Air zam zam Saudi Airlines

15 comments
Salam 24 Ramadhan. First entry aku sejak sampai di Malaysia 2 3 hari yang lepas untuk tahun kedua cuti musim panas selepas cuti panas pada tahun lepas. Ayat yang berjela tetapi maksudnya jelas kan..?haha.. Tak sempat rasanya nak update bila cuti kali ini amat singkat. Ada perkara yang lebih penting untuk dilakukan.

Cuti aku kali ni dalam 20 hari je lebih atau kurang. Bayangkan flight aku daripada Madinah ke Kuala Lumpur pada 9 Ogos lepas. Sampai KLIApada 10 Ogos dalam pukul 1 petang. Lepas tu flight ke Kota Bharu adalah pada malamnya pukul 10.30 malam. Flight return balik ke Madinah nanti adalah 29 Ogos pukul 3 petang. Memang kejap je aku fikir.

Aku balik hari tu tak bawa banyak barang pun.. Satu luggage yang beratnya 30 kg dan 3 gelen air zam-zam yang masing-masing 10 liter untuk satu gelen. Ketiga - tiga gelen itu adalah air zam-zam yang member tumpang. Malangnya, semua air zam-zam tu tak de time sampai kat KLIA. Puas aku tunggu tempat pick up beg kargo tu. Hilang. Bukan rezeki kita.

Terus aku tanya abang yang bertugas kat situ. Katanya, air zam-zam melalui Saudi Airlines memang tak dapat buat apa-apa kalau hilang. Tak dapat trace katanya walaupun kita buat report. So, aku dengan mudahnya mengalah je la. Tambah - tambah bukan yang aku punya kan..? kekeke.. Member yang balik sekali dengan aku tu masing - masing hilang satu gelen. Saudi Airlines. Memang dah banyak kes macam tu..

Tapi, katanya senior aku, kita mungkin dapat buat report dan suruh pihak dia siasat dengan sticker luggage yang dia bagi. Tapi, dah terlambat masa dia bagitau. Nak pergi KLIA balik pun dah malas. Jadi, kesimpulannya rugi 3 gelen air zam - zam. Tu tak campur dengan masa aku yang rugi time tunggu flight untuk ke Kota Bharu. Dekat dengan 8 jam dibazirkan di KLIA. Haha..
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

15 comments:

  1. tp mak aku aritu sebulan jugak br dapat balik air zam2

    dorg kate prosedur lambat skit kalo saudi ni

    entahla

    welcome back!
    #jom beraya weh

    ReplyDelete
  2. kau dah kat malaysia??boleh lah jumpe.kakaka bawak balik ape untuk aku?? =l

    ReplyDelete
  3. walaupun dengar 20 hari cuti bila tgk balik schedule ermm mcm sekejap je kan

    apa2 pun ok la dapat beraya sama family kan hehehe

    ReplyDelete
  4. xpe la xde rezeki la tue.. janji ko dah selamat sampai sini.. memang kejap jela kan ko blek.. dh la susah nak balek.. korban dik korban

    ReplyDelete
  5. selamat pulang ke malaysia...

    tak pe...anggap je tiada rezeki...

    ReplyDelete
  6. selamat pulang... akak selalu duk beli air zam zam kt farmasi jer...

    ReplyDelete
  7. Sekejapnya cuti..
    Takpe..lupekan blog seketika. family first.

    slmt berhari raya bersama famili!

    ReplyDelete
  8. ayat last tu bole2 pla "haha"..waahaha

    20 hari? huhuhu..kejap jga..dah brp lma tak balik?

    sy cti smnggu je..5 bln da tak blik umah..CUTI PLAK LAMA LAGIII..haha

    ReplyDelete
  9. pnjgnye prjalanan.. emm.. slmat bercuti .. salam ramadhan

    ReplyDelete
  10. ruginye 3 gelen hilang camtu je.
    mmg sllu camtu ke HJ??
    dpt balik beraya kat mesia la ek?
    wahwahwah bahagia la wlpon 20 hari.
    kekekeke~

    ReplyDelete
  11. tak ape, nanti pergi bawak balik lagi. kali ni kena carefully la.. :P

    ReplyDelete
  12. ayoyo, membazir jugaklah kan? sepatutnya dpt report tu, wlupun sekadar air zam2, tapi ia bukan sekadar2, ia bermakna. cewahhh. main2 mcmtu je kan boleh hilang? anehh.

    selamat hari raya. maaf andai ada salah dan silap sepanjang kenal di alam maya mahupun di luar!:)

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia