Raya ke Tujuh

22 comments
Hari raya ketujuh bersamaan dengan 7 syawal. Hari raya mungkin sudah habis buat mahasiswa dan mahasiswi kerana ada antara mereka sudah berangkat menuju ke kampus masing - masing. Mungkin cuti mereka pendek dan aku yakin, mereka dapat manfaatkan cuti mereka yang pendek tu dengan benda yang berkualiti. Moment yang dapat disimpan dalam memori untuk terus tersenyum di hari yang mendatang.

Aku masih menghitung hari untuk berangkat ke Madinah. Rabu nanti. 29 Ogos. Doakan moga aku sampai dengan selamatnya. Cuti aku yang singkat membuat hari - hari aku memang padat. Keluar pagi balik malam. Tapi, tak kemana sangat pun.. lepak - lepak dengan member sambil kongsi - kongsi cerita kehidupan. Imbas kembali kenangan zaman budak remaja. Masa untuk bergelak ketawa. Tak nak fikir lagi masalah pelajaran.

Memang kehadiran Syawal amat bermakna di bumi Malaysia kerana tradisi orang Melayu menjadikan Aidilfitri masa untuk ziarah menziarahi sanak saudara. Kalau bukan Aidilfitri, entah... aku rasa saudara aku yang dekat tu pun belum  tentu lagi aku dapat jumpa. Saudara yang muda tak pe la.. kita beranggapan yang kita dan dia masing - masing ada masa yang panjang lagi untuk bersua muka. Mungkin Aidilfitri akan datang. Tapi, yang tua ni.. bila - bila masa dia boleh pergi.



**orang Ireland dengar - dengar sampai Malaysia hari ni.. minta - minta bawa balik buah tangan sekali..haha

Read More

Alex Song sudah menjadi warga Barcelona

6 comments
WARNING : ENTRY ARSENAL

Luka minggu lepas belum lagi hilang bila RVP berpindah ke kelab Manchester United dan hari ni Alex Song bagai menambah luka baru dengan secara rasminya dia sudah menjadi pemain Barcelona!!! Alex Song... pemain Barcelona. Ku sangkakan diriku bermimpi... bangun pagi ni pun cek berita memang betul. Betul dan betul...

Alex Song dilaporkan sudah selesai menandatangani perjanjian untuk berkhidmat dengan Barcelona dengan satu kontrak yang dirahsiakan. Mungkin bukan dirahsiakan.. Tetapi tidak mendapat capaian media.. Tidak dihebohkan sangat. Mungkin juga perpindahan secara tiba-tiba. Jadi, yuran perpindahannya tidak dapat dipastikan jumlahnya. Undisclosed fee.

Aku berasa yakin dengan perpindahan Song bila buka laman web rasmi Arsenal dan terus ke pautan News. Berita perpindahan Song adalah betul - betul realiti walaupun hakikatnya minda waras aku menafikannya. Penafiaannya menandakan aku sangat - sangat menyokong Song sebagai tulang belakang Arsenal. Bagi aku, perpindahan Song dari Arsenal lebih berat daripada perpindahan RVP ke Man Utd. Entah..tak tahu aku nak explain macam mana..sayu sangat..haha

Fabregas nampaknya antara insan yang paling gembira dengan kehadiran Alex Song sebagai rakan sepermainan. Alex Song dan Fabregas sama - sama diasuh dan dididik oleh papa Wenger daripada kecil lagi. Daripada batu di jalanan menjadi permata yang paling bersinar. Menempah nama dan prestasi mereka meningkat naik di Arsenal. Tetapi apakan daya, Song tidak bertahan lama untuk menjulang piala bersama - sama Arsenal pada musim ini..haha.

Welcome to Barcelona Songito. Wish u the best of luck mate! Bienvenido Songito, te deseo lo mejor! Benvingut Songito! - tweet Fabregas di laman Twitter.

KLIK SINI untuk pautan ke laman web Arsenal tentang perpindahan Alexander Song. Mungkin musim lepas lagi Song sudah ada komplot untuk tinggalkan Arsenal dengan Fabregas untuk ke Barcelona. Haha. Selamat tinggal Alex Song!!

**terkini : yuran perpindahan sebanyak 15 juta pound dengan kontrak selama 5 tahun.




Read More

Syawal Melayu

12 comments
Selamat hari raya eidulfitri kepada semua blogger ataupun tidak. Pada kesempatan ini aku nak mengucapkan berjuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini secara live mahupun secara alam maya. Mungkin ada tulisan aku yang menggores hati dan masih lagi berbekas sehingga kini...mungkin ada yang jadi parut yang bisa bernanah kembali.

 Aku tahu yang suasana beraya di Malaysia memang berlainan dengan suasana beraya di negara negara Arab. Setakat aku berada di Mesir dan Saudi, Arab beraya memang aku respect la. Siap saja solat raya. Diorang terus je balik rumah.. masuk bilik and then..tidur. Best kan..? Takde la nak sibuk bejalan sini sana. Ziarah sana sini. Gosip menggosip dan bergelak ketawa.

Tapi, aku cuma pelik dengan sambutan orang Melayu dengan kehadiran Syawal. Sedikit kesal pun ada. Habis je menjamu juadah berbuka puasa terakhir... cepat je bunyi mercun kedengaran. Memang satu pembaziran aku nampak di situ. Mungkin bagi sesetengah orang ianya macam hiburan yang jarang jarang sekali. Tapi, kalau dah terlampau sampai satu kampung berasap dengan asap mercun.. memang lain dah tu.

Syaitan pun mungkin ikut tumpang bergembira sebab ramai anak anak Melayu yang selalu dicanangkan ketuanan Melayu di Malaysia mengikuti jejak langkah dan tabiat mereka (syaitan). Membazir. Lupakah kita yang antara perangai buruk syaitan adalah suka membazir...?! Mungkin tak lupa.. tetapi sekadar beranggapan yang ianya tidak menjadi satu masalah yang besar. Takpe.. sekali setahun..bila lagi kan.??

**amat letih bila pengguna celcom kena mesej dengan orang hotlink kan..? tapi, nasib baik orang celcom pakai upax. dapat juga 6sen satu mesej. yang hotlink mesej orang celcom tak tahu pula berapa sen... :D
**minta maaf juga kepada blogger yang tak sempat aku nak blogwalking..kekangan masa memang amat terhad sekarang ni.
Read More

Jiji dan Unjai di KFC

6 comments
28 Ramadhan. Ramadhan semakin berada di penghujungnya untuk tahun 1433 Hijrah. Bulan yang mana padanya terdapat satu malam yang dinamai malam seribu bulan. Entah sempat atau tidak untuk kita merasai Ramadhan yang akan datang di tahun 1434 Hijrah. Sama - sama kita mendoakan agar sempat dengan Ramadhan yang akan datang.

Malam yang ke 28 aku plan nak jumpa dengan 2 orang member. Member sepanjang zaman. Aku pun tak tahu kenapa member member aku yang lain menggelarkan 2 orang ni adalah Artis. Istilah ni digunapakai kepada orang - orang yang susah nak buat date dan diajak keluar. Asyik sibuk dengan temujanji. Haha. Tapi, bagi aku... nak jumpa diorang ni tak de la susah sangat.

First, aku mesej diorang. Tanya diorang malam ni moreh kat mana, terawih kat mana. Terus, sorang yang bernama Azizi Ayob tu reply bagitau yang malam ni jumpa kat KFC berdekatan dengan stadium. Sorang lagi tu tak reply mesej. Aku dah syak yang dia kehabisan kredit. Diorang berdua tu siap nak belanja lagi. Mula - mula tu aku rasa was was juga nak keluar. Bukan apa, malas nak bawa moto.

Takdirnya, dapat juga aku jumpa 2 orang artis tu sekaligus selepas terawih. Jiji dan Unjai. Terawih dekat surau di stadium je. Express.. 9.30 malam dah siap sekali dengan witir. Lepas tu lepak KFC. Aku bukan nak citer apa pun. Cuma aku baru dapat tahu yang air kat KFC tak dapat refill balik bila dah habis. Kalau kat Saudi, rata - rata kedai fastfood menawarkan perkhidmatan refill air bila dah habis. Terpaksa pula beli air tambahan kat kaunter. Siap dengan saiz besar lagi untuk bekal borakborak sampai lebam.

**kalau balik Malaysia memang jarang benor aku nak pergi kedai fastfoof macam ni..haish..tak padan..duit ciput je ada dalam poket..haha
Read More

RVP sah jadi pemain Man Utd

6 comments
Awas!!! Entry Arsenal...

Heboh di media pasal Robin Van Persis (RVP) meninggalkan Arsenal untuk kelab gergasi Eropah, Manchester United. Dah seminggu kedengaran rumours yang RVP akan meninggalkan Arsenal untuk Man Utd. Sebelum ni aku macam tak percaya yang RVP akan pergi ke Man Utd. Hampir mustahil untuk aku fikirkan.

Tapi, tengah hari semalam membuktikan fikiran aku jauh sekali betul. Man Utd telah membuat deal. 24 juta pound untuk membawa RVP ke dalam skuad mereka. Sungguh. Memecahkan tradisi. Aku boleh terima kalau RVP pergi ke kelab lain. Tapi, kalau Man Utd.. memang akal aku tak boleh terima.

Menurut Arsene Wenger, dia tiada pilihan lain selain menjual RVP kerana RVP enggan menandatangani kontrak baru bersama Arsenal. RVP ada setahun berbaki kontrak dengan Arsenal. Disebabkan kedegilan RVP, aku rasa itu memang pilihan terbaik Wenger. Elok jual daripada lepas free pada musim hadapan. Lagipun fans dah marah-marah kat RVP sejak dia enggan menandatangani kontrak baru bulan lepas.

Wenger akui yang dia perlu bersedia untuk kehilangan pemain yang terbaik dalam skuad Arsenal. RVP merupakan penjaring terbanyak liga pada musim lepas. Tapi, apakan daya... RVP memang belot.. Haha.. Mungkin Wenger sudah tahu yang RVP akan meninggalkan kelab Arsenal dan telah menyediakan jalan lain dengan membawa masuk Podolski dan Giroud. Mungkin 2 bintang ini akan lebih bersinar daripada RVP setelah digilap dengan magis Wenger...

Musim lepas kita kehilangan Fabregas, musim ni kita kehilangan Van Persie. Apakan daya... kita bukan sokong individu. Kita penyokong team Arsenal. Tak kira siapa yang masuk siapa yang keluar, yang keluar kita cemuh... yang masuk kita sokong..hahaha


Read More

Air zam zam Saudi Airlines

15 comments
Salam 24 Ramadhan. First entry aku sejak sampai di Malaysia 2 3 hari yang lepas untuk tahun kedua cuti musim panas selepas cuti panas pada tahun lepas. Ayat yang berjela tetapi maksudnya jelas kan..?haha.. Tak sempat rasanya nak update bila cuti kali ini amat singkat. Ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan.

Cuti aku kali ni dalam 20 hari je lebih atau kurang. Bayangkan flight aku daripada Madinah ke Kuala Lumpur pada 9 Ogos lepas. Sampai KLIApada 10 Ogos dalam pukul 1 petang. Lepas tu flight ke Kota Bharu adalah pada malamnya pukul 10.30 malam. Flight return balik ke Madinah nanti adalah 29 Ogos pukul 3 petang. Memang kejap je aku fikir.

Aku balik hari tu tak bawa banyak barang pun.. Satu luggage yang beratnya 30 kg dan 3 gelen air zam-zam yang masing-masing 10 liter untuk satu gelen. Ketiga - tiga gelen itu adalah air zam-zam yang member tumpang. Malangnya, semua air zam-zam tu tak de time sampai kat KLIA. Puas aku tunggu tempat pick up beg kargo tu. Hilang. Bukan rezeki kita.

Terus aku tanya abang yang bertugas kat situ. Katanya, air zam-zam melalui Saudi Airlines memang tak dapat buat apa-apa kalau hilang. Tak dapat trace katanya walaupun kita buat report. So, aku dengan mudahnya mengalah je la. Tambah - tambah bukan yang aku punya kan..? kekeke.. Member yang balik sekali dengan aku tu masing - masing hilang satu gelen. Saudi Airlines. Memang dah banyak kes macam tu..

Tapi, katanya senior aku, kita mungkin dapat buat report dan suruh pihak dia siasat dengan sticker luggage yang dia bagi. Tapi, dah terlambat masa dia bagitau. Nak pergi KLIA balik pun dah malas. Jadi, kesimpulannya rugi 3 gelen air zam - zam. Tu tak campur dengan masa aku yang rugi time tunggu flight untuk ke Kota Bharu. Dekat dengan 8 jam dibazirkan di KLIA. Haha..
Read More

Arab dengan Perangainya

15 comments
Aku tak faham betul dengan perangai bangsa Arab ni. Memang betul la bangsa Arab ini adalah bangsa yang paling susah untuk dibentuk. Mungkin lebih keras daripada besi. Sekeras-keras besi itu akan lembut bila dibakar dengan api. Dapat dibentuk buat pedang, dan lembing. Arab..? Bakar dengan api, setengah jam rentung la dia. Haha.

Memang, bukan semua bangsa Arab ni bermasalah. Mungkin sebilangan kecil, atau sebahagian daripada sebilangan kecil itu. Tetapi, perangai arab ni senang sangat nak kenal kalau kita dah kenal mereka. Bagi tempoh masa selama setengah setahun hingga ke setahun. Pelajar - pelajar kat sini biasanya bengang dengan 'management' arab kat sini.

Terbaru, kawan aku terpaksa 'delay' tiket dia untuk pulang ke Malaysia akibat kelewatan visa yang diuruskan oleh pihak universiti. Ini biasanya jarang berlaku. Mungkin satu dalam seratus. Pelajar perlu berurusan dengan arab paling kurang adalah sehari untuk dibuat visa pulang tu. Dalam kes kawan aku, hari rabu minggu lepas lagi dia berjumpa dengan petugas arab yang dikhaskan. Khas untuk pelajar-pelajar tertentu. Kaunter untuk pelajar Malaysia dan beberapa negara Asia yang lain. Rabu, hari last.., Khamis dan Jumaat adalah cuti umum.

Dua hari berlalu, hari sabtu kawan aku pergi balik ke tempat dia minta visa tempoh hari. Tetapi, kaunter yang dikhaskan bagi pelajar Malaysia tu kosong. Tak de orang yang bertugas. Dia bertanya kepada arab di kaunter lain. Jawapannya, arab di kaunter  Malaysia tu sudah bercuti. Biasanya, kalau arab cuti ni bukan sehari..paling cepat pun seminggu. Tambah-tambah pula minggu tu adalah minggu last untuk tahun pengajian 1432/1433 Hijrah.

Nasib baik kawan aku tu jenis yang tak cepat melatah. Masih lagi tenang, bersangka baik. Mungkin pakcik yang menjaga tu dah pass kat pekerja lain visa tu. Tetap 'cool' walaupun tarikh tiket untuk dia fly adalah esok, hari Ahad. Tak nak kata kat orang lain, kalau aku... mungkin dah bagi kata - kata sumpahan keramat kat petugas di kaunter tu. Tapi mungkin dalam hati je la..

Hari ahad keesokan tu dia datang lagi, tanya.. tapi semua petugas kat pejabat tu buat tak endah je. Dibuat macam bola. Tanya orang ni, orang ni suruh tanya orang tu, tanya orang tu, orang tu suruh tanya orang...orang.. orang..entah..berapa banyak orang. Nasib baik tak disebutnya tukang sapu kat situ. Ada sekali tu kawan aku tanya seorang petugas di situ... selamba dijawabnya.. "Aku pekerja baru.." ayat keramat arab untuk berlepas diri. Aku ingat student dia je yang ada jawapan tu bila setiap kali lewat masuk kelas.

Last - last ada seorang arab yang baik hati. Ingat. Set mind tu.. Tak semua arab ye yang malas dan tak bertanggungjawab. Arab ni suruh kawan aku tu datang lepas zohor. Katanya nak pergi check kat pejabat imigresen yang urus visa tu. Datang la member aku lepas zohor. Tapi, nasibnya malang. Arab tu bagitau yang visa kawan aku tu tak de lagi. So, last step untuk kawan aku.. dia terpaksa tunda tarikh fly kepada hari Khamis ni. Sekali dengan aku.

Tetapi, hari ni adalah hari selasa. Hari isnin (semalam) masih lagi tidak siap visanya. Arab Saudi, nak masuk dan nak keluar negaranya perlukan visa. Itu yang menjadi susah sikit. Kawalan yang ketat. Boleh untuk kita katakan yang kawalan dia memang ketat.. tetapi kalau pengurusan dia kekal macam ni, selesa dengan sikap malas dan tidak bertanggungjawab, mungkin yang ketat tu akan berganda keketatan dia tu.

**Semalam (Isnin) aku baru buat visa untuk pulang. Minta-minta sempat siap sebelum hari rabu ni. Kalau tak..hurmmm..minta Allah permudahkan segalanya..
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia