# 7 ENTRY TANPA TAJUK

24 comments
sedang meniti dan menghitung hari untuk ke kelas.. rasa boring plak dok sesaje begini kan..? tidur, bangun dan makan.. seharian macam tu..plus skit surf internet + main game..haha

mengimbau pengalaman semasa berada di bumi jordan. betapa pentingnya ada member atau kenalan sekiranya kita ingin merantau di tempat orang. tambah2 jika tempat tu adalah first time kita pergi..jadi, belom pegi ke sesuatu tempat tu..cari la sorang dua kenalan.. jika tiada saudara mara atau sahabat handai di tempat yang kita nak pergi tu. search je kenalan baru dalam facebook tu.. ramai je yang frenly..

kalau aku, terus terang je dengan member fb tu. cakap kita nak p tempat dia. sambil2 nak tambah kenalan kan..? boleh tanya selok belok tempat yang kita nak pergi tu.. kalau boleh, suh dia jadi tour guide sekali kan..? tapi, kalau aku prefer cari yang 'female' dlu dalam facebook tu..haha.. 2 dalam 1 la tu..

time kat jordan ari tu, aku syukur sangat sebab ramai je member aku yang study kat situ. sampai je kat jordan.. terus tahan teksi and kontek member aku. bagi member aku cakap nga driver and dia bgtau driver tu tempat mana yang patut hantar aku..

last2 jumpa jugak member aku. cuak jugak time dok atas teksi.. tak tahu jalan mana.. tak tahu mana arah tuju..lastly aku turun depan mall di kota Amman dan tercegat member aku tersenyum..haha..

sampai jordan terus main bowling
Read More

# 6 ENTRY TANPA TAJUK

27 comments
petra, jordan

 dah sampai akhirnya 2 minggu..lebih pom ada. rasa macam tak puas je pergi melancong di negara orang. haha. tengok macam mana cuti akan datang nanti. ada rezeki kuar jalan - jalan lagi kan..?

bila habisnya 2 minggu.. maknanya kelas pom dah nak start la kan..? ikut kalendar universiti.. minggu ni kelas dah jalan seperti biasa. tetapi, kebiasaan kat universiti memang macam ni. minggu pertama adalah minggu jadual. katanya nak arrange jadual. ok la macam tu..blh aku tido banyak2..kasi rest otak

cuti 2 minggu hanya sempat dihabiskan di jordan dan turki. mesti bakal wife aku jeles. untuk honeymoon pasni mungkin dia nak p oversea jugak. haha.. nampaknya kena cari isteri yang belajar kat oversea juga.. senang.. mungkin dia dah jemu and nak bulan madu kat mesia je kan..?

tapi serius.. jalan jalan kat negara orang memang banyak pengalaman yang akan dapat. aku sendiri dapat menyaksikan bagaimana sistematik dan teraturnya bandaraya di eropah (turki). sangat beza dengan malaysia dan makin banyak jurangnya dengan negara arab seperti jordan walaupun negara diorang boleh dikatakan dekat. haha.. ada masa and ada duit, korang boleh la plan p jalan2 ke europe..siyes..tak rugi..haha
Read More

# 5 ENTRY TANPA TAJUK

32 comments
smiley orang yang dah habis exam


alhamdulillah...selesai sudah exam untuk sem pertama bagi tahun kedua di universiti islam madinah. cuma sekarang ni adalah hanya menunggu keputusan sambil diiringi dengan doa. Harap - harap seperti yang diminta. Kalau tak.. jangan frust sangat.. buat biasa biasa je kan..?

pengalaman exam.. exam yang paling last sekali tu rasa malas sangat nak fokus. mungkin sedang asyik dok tengok member member lain sudah habis exam. diorang enjoy je dok main PES. (tak tahu PES try google).

tapi, tak pe.. senang je nak hilangkan semua rasa jeles dan malas tu. sentiasa ingat yang bakal isteri kita pasni nak bakal suaminya nanti adalah seorang yang berjaya dan yang terbaik. bila aku set mind macam ni.. makin bersemangat pula untuk fokus. sampaukan nak tido pom susah.. bertuah bakal isteri aku.. haha..

**mood BW terbantut..sibuk dgn plan nak p melancong..haha
Read More
29 comments
rasa - rasanya bakal isteri orang kelantan ke orang luar..?
Read More

wordless

30 comments
Read More

# 4 ENTRY TANPA TAJUK

18 comments
3 subjek lagi sebelom exam final sem ni berakhir. confirm tak sabar nak habiskan exam cepat - cepat. bukan apa.. lepas exam boleh tido dengan nyenyak kan..?ni tak.. time nak tido pom kena imagine apa yang dibaca dan diulangkaji.. takut - takut lupa untuk exam esok. tengok, betapa power nya kuasa exam.

sistem exam ni kekadang buat seseorang student tu hanya bersungguh - sungguh time exam je. time tu.. tanya je apa yang nak ditanya. semua boleh jawab. seminggu lepas tu.. hampas.. so..? takkan nak salah kan exam..? yang patut disalahkan adalah diri sendiri. kita menuntut ilmu ni kerana apa..? exam kah..? haha ( gelak sebab tak nak nampak serius )

tapi, lain plak dengan segmen. ada yang nak masuk kerna nak tolong rakan blogger. ada yang masuk sebab ada hadiah. semuanya terpulang kepada diri masing - masing. tengok aku la.. kalau aku nak join segmen, kena letak matlamat dia adalah untuk dapatkan hadiah. baru bersemangat sikit kan..?haha

disebabkan matlamat aku yang tak berapa betul semalam.. dapat jugak menang hadiah topap 10 hinggit. biar pon no.celcom aku kat sini sekadar on je.. kurang-kurangnya ada gak kredit emergency, spare untuk mesej time kat mesia nanti.   terima kasih tuan segmen ( QasehSuci )

**blog gula - gula pelangi tak yah jeles la...
Read More

SEGMEN | QASEH AJAK KENAL KAWAN BLOGGER

16 comments
tekan gambar utk direct ke blog ni

tetiba je menggatal nak join segmen.. bukan apa.. aku join segmen ni sebab nak mencuba nasib. dengar - dengar ada hadiah. dalam banyak - banyak aku join segmen..tak pernah lg dapat hadiah ataupun sagu hati..kot2 join yang ni ada rezeki.. (nampak sangat tak ikhlas join segmen).. nak tahu syarat segmen ni..tekan gambar kat atas tu..pegi baca sendiri.

1. Apa - apa je mengenai saya..? tak da apa - apa mengenai saya. masih lagi student yang kena belajar. baru je masuk umur 21 tahun. update blog ni takde time spesifik..main hentam je.. sampai skang status single lg..haha..

2. Tujuan buat blog..? asal buat blog ni adalah perkongsian dengan member untuk update berita - berita sensasi tentang arena bola sepak. tapi, semua member dah pencen..jadi amek alih buat hak milik peribadi..

3. 5 blog yang paling suka lawati. nak list banyak, tapi tuan segmen had takat 5 je..haha.. ni list dia.. :


- belog iffah (bangga la tu)




4. pasal blog tuan segmen. belog tuan segmen ok je.. warna pink..siap gambar tuan belog kelip2 lg. tapi tulisan tu nampak macam susah skit nak baca..ahaha.. tak leh nampak nak membodek sangat kan..?blog sendiri pom tak ok..nak komen blog orang lain


Read More

# 3 ENTRY TANPA TAJUK

22 comments
BR ni untuk awak je...haha


ini adalah entry untuk hari isnin. hari ni adalah exam untuk subjek tauhid 3. entry ni aku karang sebelom aku masuk tido. sekarang ni pukul 12.15 am waktu tempatan. exam plak pkol 10.00 am. nampak...detail plak kan asal usul entry ni dicipta. 

aku rasa roomate sebelah aku berwarganegara Togo ni mesti ada syak wasangka yang baik terhadap aku. " budak ni terer sangat kot... esok exam pom masih sibuk dengan keybod.." haha.. kat sini dengar keyboad.. kat belah sana aku dengar bunyi helaian kertas yang dibelek - belek. amat bersungguh orangnya mengulangkaji pelajaran. 

entry ni bukan apa... aku kagum dengan sifat dia yang memang kaw - kaw belajar. bagi aku.. dia belajar kaw - kaw tu sebab dia ada isteri. dah berumah tangga. isteri pulak berada nun jauh di mata. mesti hati berkobar - kobar, bersemangat untuk habiskan pelajaran dengan cepat. nanti boleh balik dan stay kat togo. tak perlu nak merindu - rindan lagi kan..?

korang rasa la.. kalau aku kahwin dan mempunyai isteri.. agak - agak aku boleh belajar dengan semangat luar biasa ke tak..? cuba bagi pendapat yang bernas sikit.. kalo makin semangat belajar tu.. tak dapat tidak terpaksa kena pertimbangkan permintaan2 orang yang nak jadi isteri aku tu...haha

Read More

makan beralaskan talam

34 comments
makan dalam talam. blh nampak ke lauk apa?


satu talam untuk satu sesi. mesti menghimpunkan banyak cerita dalam satu sesi tersebut. mana tidaknya.. makan ramai - ramai dalam satu talam memang terbaik dan sangat bahagia ketika menghayati hidangan. serius..memang bahagia

dalam satu talam..lauk yang tak sedap pom, mesti jadi lauk kelas A. entah bagaimana..? yang penting, lastnya mesti habis. licin. makan dalam satu talam tak dapat tidak mesti banyak ragam cara orang menjamah hidangan. yang paling popular, makan dengan rakus dan cepat. bukan apa, kalo lambat, takut tak kenyang.

yang penting dan penting, makan dalam talam confirm dapat mengeratkan ukhuwwah. time makan boleh cite topik2 menarik..silap2 haribulan berulamkan daging saudara sendiri..haha.. bila makan dalam satu talam..mesti je ada yang sengaja makan dengan laju pastu blah...sebab apa? sebab tak nak basuh talam.

bila sepuluh tahun akan datang, kenangan makan dalam talam mesti tersemat. mungkin bukan sepuluh tahun.. seumur hidup akan terkenang saat - saat manis makan dalam talam.. apa pagi.. masih ada yang tak nak try ke...?letih aku promote..haha

**ps : yang penting, jangan pakwe makan dengan makwe plak...
Read More
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home
SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia