Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

wordless

jujur itu penting

kebanyakan dalam sesuatu perhubungan selalu je kita temui kes perpisahan disebabkan dengan tidak jujur. aku selalu je dapat report yang tak jujur kebanyakannya adalah dalam kalangan lelaki. ini memalukan aku sebagai seorang manusia yang berjantina lelaki. amat malu. serius...jujur dalam perhubungan itu amat penting. aku baru je dapat cerita dari seorang member luar negara. sebuah ikatan yang sah dengan perkahwinan pun boleh becerai berai akibat satu pihak yang tidak jujur. ini amat dikesali dengan seribu penyesalan. seribu penyesalan..ingat tu.. kisahnya tak panjang.. cuma pihak perempuan dapat tahu perkara sebenar. mungkin wanita itu sangat sensitif dengan benda ni. dia dapat tahu yang pihak lelaki ni adalah penghisap rokok yang tegar. sejak berzaman dahulu. zaman bercinta cintun dia dah buat kerja terkutuk ni. dia nekad untuk meminta cerai. demi masa depan yang bebas daripada asap. nampak tak.. betapa seriusnya. kalau si lelaki berterus terang awal2 yang dia adalah perokok tega

sadis dan sedih

Assalamualaikum untuk orang yang masih hidup lagi di hari Isnin. Tak nak kecoh pasal Man U menang. Chelsea menang pun tak nak kecoh sebab Arsenal tak main semalam.. entry ni adalah entry sadis dan frust. mungkin juga boleh dikira sebagai ujian. mungkin juga ada hikmah di sebaliknya.. 2 hari lepas, nset aku mati..kalau tak mati mesti koma sebab aku tekan punat dia tak nak juga menyala. senyap je... aku redha dan aku pasrah. takdir menentukan segalanya. mungkin kafarah sebab aku selalu main fon dalam kelas. dok wsap, dok tweet, berbalas mesej. mungkin ianya satu pengajaran. dan mungkin juga hikmahnya nak dapat fon baru..? sape tahu kan...? so, aku kena membiasakan diri dalam saat yang genting ini. saat yang mana tiada nset. ibarat di zaman sekolah rendah dahulu. mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin juga setahun. frust, tak dapat snap gambar di mana - mana. **sape nak sponsor fon satu bagitau la...buat bekal di akhirat kelak..hehe

spontan khamis

**ganti wordless semalam..blh tertukar plak **org dlm gambar ni xsudi nak jd adik angkat aku..kenapa eh?? Published with Blogger-droid v2.0.4

iman

Iman adalah mutiara..didalam hidup manusia. Mesti korang ada yang tak pernah lagu ni. Kalo tak silap aku lagu nyanyian Raihan. Iman tak dapat diwarisi. Ahli sunah wal jamaah berpegang yang iman seseorang manusia ni bertambah dan berkurang. Sekejap iman itu bertambah dan dalam sekelip mata iman itu berkurang..menjadi nipis.lebih nipis dari kulit bawang. Iman itu bertambah dengan 2 perkara. Pertamanya adalah dengan melakukan ketaatan kepada Allah dan keduanya meninggalkan maksiat dan larangan Allah. Simple. Iman berkurang pulak dengan sebaliknya daripada 2 perkara tersebut. Iman yabg bertambah dan tidak akan berkurang itu adalah iman para nabi dan rasul. Iman yang sentiasa tetap itu adalah iman para malaikat.. Iman yang sentiasa berkurang..?? **lama xupdate..laptop xbukak.pun..sekadar online dgn hp. **badmood dgn sudan masih terasa..hak3 Published with Blogger-droid v2.0.4

entry racist, anti-Sudan

Entry ini adalah entry racist. Sedikit perkauman. Entah..rasa menyampah gila dengan mat sudan. Si sudan yang baru masuk bilik aku. Ganti tempat singafura. Menyampah sebab dia kaki report. Bajet jd spy kids. Haha. Ada ke patut dia report kat warden yg aku ni asyik dengan laptop je. Patut ke tak?? Pada suatu malam..dtg warden..ketuk pintu bilik. Laju je si sudan bukak pintu. Aku ingat member dia. Tp..dengar2 suara tu panggil.. "ya malizi..." aku la tu.. Minta kebenaran nak masuk bilik..terus aku ckp.."tafadhal.." then dia ckp dia warden.. nak cek aku punya lappy.tnya aku ada simpan movie ke tak.. Siap presure suh aku bg xternal hard disk..baik pnya psiko **skang ni aku tension nk guna laptop..first time utk tahun ni publish entry pakai hp.haha **macam xhbs plak citer ni Published with Blogger-droid v2.0.4

keluarga harmoni

susah sangat nak buat pendahuluan untuk entry kan..? jadi aku tinggalkan bahagian kata kata aluan.. tak pandai nak buat. korang ada cadangan skema pendahuluan boleh share dengan aku..haha sesiapa yang inginkan pahala daripada Allah sememangnya tidak susah. cuma perlukan sedikit keinginan dan ditambah dengan usaha yang secukupnya.siapa kata susah untuk masuk syurga kan..?tapi tak susah pun nak masuk  neraka.. betapa besarnya ganjaran yang Allah anugerahkan untuk umat Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w ada bersabda : "Barangsia solat isya' berjemaah maka seolah olah dia telah solat malam selama separuh malam. Dan barangsiapa yang solat subuh berjemaah maka seolah olah dia telah solat seluruh malamnya." (HR. Muslim no. 656) alangkah indahnya jika sebuah keluarga itu sentiasa menghidupkan solat jemaah. tidak setakat mengkhususkan waktu subuh dan isya' sahaja. mewujudkan suasana yang bahagia. suasana yangt mustahil jika tiada kesedaran dari pihak lelaki.. pihak le
sebenarnya aku masih pening dengan window 8 versi beta ni. nak kena selongkar habis.. walaupun lebih ringan dan lebih laju.. banyak sangat beza dengan window 7.. amat pening.. tambah2 ada program yang berbahasa arab dia tak detect. jadi, huruf2 arab semua jadi macam bahasa rusia..haha tapi, tak payah la nak cita pasal window 8. tak ramai pun yang pakai skang ni.. tapi tak pe.. aku pening dengan window 8, boleh pegi melantak jus buah. memang berkesan sebagai ubat untuk hilangkan pening. kat kedai ni tak leh bawa awek..taukey dia tak bagi. ada satu kedai kat sini yang namanya " 'alam 'asirat". asirat dalam bahasa arab adalah jus buah buahan. nama orang putih adalah Juice World. kat kedai ni satu je yang aku try sedap. jus manggo bil halib. halib tu dalam bahasa arab maksudnya susu. nama penuhnya adalah jus mangga dengan susu. memang kaw..pekat habis..lemak.. semuanya ada.. hari tu aku try lepas main bola..lantak p la masuk kedai arab dengan berpeluh lagi kan

window 8

hari jumaat yang busy..laptop aku buat hal..tetiba je dia tak dapat receiver mouse wireless.. penat aku nak guna touch pad ni.. lagi penat sebab susah nak main game pakai touchpad ni..aha.. jadi, aku buat keputusan untuk tukar window.. dari window 7 ni kepada window 8. tapi, window 8 ni baru yang beta punya..bukan yang official.. dengar2 yang official akan kuar bulan oktober ni. sebelum tu aku dah survey dari blog eins.my pasal window 8. review dari dia memang puas hati la.. jadi tertarik untuk aku guna. lepas aku install.. rasa ok jugak la.. lebih laju dan lebih smooth. kurang2 nya tak ketinggalan jika pasni ada laptop yang pakai window 8.. korang yang ada hati nak tukar window 8 ni, elok pergi kat site eins tu. baca review dan komen dia pasal window 8. kat situ ada sekali dengan link window 8 versi iso plus dengan tutorial untuk install.. start menu yang menawan aplikasi weather yang disediakan **menariknya ia ada apps untuk diinstall.. **sibuk nak install apa yang

tersurat dan tersirat

tahukah kita yang hikmah Allah tu tak terduga oleh akal kita. dalam sesuatu kejadian terdapat pelbagai hikmahnya. antara yang tersurat dan tersirat. yang tersurat pun sudah tak terjangkau oleh akal fikiran kita..inikan pula tersirat sudah aturan Allah yang sekuat mana lelaki pun, dia tak boleh mengandung.. betul tak..? ke ada lelaki yang dapat mengandung..? semua wanita akui yang lelaki ni lebih kuat daripada diorang, sebab tu ramai je wanita mengidamkan pasangannya bertubuh sasa dan bersix pack..betul ke?kalau salah sila nafikan. tersembunyi di situ hikmah Allah, walaupun wanita itu lemah, hanya diorang yang dapat menghamilkan anak. dapat melahirkan anak. wanita yang tahu betapa sakitnya saat melahirkan anak.. saintis pun tahu.. tetapi yang merasainya adalah wanita dan termasuk sekali dengan saintis wanita.. **so..wanita tu lemah ke tak..? lelaki itu kuat

spontan khamis

Trend bakal pengantin atau tunang yang mengambil gambar bersama sehingga ada yang berpegang tangan & pelbagai aksi lain, sebahagiannya seolah sudah berkahwin adalah HARAM di sisi Islam. Menjadi FOTOGRAPHER profesional yang menawarkan khidmat terbabit juga adalah pendapatan yang TIDAK BERSIH lagi haram. Jika sudah bernikah secara sah lalu gambar diambil sebagai koleksi kenangan peribadi SAHAJA yang dibenarkan. Jangan rosakkan keberkatan rumahtangga dengan aktiviti TIDAK BERKAT ini. - Ustaz Zaharudin Abd Rahman **peringatan bersama.

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

nak join klik gambar abang Ben ni. tetiba je rasa rajin nak join segmen abang ben.. tengok segmen bro ben yang ni nampak macam unik sikit..hehe..bertukar tukar link untuk bloglist..segmen yang sebelum ni aku tunggu sama ada aku menang ke tak..haha tugasannya adalah untuk buat entry dan jelaskan kenapa blogger perlu pilih aku untuk diletak dalam senarai bloglist.. part ni aku tak pandai promote.. aku rasa korang patut pilih blog ni sebab untuk mencukupi kuota.. kasi bloglist korang tu penuh..macam blog bro ben ni punya..haha **nak join klik gambar macho kat atas tu..haha