Skip to main content

Ramadhan di Madinah

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah kerana masih sempat diberikan masa oleh Allah di atas dunia ini untuk merasai Ramadhan. Kali ni berganda kesyukuran kerana dapat merasai Ramadhan kali kedua di tanah haram Rasulullah s.a.w. First Ramadhan adalah 3 tahun yang lalu. Ye..3 tahun berlalu.

First day Ramadhan kat sini adalah hari Jumaat. Sehari awal berbanding Malaysia. Petang khamis tu macam dah nampak tanda - tanda yang malam tu akan terawih. Teropong anak bulan. So, awal - awal lagi dah prepare untuk pergi solat di Masjid Nabawi. Teruja katakan.

Firasat yang mengatakan esoknya puasa memang terbukti. Chanel Radio terpasang di dalam kereta. Suara dalam radio, mungkin DJ nya bersemangat mengumumkan yang hari Jumaat adalah jatuhnya Ramadhan di Arab Saudi. Tengok pula update tweet daripada member-member dalam twitter. Jordan pun sama, puasa hari Jumaat. Ireland pun sama. Jumaat dah mula puasa. Malaysia je yang lewat sehari.

TERAWIH

Terawih kat sini tak pelik. Tiap-tiap malam confirm je penuh masjid. Ikut la masjid mana pun. Paling-paling 4 5 saf. Tapi, kita sebagai pengunjung ataupun pendatang kat sini mesti tak nak lepaskan peluang untuk merebut ganjaran yang lagi besar. Ganjaran solat di masjid nabi. Jarang-jarang orang je yang dapat peluang ni.

Solat di sini adalah 20 rakaat. Malam first boleh dikatakan sesak juga masjid. Ramai orang hadir ke masjid nabawi. Tapi, sesak sangat pun confirm je muat masjid tu. Luas. Lebar. Tak muat dalam, kat luar ada lagi. Tapi mesti lebih 'prefer' kat dalam kan? Sejuk. Nyaman.

Setiap malam di Masjid Nabawi, 2 imam akan bergilir untuk setiap 10 rakaat bagi menghabiskan satu juzu' daripada Al-Quran. Keesokan malamnya  2 imam lain pula yang akan bergilir. Jadi, 4 imam kesemuanya. Kebiasaanya, sorang imam akan baca dengan laju dan satu imam lagi akan baca secara mendayu-dayu. Part ni biasanya orang muda tak suka sangat.

Part last adalah part witir. 3 rakaat untuk witir selepas 20 rakaat terawih. Part last sekali witir yang mana imam akan membaca qunut. Lebih kurang 15 minit qunut yang dia baca. Sungguh... memang rasa lain dengan qunut kat Malaysia. Qunut kat sini lebih tajam dan menusuk jiwa jika dihayati dan difahami maknanya dengan baik.

Coretan Ramadhan setakat ni dahulu. Kena prepare untuk exam Feqh malam ni. Moga amalan kita di bulan Ramadhan ini akan diterima dan diganjari oleh Allah Taala.

Comments

  1. Alhamdulillah.bertemu lagi kita di Bulan yang Mulia ini..

    untung awak dapat merasa pengalaman puasa kat sana...

    saya memang teringin sangat nak jejak kaki ke sana.harap2 saya berpeluang untuk kesana...

    ikhlas,dari saya yang jauh di Diamond Bay,Perak,Malaysia..

    hehehehehe

    *lama tak masuk sini...

    ReplyDelete
  2. kalau kat sini nak habiskan 8 rakaat pon dah terhanguk2... paling suka part yang baca laju2 :)

    salam ramadhan ubibadok ;p

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum H.J...selamat menyambut bulan ramadhan yer...bestnya dpt berterawih di sana...:)

    ReplyDelete
  4. bukak pose/bsahur kt sana lak cm ne? xcite skali?

    ReplyDelete
  5. Sambil baca entry ni, sambil membayangkn berada di sana... :)

    ReplyDelete
  6. Qunut je 15minit? lama gak.
    Kat surau akak kejap je.

    Tapi terawih terasa lama sbb tak faham makna surah panjang yg imam baca.
    Bukan salah imam, salah sendiri tak master bahasa arab..bahasa Quran.

    ReplyDelete
  7. ustaz sekolah saya dulu pernah baca doa qunut 15 minit. terkejut jugak masa mula2 tu. pastu baru tahu kalau di sana memang dah biasa macam tu

    ReplyDelete
  8. aku pun heran kenapa Malaysia start puasa lambat sehari. sbb kalau ikut kalendar pun start hari jumaat. tak tentu eh.

    best la kat sana terawih hari hari penuh.kat sini belum sampai sepuluh hari tinggal saf je. hari petama penuh sampai ke luar.

    ReplyDelete
  9. wahhhh sonoknya akak baca pengalaman ko dik...

    ReplyDelete
  10. untunglah dapat rasa peluang macam tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-