Arab dengan Perangainya

15 comments
Aku tak faham betul dengan perangai bangsa Arab ni. Memang betul la bangsa Arab ini adalah bangsa yang paling susah untuk dibentuk. Mungkin lebih keras daripada besi. Sekeras-keras besi itu akan lembut bila dibakar dengan api. Dapat dibentuk buat pedang, dan lembing. Arab..? Bakar dengan api, setengah jam rentung la dia. Haha.

Memang, bukan semua bangsa Arab ni bermasalah. Mungkin sebilangan kecil, atau sebahagian daripada sebilangan kecil itu. Tetapi, perangai arab ni senang sangat nak kenal kalau kita dah kenal mereka. Bagi tempoh masa selama setengah setahun hingga ke setahun. Pelajar - pelajar kat sini biasanya bengang dengan 'management' arab kat sini.

Terbaru, kawan aku terpaksa 'delay' tiket dia untuk pulang ke Malaysia akibat kelewatan visa yang diuruskan oleh pihak universiti. Ini biasanya jarang berlaku. Mungkin satu dalam seratus. Pelajar perlu berurusan dengan arab paling kurang adalah sehari untuk dibuat visa pulang tu. Dalam kes kawan aku, hari rabu minggu lepas lagi dia berjumpa dengan petugas arab yang dikhaskan. Khas untuk pelajar-pelajar tertentu. Kaunter untuk pelajar Malaysia dan beberapa negara Asia yang lain. Rabu, hari last.., Khamis dan Jumaat adalah cuti umum.

Dua hari berlalu, hari sabtu kawan aku pergi balik ke tempat dia minta visa tempoh hari. Tetapi, kaunter yang dikhaskan bagi pelajar Malaysia tu kosong. Tak de orang yang bertugas. Dia bertanya kepada arab di kaunter lain. Jawapannya, arab di kaunter  Malaysia tu sudah bercuti. Biasanya, kalau arab cuti ni bukan sehari..paling cepat pun seminggu. Tambah-tambah pula minggu tu adalah minggu last untuk tahun pengajian 1432/1433 Hijrah.

Nasib baik kawan aku tu jenis yang tak cepat melatah. Masih lagi tenang, bersangka baik. Mungkin pakcik yang menjaga tu dah pass kat pekerja lain visa tu. Tetap 'cool' walaupun tarikh tiket untuk dia fly adalah esok, hari Ahad. Tak nak kata kat orang lain, kalau aku... mungkin dah bagi kata - kata sumpahan keramat kat petugas di kaunter tu. Tapi mungkin dalam hati je la..

Hari ahad keesokan tu dia datang lagi, tanya.. tapi semua petugas kat pejabat tu buat tak endah je. Dibuat macam bola. Tanya orang ni, orang ni suruh tanya orang tu, tanya orang tu, orang tu suruh tanya orang...orang.. orang..entah..berapa banyak orang. Nasib baik tak disebutnya tukang sapu kat situ. Ada sekali tu kawan aku tanya seorang petugas di situ... selamba dijawabnya.. "Aku pekerja baru.." ayat keramat arab untuk berlepas diri. Aku ingat student dia je yang ada jawapan tu bila setiap kali lewat masuk kelas.

Last - last ada seorang arab yang baik hati. Ingat. Set mind tu.. Tak semua arab ye yang malas dan tak bertanggungjawab. Arab ni suruh kawan aku tu datang lepas zohor. Katanya nak pergi check kat pejabat imigresen yang urus visa tu. Datang la member aku lepas zohor. Tapi, nasibnya malang. Arab tu bagitau yang visa kawan aku tu tak de lagi. So, last step untuk kawan aku.. dia terpaksa tunda tarikh fly kepada hari Khamis ni. Sekali dengan aku.

Tetapi, hari ni adalah hari selasa. Hari isnin (semalam) masih lagi tidak siap visanya. Arab Saudi, nak masuk dan nak keluar negaranya perlukan visa. Itu yang menjadi susah sikit. Kawalan yang ketat. Boleh untuk kita katakan yang kawalan dia memang ketat.. tetapi kalau pengurusan dia kekal macam ni, selesa dengan sikap malas dan tidak bertanggungjawab, mungkin yang ketat tu akan berganda keketatan dia tu.

**Semalam (Isnin) aku baru buat visa untuk pulang. Minta-minta sempat siap sebelum hari rabu ni. Kalau tak..hurmmm..minta Allah permudahkan segalanya..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

15 comments:

  1. aduhh kesian ngan kawan adik
    akhirnya dia dpt balik ngan adik tak ?? huhuhu
    kadang2 kalau undang2 ketat tuu bagus .. buts its depends pula pada individu tu .. undang2 aje ketat , dia menjalankan kerja x ketat macam mana uhuhu
    mangsa ?? kiteeeeeeee lahh ..
    sabar lah kan

    ReplyDelete
  2. ssh nye nk hdup kt sane =(

    pas nie buat awal2 lah =)

    ReplyDelete
  3. Kesian kawan kau tu.. Mesti sadis kan?

    ReplyDelete
  4. susah jgk ehh cenggitu. sabar je lahh :))

    ReplyDelete
  5. management kat msia sama gak kot..

    tiap kali berurusan, kna tiap ari pergi pejbt..pdahal bnda ciput je.

    ReplyDelete
  6. isshh ishhh penyabornye kawan ko tu ye..tabik spring lah..kalau mak jem dah melalak kat situ sebab dah target nak fly tetiba visa tak siap...

    ReplyDelete
  7. lambat nye buat

    sbnrnye kalo kite da tau perangai die cmtu
    kne bsedia dr awl

    n gesa dorg

    ReplyDelete
  8. eh!! kak es keturunan Arab ni.. ooo ko kutuk arab yeee.. nasib baik arab ni tau baca melayu.. hehehe tak de lah, gurau je
    Penyakit malas ni, keturunan apa pun ada. kat malaysia ni pun belambak.

    Sabo ye..moga dipermudahkan Allah urusan kalian

    ReplyDelete
  9. Kes naya tu..kesian member HJ.

    *org ckp bngsa Arab agak degil & suka asabiah, tu antara sbb Allah utus Rasulullah ke tanah Arab..utk menyatukn & memperbaiki akhlak. Mcm betul jugak..

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudahkan.. InsyaAllah :))

    Emm kat sni baru ja tukar sistem baru dimana Kitorang xpayah buat visa lagi.. Sbb visa tu dh digabungkan sekali dgn identity card bg org luar.. Selagi identity card tu masih berfungsi maka visa pn masih jalan tak perlu renew :) before ni take time jgak la nk siapkan visa ngn nak buat reentry permit..dgn sistem baru skrg ni dh xpyah buat reentry permit lg dah :) opsss terbebel pnjang pulak sorry

    Slmt berpuasa :))

    ReplyDelete
  11. nape ko buat lmbt sgt dik kang kena tunda flight lagi... sian kt kawan ko tue...

    ReplyDelete
  12. natepokarab!.

    buat masalah jah.
    tak reti nak hormat ore, takleh nak buat kerja molek, ambik mudoh jah.
    aishhh.

    demo timbuk jah sekali.

    hehehe.
    amin, semoga dipermudahkan!

    ReplyDelete
  13. hadoiyai seksanya rase camtu..
    kalo aku kene camtu dah
    merambu air mata rasenye..
    sumpah seranah mybe berbakul..
    tabah kwn ko tu HJ..
    moge2 semua dipermudahkan.. aminn :)








    slm ramadhan,
    cik ana

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum H.J...kenalah bersedia dr awalkan...:)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia