Skip to main content

Tips Menjaga Selipar di Tanah Haram



Dalam satu jemaah umrah yang berkunjung ke Masjid Nabawi di Madinah pasti akan ada seorang ataupun lebih yang mengeluh. Mengeluh? Ye, mungkin mengeluh. Paling tidak pun dalam hati.. Merintih sayu mengadu kepada Yang Esa. Kenapa?

Ini adalah disebabkan oleh alas kaki mereka yang hilang. Kalau sekali hilang, mungkin boleh bersabar lagi. Keluar masjid, beli yang baru dalam perjalanan pulang ke hotel. Biasanya satu pasang dalam SR 10. Tapi, kalau tiap-tiap kali keluar masjid alas kaki ataupun selipar itu hilang, memang boleh bermain tarik tali dengan tahap kesabaran. Silap tarik, memang tak pergi masjid gamaknya!!

Bagi yang berfikiran positif, mungkin dia menganggap itu sebagai ujian kepadanya sepanjang berada di Tanah Haram. Bersabar dan terus bersabar. Mungkin ada hikmah di dalamnya. Tidak mengapa habiskan duit untuk beli selipar. Selipar yang akan digunakan untuk pergi ke masjid. Menunaikan solat dalam mengadap Sang Pencipta. Ini mungkin ada bagusnya.

Mungkin ada cara untuk mengelaknya. Mungkin boleh pakai tips ini :

Pastikan kita membawa selipar kita masuk sekali dalam Masjid Nabawi. Jangan sesekali tinggal dalam kotak di hadapan pintu masuk. Ini kerana banyak sekali jemaah yang letak selipar kat situ. Kebarangkalian untuk selipar jatuh dan hilang itu tinggi.


Untuk keselamatan yang lebih, pastikan selipar kita itu diletak dalam bungkusan. Bawa bersama-sama masuk dalam masjid. Pastikan selipar diletakkan di rak yang berhampiran dengan tempat kita solat.  Walaupun letak selipar kat dalam masjid, jangan sesekali  jauh daripada tempat kita. Kebarangkalian  untuk kita lupa kepada kedudukan rak selipar masih ada.


Last sekali, pastikan kita ingat nombor rak tempat kita letak selipar. Ini mungkin susah bagi orang-orang tua kerana ada nombor yang mencecah 4 angka. Mungkin ini adalah last choice. Kalau kita ingat nombor rak dan kedudukan rak ni, aku boleh jamin berdasarkan pengalaman yang selipar kita tu tak akan hilang.

Mesti kita nak beribadah dengan tenang tanpa memikir masalah selipar hilang bila sampai di Madinah mahupun Mekah. Jadi, itu semua terpulang kepada taktikal kita untuk menjadikan ibadah kita tenang ataupun kucar-kacir.

Comments

  1. Pakai sliper buruk je la gtu

    ReplyDelete
  2. guting alik atas slipar jepung tu..ore tak sir la curi sebab rongok :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum H.J...menarik ni tips2 yg berguna sekali...:)

    ReplyDelete
  4. wawhhh..bgus adk kte terrr..
    mat slipar penah kno curik dop? hahahah

    ReplyDelete
  5. kan... dari tak tenang pk selipar selipar..kang ibadah pun kemana.. huuuu

    ReplyDelete
  6. agak ahhhhh.. kes selipar hilang masjid ni mmg tak penah setel...

    ReplyDelete
  7. kt mne2 ad je kes hlang selipar ni hahaha...

    ReplyDelete
  8. Hahaha..tengah2 solat dok teringat pasal selipar pulak.. Emm kt sna pn ada jgak kes hilang selipar rupanya..

    Btw slmt berpuasa :)

    ReplyDelete
  9. akak pki kasut je biasanya. mmg letak kat rak.tp selalu je lupa nmbr rak.hahaha.pucat muka cari kasut takda.

    ReplyDelete
  10. mak akak baru balik umrah, selipar dia hilang ntah brapa kali. bungkus & letak rak, tetap hilang. lastly, bungkus & bawak..baru settle problem.

    ReplyDelete
  11. Just wanted to say you have a great site and thanks for posting!…

    ReplyDelete
  12. tak payah cakap dekat Makkah dan Madinah lah kan, dekat Malaysia ni pon ha selalu hilang selipar kalau pergi masjid. mungkin ada yang tersalah sarung ke. kot. kalau sengaja curi tu, memang tempah bala lah kan.

    ReplyDelete
  13. selalu dengar pasal isu ni..lagi2 kat kat sana kan..bagus tips ni H.J..boleh beringat awal2 sebelum terjadi~

    ReplyDelete
  14. bagus tips nie dik
    rasanya kalau di masjid besar di sini pun
    ramai yg amalkan tips nie
    sepcially wanita .. memang kerap ilang selipar ..

    ReplyDelete
  15. ohh.. kat sana pon byk kes curik selipar ke. xtaw menahu plak. btw jom baca pngalaman sy http://hajimins.blogspot.com/2012/08/hilang-versi-selipar.html

    ReplyDelete
  16. hari tu aku pun hilang selipar kat sana.. kalau nk simpan, selamat bungkus dlm beg platsik atau simpan ditempat yg strategik skit, jgn open sgt..

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-