Syawal Melayu

12 comments
Selamat hari raya eidulfitri kepada semua blogger ataupun tidak. Pada kesempatan ini aku nak mengucapkan berjuta kemaafan kepada semua yang mengenali diri ini secara live mahupun secara alam maya. Mungkin ada tulisan aku yang menggores hati dan masih lagi berbekas sehingga kini...mungkin ada yang jadi parut yang bisa bernanah kembali.

 Aku tahu yang suasana beraya di Malaysia memang berlainan dengan suasana beraya di negara negara Arab. Setakat aku berada di Mesir dan Saudi, Arab beraya memang aku respect la. Siap saja solat raya. Diorang terus je balik rumah.. masuk bilik and then..tidur. Best kan..? Takde la nak sibuk bejalan sini sana. Ziarah sana sini. Gosip menggosip dan bergelak ketawa.

Tapi, aku cuma pelik dengan sambutan orang Melayu dengan kehadiran Syawal. Sedikit kesal pun ada. Habis je menjamu juadah berbuka puasa terakhir... cepat je bunyi mercun kedengaran. Memang satu pembaziran aku nampak di situ. Mungkin bagi sesetengah orang ianya macam hiburan yang jarang jarang sekali. Tapi, kalau dah terlampau sampai satu kampung berasap dengan asap mercun.. memang lain dah tu.

Syaitan pun mungkin ikut tumpang bergembira sebab ramai anak anak Melayu yang selalu dicanangkan ketuanan Melayu di Malaysia mengikuti jejak langkah dan tabiat mereka (syaitan). Membazir. Lupakah kita yang antara perangai buruk syaitan adalah suka membazir...?! Mungkin tak lupa.. tetapi sekadar beranggapan yang ianya tidak menjadi satu masalah yang besar. Takpe.. sekali setahun..bila lagi kan.??

**amat letih bila pengguna celcom kena mesej dengan orang hotlink kan..? tapi, nasib baik orang celcom pakai upax. dapat juga 6sen satu mesej. yang hotlink mesej orang celcom tak tahu pula berapa sen... :D
**minta maaf juga kepada blogger yang tak sempat aku nak blogwalking..kekangan masa memang amat terhad sekarang ni.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

12 comments:

  1. hammbooiii..sentap nie sebab dkna paka MAXIS hihiiii..

    selamat hari raya..harap mai jln umah dekat ceh jah nie ;p

    ReplyDelete
  2. a'ah aku pon naik nyampah
    sbb mlm akhir ramadhan tu
    berdentum dentam bunyik..
    dah mcm perang rase.. huh~


    untung la jgk pakai Upax..
    aku transfer maxis jd Digi
    je.. baru murah nk sms / kol =P






    slm syawal,
    cik ana

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya hj~
    maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  4. orang melayu suka 'bakar' duit :-)

    ReplyDelete
  5. apa2 punnn org melayu x leh dipisahkan dengan bunga api akk rasa .. ekeke di besarkan juga dgn bunga api ..
    ala kadar sahaja dlm semua hal ;)

    ReplyDelete
  6. Salam syawal, ustaz Jamil.

    maaf kalau-kalau saya ada tersilap tutur kata.

    jemput datang beraya ke rumah, raya ke4 ni. ada majlis sikit.

    salam. :)

    ReplyDelete
  7. hebat nye arg arab.. nk rye kt arab lh thn dpn..

    slmt hari rye =)

    ReplyDelete
  8. hmm patutnya disambut penuh kesederhanaan dan kesyukuran...

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum H.J...beraya dalam kesederhanaan je ingat org yg kurang berkemampuan...:)

    ReplyDelete
  10. lupe nk wish selamat hari raya kat kau

    n selamat terbang semula ke madinah

    ReplyDelete
  11. klu bebudak kt taman umh sewa akak nie kemain ligat main mercun dh la tue main depan umah akak pulak tue tmpt lain xde lampu jalan. sakit hati je rasa mcm nak kuar umah lempang sorg2 grrrrr

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia