya wing kanan esok akan diisi tempatnya oleh Ramsey atau pun Walcott memandangkan Wilshere sudah kembali beraksi. Aku rasa kemungkinan besar adalah Walcott disebabkan persembahan dia yang menarik pada match menentang Reading tempoh hari.

Man Utd sebenarnya aku tak kisah sangat. Tapi, kehadiran Persie ni mungkin akan rasa sedikit sangsi dengan barisan penyerang diorang untuk menjaringkan gol. Wenger dari awal - awal lagi dah pesan kat fans supaya tunjuk hormat sikit kepada bekas kapten diorang. Suruh hormat keputusan Persie untuk berhijrah ke Man Utd.  Kalau aku, degil... tak nak dengar apa yang Wenger cakap, nak je booo kat Persie tu. Mentang - mentang je Man Utd offer gaji tinggi sikit.. terus je blah dari Arsenal.

Game kita esok mungkin susah sedikit kalau diikut penilaian dengan persembahan 2 atau 3 game Arsenal sebelum ni. Game yang tak menjadi, banyak kesilapan hantaran dan juga striker yang susah untuk melakukan jaringan. Beza mata dengan Man Utd adalah 6 mata dan sudah tentu team kita yang bertandang ke Old Trafford esok ingin menang. So, team kita sudah inginkan kemenangan... kita apatah lagi sebagai fans, perlu berdiri teguh di belakang team kita dan menaruh harapan setinggi boleh supaya Arsenal menang. So, tak banyak aku predict untuk game esok.. kita menang dengan 4-2. Haha.. Besar kan jangkaan aku.?

Dibawah adalah gambar jangkaan skuad yang akan beraksi esok. Santos akan menggantikan tempat Gibbs. Aku nampak yang Santos ni banyak masalah. Mungkin masih lagi tak serasi dengan teammates. Bagi aku, Gibbs jauh lebih baik walaupun body Santos lebih tough. Apa - apa pun kita tengok game esok macam mana..

pemain jangkaan mengikut website footbaltalk.




Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia