Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

makna di sebalik wordless

gambar wordless wednesday tu aku letak gambar tulang ayam..hehe..manusia tak makan tulang tu. itu semua adalah makanan untuk jin - jin yang kebuluran. ingat, jin pun ada yang kebulur.. teringat time kat Turki. susah sangat untuk mencari nasi. kebanyakan diorang tak makan nasi. nasi kalau ada pun, mesti mahal teramat amat.. biasala.. barang yang susah nak dapat, penawaran harga mesti tinggi. time tu memang lapar, dari Bursa.. nak bertolak ke Istanbul. sambil2 menunggu bas, sempat melantak dekat restoran Popeye. Popeye ni satu2nya fast food yang sediakan ayam goreng.kat turki aku tak pernah nampak KFC. mungkin diorang banned sebab pekerja dia selalu je bergaduh. panas baran. harga pun boleh tahan. hanya order yang promosi je..30 ketul ayam. harga dalam 30 Turkish Lira. jauh lebih murah KFC Malaysia daripada Popeye. mustahil orang Malaysia boleh tahan tanpa makan nasi.. nafsu melahap nasi itu teramat besar.haha **ayam dia tak sespicy kfc..

rabu sepi

segmen : WRFW ! (walk,review,follow,win)

nak tahu lebih lanjut klik gambar segmen ni. ini adalah entry segmen. dah berzaman rasanya aku tak join segmen. tapi.. tengok segmen ni macam menarik je.. 4 dalam 1. siap ada hadiah lagi.. so, aku harap random.org pilih aku untuk jadi pemenang..haha lepas tu dia suruh tag  2 orang. yang part ni aku rasa serba salah je.. memandai nak tag orang kan..?macam la orang nak join segmen menyegmen ni..menyampah je..haha.jadi, aku nak tag orang yang baik hati dan caring je.. malahan mustahil dia nak marah aku.. mama..saya tag mama..boleh kan..? mama maszull  dan sorang lagi nak tag seorang yang caring dan daring.. ayah su.. saya tag ayah su ni..boleh kan..?hehe.. laman ayahsu . mama dan ayah jangan marah ye.

pedihnya cinta pandang pertama

amat indah cinta pandang pertama. perasaan cinta yang mana hadir ketika kali pertama memandangnya. pertama kali bertentang mata, pertama kali jantung berdegup kencang..oh, indah.. dari mata turun ke hati, firasat mengatakan dia adalah jodoh kita.. tetapi, cinta itu hanya cinta kita. tidak cinta dia. si dia cuma memandang kita dengan pandangan yang kehairanan, bukan dengan pandangan cinta. oh..rupanya kita hanya syok sendiri. menganggap si dia juga sama seperti kita. jatuh cinta dengan pandangan pertama.. rupanya firasat kita salah. mungkin kita salah dalam menafsir firasat. mungkin juga firasat kita tidak pernah betul. kes terpencil macam ni biasanya amat perit, pedih dan tragis. memakan masa untuk kita memahami. memakan masa untuk kita tahu yang kita sebenarnya syok sendiri. kita sebenarnya bertepuk sebelah tangan... cinta itu tidak perlu ditafsir, hanya perlu dihayati

manusia itu syaitan

tahu tak korang yang dalam kalangan manusia ni ada sebahagiannya terdiri daripada syaitan - syaitan..? ini adalah fakta dan bukannya auta..hehe.. mungkin nampak mustahil kan..? mana mungkin manusia menghasilkan kilang syaitan.. mustahil syaitan sama syaitan, keluar anak adalah manusia berdarah syaitan. amat mustahil manusia berkahwin sesama manusia tetapi keluar anak syaitan. sedangkan kita sendiri tidak pernah nampak macam mana rupa sebenar syaitan... inikan pula anak syaitan..semuanya mana mungkin.. habis tu.. macam mana dengan fakta yang adanya syaitan dalam kalangan manusia? Dari Abu Dzar r.a ; beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : " Wahai Abu Dzar, mohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan - syaitan dalam kalangan manusia dan jin." Aku ( Abu Dzar ) berkata : Adakah dalam kalangan manusia juga wujud syaitan - syaitan? Rasulullah s.a.w bersabda : "Ya". - (hadis riwayat Ahmad) nampak tak..itulah buktinya. Nabi kita sendiri yang kata. makna sya

orang panggil dia Am

ini adalah entry rindu..haha..tetiba rasa teringat kat member aku ni.. seminggu dia menghilang. lari ke Mekah..dalam seminggu aku rasa kesepian. aku harap dia tak baca entry ni walaupun dia selalu usha blog aku.. nama dia Ilham. orang panggil dia dengan panggilan Am. haha.. nama macam watak novel ...tapi, tak ingat tajuk apa.. untung dapat kawan dengan dia.. baik hati..caring..boleh tumpang hensem dia..selalu je masak untuk aku.. yang part ni aku terharu sangat.. aku makan, dia masak.. tapi aku basuh pinggan mangkuk kuali lepas tu..nak ambil hati.. mak bapak dia datang umrah.. sebab tu dia menghilang.menemani mak bapak dia buat ibadah umrah. anak yang soleh kan..kena utamakan ibu bapa.. dalam seminggu aku dah tak merasa masakan dia.terpaksa masak sendiri.. habis rajin aku masak sardin je..lantakla..makanan orang bujang.. Ilham, terima kasih atas persahabatan ini. saya menghargainya sangat - sangat. Persahabatan saya bukan atas masakan awak, mahupun atas kekacakan awak..haha.koran

family meeting

ahli mesyuarat tingkap..cam tak aku??haha semalam..satu mesyuarat tingkap ahli keluarga berjaya diadakan..tanpa sebarang masalah walaupun ada 2 3 orang adik beradik yang tak mampu datang..hehe..mungkin diorang ada masalah yang tak dapat dielakkan..*sangka baik.. program family meeting ni bukan apa..sekadar berhimpun dan berkumpul. ingin bertanya khabar sambil bertemu dengan muka - muka yang jarang terserempak.. nampak tak..ukhuwah family itu sangat kuat.. family kat madinah ni tak banyak.. dalam 22 orang semuanya..tapi, ada juga yang tak dapat hadir semalam walaupun tarikan menu utama adalah KFC.. aku anggap diorang ni dah macam family da.. kalau orang lain tengok, dia akan kata yang prog ni macam reunion sekolah menengah..haha semuanya adalah dari satu sekolah. maahad tahfiz alquran wal qiraat pulai chondong. kita dari kilang yang sama dan terpilih ke madinah untuk menuntut ilmu. ibu bapa sebenar jauh dari kita. sesama kita lah tempat untuk mengadu dan meminta pertolongan.

tukang cuci dan tukang sapu

malam tadi aku dengar berita tentang kematian seorang pekerja universiti madinah. pekerja yang lebih dikenali dengan panggilan 'sodiq'. pekerja yang memastikan asrama di universiti islam madinah sentiasa bersih dari sampah sarap. kebanyakan tukang cuci / tukang sapu ni datangnya dari bangladesh. hampir macam tu kat sini. nama je tukang sapu, mesti terdiri daripada warganegara bangladesh atau seangkatan dengannya. dengar-dengar, pekerja tu mati akibat bunuh diri. menggantung diri sendiri di dalam tandas. serius.. sedih aku dengar cerita daripada sodiq - sodiq dekat sini. diorang seolah2 macam ditipu. diorang dijanjikan dengan gaji sebanyak SR 1000 untuk sebulan bekerja. tetapi syarikat (dikontrak oleh pihak universiti) yang menggajikan diorang hanya bagi SR 500. hanya separuh untuk bayar sewa rumah dan makan minum. kebanyakan diorang kat sini sudah ada anak bini. mungkin terdesak. ingin menghantar duit untuk keluarga nun disana. ingin balik tidak mampu.. kenal kumpul duit sen

gambar berbicara

makna di sebalik hari raya aidil adha

korang tahu tak kenapa hari raya korban dipanggil hari raya aidil adha..? serius.. baru baru ni je aku baru tahu sebab apa hari raya korban dinamakan dengan hari raya aidil adha..bukan dengan nama aidil zaquan..haha adha kat sini adalah merujuk kepada waktu dhuha. dimana yang lazimnya, penyembelihan binatang korban akan dilakukan pada waktu ini. itulah maksudnya.. aidil tu korang mesti dah tahu kan..? aidil bermaksud hari raya.. adha tu waktu dhuha. jadi, combinenya "hari raya pada waktu dhuha".. korban yang dilakukan pada hari raya aidil adha adalah dengan menyembelih binatang korban (bahimatul an'am - unta, lembu, kambing) dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala. kebanyakan ulama' menyatakan yang binatang korban adalah dalam kalangan yang tiga ini.. tetapi salah sorang ulama' iaitu Ibn Hazm mengatakan yang binatang korban ini adalah semua binatang yang boleh dimakan dagingnya termasuk jenis burung - burung yang berterbangan di awan biru.. huku

Mini Cooper Untuk Dijual

ada iklan jual kereta kat sini.. terus datang keinginan nak beli.. bukan apa.. kereta ni adalah jenis kereta yang watak Adam pakai dalam cerita adamaya. kalau korang tak tengok citer tu.. memang rugi la..ex awek yang berlakon..kah3 tapi, pikir punya pikir.. memang nak sangat di hati beli keta ni.. harga pun murah. dalam SR 18,000. ok dah kan..? walaupun bukan baru.. tetap orang panggil mini cooper.. tapi, satu je masalah dia.. aku tak de duit.. pikir banyak - banyak pun tak guna kalau tak de duit kan...?..melepas la nak jadi macam Adam. **sape nak call no ni +96658241290 1 **hari isnin aku paling malas..kelas full..

abang togo

terjawab persoalan mat togo dalam bilik aku. selaku roomate sebilik,  dia meminta jasa baik aku untuk menggunakan laptop. dia kurang tahu pasal IT. tidak tahu menahu mengenai laptop. apatah lagi dengan internet. jauh sekali dia ada facebook ataupun tweeter.. dia bagitau aku yang dia nak cari maklumat pasal asigment dia. tajuknya : Adakah Allah menciptakan malaikat sekaligus dalam satu masa ataupun dengan masa yang berperingkat - peringkat? aku tak boleh kalau orang minta tolong, kesian.. first time aku ajak dia masuk tempat aku tido.. biasanya budak Malaysia anti dengan orang benua Afrika. bila dia masuk tu.. mula mula sekali aku minta maaf sebab bilik macam kapal pecah. tambah plak dengan timbunan baju yang tak basuh lagi..haha.. sori la abang togo. saya bujang lagi.. malas nak mengemas.. pastu terpaksa aku bawa duduk atas katil. maklum la. laptop mengadap katil. bangun pagi terus bukak fb..haha tapi, berjaya jugak dia siapkan.. boleh la dia  belajar nak menaip dan kenal kenal  hur

cabut dan cukur

member aku ada cakap yang dia tak pernah cabut bulu ketiak. katanya, cabut bulu ketiak tu amat menyakitkan. so, aku selaku pengamal mencabut bulu ketiak terus membangkangnya.. kalau lelaki.. tak yah cukur la bulu ketiak.. itu kasi cabut sampai habis.. aku rasakan.. lelaki yang mencabut bulu ketiak ni lebih maskulin dan macho berbanding lelaki yang cukur. kalau lelaki yang minat menyimpan bulu ketiak tu aku tak tahu plak dok dalam kategori mana. yang penting, aku rimas tengok bulu ketiak panjang. tak sopan..haha so, lelaki.. cuba buktikan kemaskulin anda.. hentikan tabiat mencukur bulu ketiak.. cuba cabut sekali dengan akar tunjang dia.. sebab aku dengar cabut bulu ketiak ni lebih sihat kerana sekali dengan akar dia tercabut.. lagipun, kalau tak silap aku..sunnah adalah mencabut..bukan mencukur bagi wanita.. cuba tanya pasangan korang.. dia cabut ke dia cukur.. kalau dia cukur.. cuba cabar dia.. suh dia cabut.. sakit ke tak.. haha.. lelaki biasanya memang pantang kalau perempuan caba

tunggu dan terus menuggu

maaf tak sempat nak blogwalking kerana terlalu blurr pada hari khamis.. hari jumaat aku hanya rest.. menghabiskan sisa - sisa weekend.. terasa cepat plak cuti weekend.. ni pom entry jam pkol 12.45 pg. bangun  pg aku publish dan terus p kelas..haha baju aku yang stok sebulan tu masih lagi tak basuh..cakap je nak basuh kan...?time aku nak basuh tu kena ikut queue.. time tu member aku tengah guna mesin basuh.. dan tak semena - mena mood nak membasuh tu hilang..dan bertambah la tempoh kepada sebulan dan seminggu.. itulah lelaki..tak suka kalau bab menunggu.. membosankan.. setengah jam menunggu pon dah rasa lama sangat.. tengok dalam kelas la macam mana.. tunggu lect datang mengajar.. tak kata setengah jam.. tak masuk 10 minit pom dah blah dah kan (aku yang selalu mcm tu)...kah3 so, wanita nak cari suami tu.. pastikan suami anda memiliki ciri yang tak cepat bosan menuggu. tu pon kalau jumpa la.. susah nak cari lelaki yang sabar menunggu.. nak nak kena tunggu perempuan bermekap untuk perg

khamis blurr

hari ni rasa blurr pelik je.. mungkin hari ni hari khamis.. hari cuti kan..tetapi minggu ni banyak sangat cuti yang dibuat sendiri. so, hari ni rasa nak pegi kelas je..haha.. tetapi tu hanya rasa..yang hakikatnya memang malas nak pegi. mungkin juga disebabkan Arsenal kalah semalam..teruk dibantai dengan geng geng Chelsea, Man Utd dan seangkatan dengannya.. disebabkan oleh blurr nih.. aku rasa nak basuh baju je.. baju baju yang tertunggak selama satu bulan.. haha.. pemalas.. macam mana nak kawen. so, konklusinya.. bagi aku.. khamis hari ni sangat blurr.. bukak FB ada invitation untuk main Dota. kalau habiskan khamis ni dengan main game ok jugak kan.. tak perlu nak pikir perkara lain lagi. so, 2 kerja untuk hari ni..cuci baju + main game. **rasa macam tak layak je nak usha adik nora danish. tak sedar diri.haha.. **entry pom blurr kan..?haha DELL sebagai pengubat blurr.

w.w aku bukan gay

edit dengan cara bantai..haha **nampak gambar tu macam gay ke?

wordless

**gambar ni khas untuk si dia..miss you..haha

Negara Islam

kejap je hari selasa. tapi, bagi aku.. hari selasa ni lambat sangat. aku tunggu hari selasa ni sejak hari sabtu lagi.. last last hari ni baru hari selasa. selasa datang bukan ada apa.. sebab bila dah hari selasa.. esok tu dah rabu.. bila rabu..esok satu lagi cuti la..hari khamis..haha, pening punya ayat. tadi aku belajar subjek baru. "Hadir Alam Islami". Kehadiran Islam ke Dunia. Lebih kurang macam tu la. hanya sejam seminggu. td kelas awal. syeikh hanya terangkan apa itu maksud negara Islam. Katanya ada perselisihan dengan 3 maksud untuk negara Islam. Pertama negara yang mana 50 peratus daripada rakyatnya adalah beragama Islam. Tu confirm-confirm negara Islam dan pendapat ni la yang paling betul. Contoh, penduduk sesebuah negara ada 20juta orang. 10juta daripadanya adalah Muslim yang mana nisbahnya adalah 50 peratus. Kedua, penduduknya tidak mencapai 50 peratus. Tetapi peratus penduduknya Muslim adalah yang tertinggi. Contoh, 10juta penduduk. 4juta Muslim, 3juta kristian

Strict dengan Masa

guru untuk madah feqh aku sangat tegas. mengajar feqh 4. bab korban, sembelihan dan seumpamanya. serius.. muka syeikh amat garang. terkadang dia senyum juga.. tetapi senyum yang nampak garang.. boleh imagine..?haha dia ada peraturan dia sendiri semasa dalam kelas. peraturan yang dia reka sendiri. boleh bantai apa yang nak. dialah raja. kita rakyat. kena patuh.. kalau tak patuh.. keluar kelas.. cari kelas lain.. senang je.. begitu juga dengan manusia.. kita duduk di atas bumi Allah.. yang mana tak suka dengan peraturan Allah.. tak suka dengan perintah Allah.. tak suka dengan guidelines yang Allah keluarkan.. bila - bila masa je boleh keluar dari bumi Allah..cari bumi lain. buat peraturan sendiri.. syeikh aku ni memang strict dengan masa. dia akan masuk lewat 5 minit dari masa sebenar kelas start. memang tepat 5 minit dia masuk.. mana - mana student yang masuk lepas dia masuk kelas.. maaf la. tak boleh. tunggu esok..even student mengekori dia dari belakang semasa masuk kelas pom tak b

cincinku cincinmu jua

tahukah korang yang negara barat adalah negara di sebelah bahagian barat mengikut kompas di Malaysia...? negara barat kini semakin menjadi rujukan hampir semua aspek.. dari sekecil kecik hinggak kebesar besar aspek. barat sungguh gah di mata dunia. orang orang barat ataupun lebih tepat dengan orang orang kristian, mereka juga menggunakan cincin sebagai simbolik dalam perkahwinan. cincin diorang bukan sekadar bertakhta berlian yang berkarat berkarat beratnya, tetapi kepercayaan diorang terhadap acara tukaran cincin tersebut tidak dapat diterima dek akal. mereka beranggapan yang cincin ini mampu mengikat hati antara pasangan mereka. menambah jangka hayat in relationship. beranggapan yang pasangan mereka tidak mungkin akan curang setelah disarung cincin. itulah anggapan mereka.pegangan mereka. tapi itu semua adalah dusta. khayalan dan imaginasi semata - mata. mana mungkin hati terikat dengan sebentuk cincin. lelaki. sama je.. impian ingin berkahwin lebih dari satu.  kizkulesi, turki

pasanganku merokok

entry ni aku up time aku bangun tido.. jadi kat mesia dalam dekat tengah hari dah.. pejabat pom nak dekat nga time rehat.. aku tak de idea macam inpirasi aku tu.. siap boleh up  6 7 entry dalam satu hari.. artis katakan..tapi tak pe.. aku buat dia jadi sumber inspirasi.. dapat juga aura sikit sikit kan..? ini entry untuk perempuan yang tak berkahwin lagi..hehe. berapa ramai dalam kalangan perempuan yang baca entry ni suka jika pasangan dia merokok..? aku rasa mesti ada yang suka dan ada juga yang tak suka jika pasangan dia merokok. maklum la.. lelaki itu kacak jika merokok..nak nak rokok dunhill pula.. yang aku heran.. ramai je wanita yang meluat jika ada orang merokok dekat dia.. siap kibas kibas tangan lagi... ada tu siap tutup hidung sebagai isyarat tanda tidak senang dengan asap rokok.. silap silap, siap sound direct lagi.. mulut wanita kan..kekadang diluar kawalan... haha tapi.. bila balak dia tu merokok.. senyap pula.. tak de bising bising nak sound bagi nasihat.. ye la.. mung

Minta Maaf Semua

first sekali nak mintak maaf kat sorang tu. maaf bebanyak. tak tahu dia terasa plak dengan komen aku. komen kat entry dia yang dia sedang bercinta dengan seorang blogger. sory ye kalo tersentap. dan jenis aku kot..suka main - main.. tak de niat yang serius.. yang kedua... aku nak mintak maaf juga kepada mana - mana blogger jika ada kat entry dia komen aku yang dia rasa tak sedap hati. mungkin dia sempat padam sebelum publish.. yang tu ok la.. tapi mungkin yang stail publish terus..tak ada penapisan dari dia.. jadi, orang lain boleh nampak komen aku yang buruk tu.. yang ketiga.. entry aku pasal ni la.. nak minta maaf.. aku bukan Nabi.. jauh sekali bukan malaikat yang maksum daripada dosa dan noda. Akhir kalam.. maafkan aku. aku bukan mamat paparazzi..jauh sesekali

Ijma'

entry ni agak ilmiah sikit. korang yang jemu baca cuma perlu gerakkan mata dari atas ke bawah sambil tangan yang memegang mouse skroll ke bawah.. lepas tu tekan butang x kat sebelah kanan tab..haha..dah tahu blog bosan, tapi suh skroll ke bawah jugak kan?? ijma'. ijma' adalah salah satu bab dalam usul feqh dan juga merupakan salah satu sumber rujukan dalam Islam selepas 2 rujukan yang penting, AlQuran dan Hadis. Ijma' kalau dalam bahasa mudah adalah sepakat. sebulat suara. Contoh ijma': semua ulama' berpendapat yang solat 5 waktu adalah wajib. sebulat suara. tak de sorang pom yang nafikan. Makna Ijma' dari segi bahasa mempunyai 2 makna. Pertama adalah sepakat (ittifaq) dan kedua adalah berazam (al-'azm). Manakala dari segi makna istilahnya : sepakat ulama mujtahid daripada umat Nabi Muhammad s.a.w dalam urusan syariah (agama) selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Semua ulama' bersepakat yang ijma' adalah hujah yang digunakan dalam agama Islam kec

sabtu yang kosong

hari sabtu...korang - korang kat Mesia mesti suka kan..? hari minggu.. boleh cuti..santai - santai dengan family.. lepak - lepak bersama member sambil usha awek.. kah3.. tambah malam ni ada match bolasepak plak..kesian kat wanita, terpaksa buat2 minat bola.. tapi, hari sabtu aku bukan hari cuti.. hari sabtu aku umpama hari isnin kalo kat KL. hari Ahad bagi pantai timur Malaysia. Hari sabtu aku adalah hari untuk ke kuliah. terpaksa pergi walaupun tak rela.. sem ni hanya 20 jam kredit sahaja. nampak macam relek je kan..? tapi, 20 jam amat berat. kalau boleh nak 15 je kan??.. kalau aku ambik 15 maknanya makin lambat la aku nak grad..makin lambat la nak kahwin.. haha subjek untuk sem ini **ada 2 subjek lagi untuk hari ni

Jordan #2 Jerash

salam jumaat. cepat je dari jumaat ke jumaat. manusia sibuk sangat dengan urusan kehidupannya sebab itu waktu itu terasa singkat dan cepat. betul tak..? Kalau salah tolong perbetulkan.. entry last aku hari tu pasal wordless. gambar tu masa kat Jerash, Jordan. kota tinggalan orang Rom. biasalah, Rom memang terkenal dengan colosseum. bila aku berdiri di tengah2 tu.. memang bergema bila aku bersuara. padahal berbisik je tu. tak melolong lagi.. bila jejalan kat Jordan, memang banyak tempat2 tinggalan orang Rom. aku pom tak paham.. pasal apa orang orang Rom ni nak berkampung kat Jordan. Padahal Jordan ni penuh dengan gunung berbatu dan pasir berdebu.. tak menarik langsung.. kalau aku jadi orang Rom.. sah2 aku plan pegi buat trip ke Malaysia. nyaman sikit. ada gunung - gunung yang menghijau. pokok pukau yang rendang. tak sejuk sangat.. tak panas sangat.. buat colosseum kat cameron highland ok jugak.. nanti boleh up Malaysia sebagai tempat melancong yang paling top..haha Jerash, Jordan.

wordless

McD ada menu kepala kambing #2

rentetan daripada entry sebelom ni pasal menu kepala kambing. serius..aku tak pernah lagi jumpa restoran fast food yang sediakan menu macam ni. kepala kambing ni bukan kategori fast food kan..? kalo setakat burger, kentang, ayam goreng tu boleh la kan..? memang betul la apa yang FTP cakap kat komen tu.. aku beli kat luar dan bawa masuk dalam.. tapi, boleh ke buat macam tu..? bawa makanan luar masuk McD.? kat pintu sebelom masuk tu dah terang2 cakap yang tak leh bawa masuk makanan luar.. tapi, bantai juga.. lapar sangat..burger bukannya kenyang.. ni perut jantan la..haha time masuk mula - mula tu.. pekerja McD siap dengan jeling semacam je. dia tengok ke arah bungkusan makanan.. bila duduk, order & big mac depan mata, time tu la buka bungkusan kepala kambing.. pergh..meleleh air liur pekerja tu.. korang boleh bayang tak..? aku peminat tegar kambing ni.. rugi sape yang tak makan kambing.. tak semena - mena aku tengok pekerja tu masuk dalam tempat diorang memasak.. fikir aku mungk

McD ada menu kepala kambing

jam pukol 1pagi.. convert dengan jam malaysia beza 5 jam. malaysia skang ni dalam pukol 6 pagi. time macam ni biasanya budak - budak sekolah rendah dah bangun da.. semangat untuk pergi ke sekolah. sama macam aku dulu. bila besar sikit je.. makin liat nak bangun. tak tahu la.. mungkin genetik orang melayu macam tu kot. makin tua makin malas nak bangun pagi. sebab tu la janji melayu selalu je lewat. tak macam janji cina.. haha tu mukadimah.. korang pernah dengar tak yang kat McD ada menu kepala kambing...? semasa aku pergi ke Jordan baru - baru ni, ada plak McD yang sediakan menu kepala kambing.. memang masyuk la.. berada di awangan bila makan kepala kambing.. mesti korang kata aku ni penipu plak.. kat McD mana la yang sediakan menu kepala kambing..? mesti susah mesin shortcut dia nak sediakan kepala kambing? dia ingat senang ke nak masak kepala kambing? korang yang tak caya tu tengok gambar aku kat bawah ni.. big mac + kepala kambing big mac 2 sorang nampak tak kepala kam

#10 ENTRY TANPA TAJUK

hari ni hari first aku pegi kelas.. sampai kelas tengok macam tak de orang je. lampu tak bukak. gelap dan suram. aku berkeliaran di luar kelas sambil bertweet mengtweet..haha.. sedang asyik melilau lilau.. dalam hati sudah tekad nak balik. macam tak jadi je kelas ni.. terus melangkah pergi melalui kelas bernombor 205. owh..ternampak ada seseorang duduk di kerusi yang dikhaskan untuk pengajar. nampak muda. berat hatiku seiring dengan beratnya kakiku melangkah masuk kelas 205. tak sampai 10 orang dalam kelas. aku ambik tempat paling belakang. nampak ganjil. memang, itu adalah syeikh yang akan mengajar aku usul feqh. kelas pertama, borak - borak pasal sukatan dan kitab yang akan digunakan. nampak sporting je syeikh ni. habis kelas dia. terus aku balik. walhal ada 4 subjek lagi yang berbaki untuk hari in. mungkin, minggu depan akan penuh dengan student. mood nak belajar sedang dibelai manja dengan perlahan. kat bawah ni adalah video aku dan member2 tika haji yang lepas..hehe **ukh

#9 ENTRY TANPA TAJUK

malam belum melabuhkan tirainya. malam belah malaysia rasa-rasanya dah nak singkap balik tirai dia. kasi tirai siang ambik kerja dia. malam ni sempena malam man utd dan chelsea. tak nak ulas panjang. kedua dua game baru je habis. aku rasa ramai je awek2 cun yang minat torres daripada minat rooney. salah satu sebab ramai awek awek yang minat torres ni adalah sebab si torres ni cute. ini adalah survey yang dijalankan oleh aku sendiri. pipi torres yang bertukar kaler menjadi pink adalah salah satu ciri kekiutan yang terdapat padanya. rooney apa yang ada? cuma rambut yang galak tumbuh selepas botak berkurun lamanya. tahniah dan takziah aku ucapkan kepada fans chelsea dan man utd. sekadar seri dengan 3-3. bukan apa, masing masing pihak tak nak score lebih. jadi keputusan berakhir dengan seri je. mungkin ada segelintir fans chelsea yang rasa pengadil malam ni, Howard Webb amat berat kepada Man Utd. mungkin reff letih kot..tak dapat fokus. aku tengok dia nak lari pom malas.. tu baru pen

# 8 ENTRY TANPA TAJUK

hari ni aku tengok ramai je status member fb dok post salam maulidur rasul. ok la tu.. ingat jugak kita kepada Nabi kita. tetapi, jangan setakat salam je.. sertakan sekali dengan selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w. kalo boleh, tiap2 hari post la kat wall tu selawat ke atas nabi. automatik orang yang tengok tu akan membacanya biar pun sekadar dalam hati. buat pahala dalam senyap. tapi, tempat aku belajar ni. tak leh nak sambut maulidur rasul. aku terima je sebab hujah yang didatangkan adalah benar. hujah alquran dan sunnah. bahawasanya sahabat - sahabat dahulu tidak pernah merayakan hari kelahiran nabi itu sendiri. sedangkan zaman sahabat adalah zaman yang kuat amalan agamanya.  menyambut maulid ini juga dikatakan amalan kaum Nasrani yang menyambut kelahiran Nabi Isa a.s. sedangkan nabi kita melarang kita menyerupai sesuatu kaum dalam amalam ibadat mereka. hujjah mereka jelas dan paling selamat. hujjah bersumberkan AlQuran dan AsSunnah. tapi, tak juga aku kata yang menyambut maulid

Jordan #1

seorang traveller..haha ni entry bajet seorang traveller. kalo ada yang nak kutuk dan hina tu.. cukup kutuk dalam hati je..haha.. nanti down semangat aku nak jadi seorang traveller yang unggul sepanjang zaman. semasa sampai kat jordan. aku mengambil masa selama 2 hari untuk rehat. mendiami rumah2 yang cantik kat jordan demgan tidur. menghayati sejuk di jordan yang tak pernah aku alami. serius, sejuk di jordan mengalahkan sejuk di mesir dan madinah. hari ketiga baru aku start merayau - rayau. tu pom dekat dengan tempat aku tidur kat mu'tah. sekitar kawasan karak. mengunjungi "Karak Castle". salah satu antara 3 kubu yang terbesar berada sekitar itu. kubu itu juga pernah dirampas oleh Salahudin Al Ayubi daripada tangan orang  bukan Islam.Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk wikipedia. Takpom, ni link dia . nampak tak laut mati? Berdekatan dengan kubu karak itu, terdapat laluan bagi para penunai haji dan umrah untuk ke mekkah. Sememangnya kubu ini amat penting untuk