Skip to main content

Hati dan Perempuan

Wanita itu lembut. Mempunyai hati yang lembut. ye.. hundred percent aku setuju. Hati seorang  wanita adalah hati yang sangat lembut dan mudah terasa. Bahasa mudahnya mungkin sensitif. Cepat emosi adalah bahasa modennya.

Wanita itu sangat kompleks. Tipu kalau seseorang lelaki itu mengatakan yang dia mampu mengenal seluruh hati budi dan tingkah laku seseorang perempuan itu hanya dalam masa sebulan atau pun beberapa tahun. Hampir mustahil. Semakin seseorang lelaki itu menyelami hati seorang perempuan.. semakin itu dia akan rasa yang dasarnya masih lagi jauh ke bawah.. perlu sabar dalam menyelam.. menyelam dan terus menyelam ke bawah untuk mencari di mana dasarnya. Tujuannya hanya satu, untuk mengenali hati seorang wanita yang kita sayangi.

Sebab itu, bila ditanya seorang suami apakah dia sudah kenal isteri dia dengan sebenar - benar kenal..? Tak ramai yang memegang gelaran  suami ini berani mengaku yang dia sudah mengenali isterinya dengan sebenar - benar kenal.. Betul.. Memang betul sebab tugas menyelam untuk mencari dasar hati perempuan itu masih lagi dilakukan oleh sang suami.. Mungkin perlu mengambil masa yang agak panjang bahkan mungkin sehingga akhir hayat biar pun sudah lama mengikat tali perkahwinan. Biar pun sudah beranak pinak dan beranak cucu.

Sebab itu suami yang baik tidak akan mengalah dalam perkara yang dapat memahamkan dia tentang hati isterinya.. Dia tidak akan mengalah dengan terus naik ke permukaan tanpa mengetahui apa yang terdapat di dasarnya. Tentang apa jua perkara yang melibat hati dan perasaan si isterinya. Lelaki yang baik akan cuba menyelam semampu yang mungkin.. Jika dia berasa tekanan itu semakin tinggi.. Dia akan naik ke permukaan.. Menarik nafas, menghirup udara memenuhi tangki paru - paru dan terus menyelam balik.. Hanya semata - mata untuk mengenal siapa itu isterinya.. Ingin mengenal hati seorang wanita yang bergelar isteri.

Perempuan itu kuat. Nampak dari luar memang kuat.. Kita nampak dia okay.. Tapi, lelaki kena ingat.. Kuatnya juga ada had. Hatinya ibarat dibalut dengan tanah liat. Nampak kuat dan keras.. Tapi, bila lama dipanah mentari, basah disirami hujan, sejuk bertemankan embun.. dia akan rekah...akan retak.. perlahan-lahan serpihannya akan jatuh bersemadi dengan bumi.. akhirnya hanya tinggal hati yang suci dan lembut.. bila tiba saat ini.. percayalah, saat itu wanita boleh menangis.. Tahulah kamu sang lelaki yang air mata wanita itu adalah kelemahan terbesar kamu..

Jadi, lelaki fikir balik.. apa yang like and dislike pasal isteri anda.. cuba peka tentang perkara yang isteri ataupun buah hati anda sensitif dan boleh buat dia emo.. kalau banyak sangat yang dia sensitif.. cuba buat list.. dan bila sudah buat list tu.. kena elakkan buat perkara yang dia sensitif tu..

**untuk awak.. saya minta maaf.

Comments

  1. Dah agak..mesti ada kaitan dgn si dia. Biasalah baru bljr kenal..:)

    Tapi sbnrnya kn HJ, manusia ni akan ada perubahan sikap seiring dgn usia/masa. jdnya kita kena sedia & sntiasa bljr sikap baru psgn. Sikap di awal kawin mungkin tak sama lps 5thn kawin.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum H.J....menyentuh hati wanita ni...:)

    ReplyDelete
  3. So lepas ni nak buat list ke? Btw, it's not your fault lah, it's okay, tak ada benda pun. Sorry for it.

    ReplyDelete
  4. good bos.
    sebab ni jugaklah banyak kes cerai.

    apa khabar bos?

    ReplyDelete
  5. Hati wanita sgt lembut. Kadangkala menangis & menitisnya airmata itu bukanlah kerana dia lemah, hanya membuktikan dia juga perlukan kekuatan diri.
    memang kalau nk diselam sehingga dasar lautan pun belum mampu nk memahami 100% hati perempuan. emo pastinya berubah2. tapi percayalah, perempuan hakikatnya sangat mudah dibentuk, dilentuk jika kena dgn caranya..

    Suka baca entri ni, anyway thanks..
    ~follow sini ye

    ReplyDelete
  6. bila baca ini, buat aku untuk menajdi lebih faham tentang perempuan.

    ReplyDelete
  7. Pandai2 lah selami hati wanita ni ye :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-