Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Semuanya nak Perfect

Lelaki biasanya ada aim dia tersendiri dalam mencari calon isterinya. Ada piawaian yang perlu dipatuhi dan kriteria yang perlu diambil kira. Biasanya lelaki - lelaki awam ni akan memandang rupa sebagai piawaian yang terpenting sekali. Lelaki - lelaki kat luar sana sudah sedia maklum tentang tuntutan Islam dalam mencari teman hidup iaitu agama, keturunan, harta dan paras rupa. Cuba tanya mat rempit  kalau tak percaya. Cuba tanya nak wanita jenis macam mana untuk dibuat isteri. Paling cincau pun diorang mesti nak yang pakai tudung. Tudung separuh macam artis pun jadi la kalau tak dapat yang berlitup sepenuhnya. Ini sudah fitrah manusia. Inginkan kepada kebaikan. Sudah lazimnya wanita yang bertudung dan penuh dengan ilmu agama itu adalah wanita yang baik. Itulah lelaki. Demand sangat. Nak yang perfect. Kalau nak yang perfect tu boleh, tapi kena pastikan yang kita itu adalah betul - betul perfect. Perfect zahir dan batin. Itu semestinya mustahil kerana manusia sendiri bersifat dengan le