Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Hujan dan Air Mata

Embun pagi jernih kebasahan. Bersinar bila dipantul cahaya mentari. Perlahan - lahan akan hilang. Pagi Khamis. Alhamdulillah, masih lagi dapat bernafas.. masih lagi dapat menghirup udara - udara untuk memenuhi ruang paru - paru. Masih lagi dihidupkan dalam agama Islam. Satu nikmat yang paling agung sekali.. Bergelar seorang Muslim. Madinah sekali lagi disirami hujan. Rasa - rasanya dah 3x hujan turun sejak masuk musim sejuk ni. Hujan itu sejuk.. Hujan itu juga telah disinonimkan dengan berkat. Kerana itu lah kita digalakkan untuk berdoa bila tiap kali hujan turun. Antara masa mustajabnya doa. Kerana hujun yang turun itu boleh menyuburkan tanah dan seterusnya menumbuhkan benih - benih tumbuhan bersamanya - samanya akan mengeluarkan buah - buahan sebagai hasil. Berkat. Rezeki dari Allah. Ya Allah... sungguh hebat pentadbiran-Mu ya Allah. Hanya orang yang tertutup pintu hatinya yang tidak nampak kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha tiada tandingan. Mungkin sudah nampak dan jel

Kita Satu

Musim sejuk mula menjenguk bumi Madinah. Angin panas perlahan - lahan bertukar dingin. Nikmat Allah. Tapi, nikmat ini mungkin boleh jadi bencana buat orang yang anti sejuk.. hihi.. Siapa yang anti sejuk tu..? Sudah tentu.. mat - mat black dari benua Africa.. Awas.. ini bukan entry racist..!! Sejuk dan panas.. Tak habis kalau kita yang dari Asia ni nak bergaduh dengan mat - mat black pasal isu ini. Mat - mat black membawa hujah yang dingin aircond tu boleh menjejaskan tahap kesuburan lelaki. Tapi, saudara kita di Syria sana, di Palestin sana... tidak kira sejuk.. tidak kira panas.. Tempat diorang hanya ada hujan. Dihujani dengan besi - besi yang bertan - tan beratnya. Dihujani dengan mortar dan juga peluru berpandu. Allah..Sungguh.. hanya Allah yang tahu betapa perit dan pedihnya. Sekarang yang terbaru adalah tentang kerakusan tentera zionis yang buas dan bernafsu menembak dan menyerang saudara - saudara kita di Gaza. Bagaikan menghina umat Islam dengan  melancarkan serangan pada aw

Doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah

ENTRY COPY PASTE. Cuba baca dan faham dan nilaikan.. Tak semua benda boleh dibuat main - main. Dah sesetengah benda perlu tahu asal usulnya. ***************************************************************************** Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun. Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan

Hati dan Perempuan

Wanita itu lembut. Mempunyai hati yang lembut. ye.. hundred percent aku setuju. Hati seorang  wanita adalah hati yang sangat lembut dan mudah terasa. Bahasa mudahnya mungkin sensitif. Cepat emosi adalah bahasa modennya. Wanita itu sangat kompleks. Tipu kalau seseorang lelaki itu mengatakan yang dia mampu mengenal seluruh hati budi dan tingkah laku seseorang perempuan itu hanya dalam masa sebulan atau pun beberapa tahun. Hampir mustahil. Semakin seseorang lelaki itu menyelami hati seorang perempuan.. semakin itu dia akan rasa yang dasarnya masih lagi jauh ke bawah.. perlu sabar dalam menyelam.. menyelam dan terus menyelam ke bawah untuk mencari di mana dasarnya. Tujuannya hanya satu, untuk mengenali hati seorang wanita yang kita sayangi. Sebab itu, bila ditanya seorang suami apakah dia sudah kenal isteri dia dengan sebenar - benar kenal..? Tak ramai yang memegang gelaran  suami ini berani mengaku yang dia sudah mengenali isterinya dengan sebenar - benar kenal.. Betul.. Memang betul

Kurang Tidur Adalah Punca Kegemukan

Kurang tidur boleh menyebabkan kegemukan..? Betul ke..?Ini adalah satu kajian terbaru daripada saintis - saintis yang bertauliah.. Bukannya aku membuat ujikaji sendiri.. Tidur seseorang yang kurang telah menunjuk tidak balas sel terhadap insulin yang boleh memberi kesan kepada berat badan seseorang. Kesan kepada kenaikan berat badan.. Bukannya kepada penurunan. Makin gemuk..bukan makin slim. Menurut kajian diorang, tidur yang kurang ini memberi kesan yang berlainan mengikut jantina  terhadap penerimaan selera makan. Antara lelaki dan perempuan masing - masing ada tindak balas yang berbeza terhadap selera makan bila waktu tidur diorang tidak mencukupi. Lelaki menunjukkan keberangsangan hormon selera makan yang membuak - buak apabila dibiarkan 4 hari tanpa tidur yang cukup, manakala perempuan pula menunjukkan penurunan hormon yang mencetuskan kekenyangan apabila mereka makan. Ini menyebabkan lelaki akan makan sebanyak mungkin disebabkan nafsu makan yang tinggi, dan wanita pula akan m

Manchester United 2 - 1 Arsenal

Nampaknya sangkaan aku yang Arsenal akan menang dengan Man Utd dengan jaringan 4 berbalas 2 ternyata meleset sekali. Jauh sekali meleset. Arsenal nampaknya hilang 3 mata di Old Trafford apabila kalah 1-2. Tak perlu melatah dan tak perlu meroyan apabila team kita kalah. Refree nampak okay je malam ni. Tak nampak sangat macam Man Utd beli.. hehe Gol Man Utd masing - masing dijaringkan oleh bekas kapten Arsenal, RVP seawal minit ketiga lagi dan satu lagi gol daripada Evra pada separuh masa kedua. Kita hanya sempat membalas balik dengan satu jaringan melalui Santi Cazorla. Tu pun dah last - last minit. Tapi terbaik. Banyak benda lagi yang Wenger perlu perbaiki untuk skuad musim ni. Giroud Podolski - Cazorla - Ramsey Arteta - Wilshere Santos - Vermaelan - Metesacker - Sagna Mannone Subs : Martinez - Koscielny - Chamakh - Chamberlain - Arshavin - Jenkinson - Walcott Gambaran ringkas first eleven kita menentang Man Utd. Nampak macam ada sedikit kesilapan bagi aku apabila We

Preview Match Man Utd vs Arsenal

Esok petang ikut waktu sini Man Utd vs Arsenal adalah pada pukul 3.45 petang. Sedang - sedang je lepas asar. Memang ada chance nak tengok walaupun kenangan 'manis' Arsenal dibelasah dengan Man Utd  8-2 masih lagi fresh. Malu dengan fans Man Utd kalau diorang ungkit balik match tu.. Esok Arsenal akan bertandang ke tempat lawan dengan beberapa player yang masih lagi injured. Diaby, Szczesny, Gibbs, Chamberlain dan juga Gervinho. Chamberlain masih lagi 50-50. Antara injured ataupun tak, tunggu pakar kesihatan Arsenal sahkan dulu. Gervinho dijangka akan berehat selama 3 hari lagi. Nampaknya wing kanan esok akan diisi tempatnya oleh Ramsey atau pun Walcott memandangkan Wilshere sudah kembali beraksi. Aku rasa kemungkinan besar adalah Walcott disebabkan persembahan dia yang menarik pada match menentang Reading tempoh hari. Man Utd sebenarnya aku tak kisah sangat. Tapi, kehadiran Persie ni mungkin akan rasa sedikit sangsi dengan barisan penyerang diorang untuk menjaringkan gol. We