Skip to main content

panas membahang

alhamdulilah.masih lagi hidup dengan normal macam orang lain. semua 5 deria masih lagi berfungsi dengan elok. kalau korang yang baca ni terasa yang 5 deria korang masih lagi okay. cuba lahirkan rasa syukur dalam hati tu.. sedikit pun tak pe..hehe.

aku kat sini kena mengharungi suhu 50 darjah celcius..kalau stay kat bilik suhu dalam 20-30 darjah celcius je. so, untuk elakkan kekeringan air dalam badan dan pembaziran air yang terhidrat akibat panas, banyak masa dihabiskan didalam bilik. layan anime naruto sambil belajar bahasa jepun.

aku kena susun masa untuk keluar daripada tempat hibernasi aku dengan baik sekali. memandangkan aku mengambil kelas shortsem, masa untuk berada di bawah terik matahari hanya ketika perjalanan pergi dan balik ke kelas je. memang teruji panas kat sini, nak pergi masjid yang dekat pun iman boleh jadi nipis senipisnya.haha

kena ingat. lain orang lain ujian yang Allah bagi kat kita. kat bawah ada jadual aku sepanjang shortsem. kalau korang nak belajar vocab bahasa arab sikit - sikit.. tengok la jadual tu..pastu buat andaian sendiri..ok tak..? haha


 **kat sini best kalau nak tengok EURO..tak perlu berjaga malam..keke

Comments

  1. panas tu terik ke panas suhu je?
    kalau terik.
    jangan lupa pakai sunblock.
    kang tak pepasal hitammm.
    harharhar

    ReplyDelete
  2. panas gile kat sana.. pi minum banyak2 cepat.. kang kering lak air liuq tu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum H.J....mmg skg musim panas moga berjaya mengharungi cuaca panasdi sana yer...:)

    ReplyDelete
  4. HJ jgn lupa mkn yogurt hari2.time gini mudah sakit.klu suka laban ngap laban pun okey

    ReplyDelete
  5. aah dikk
    tempat akk nie memang panas ponnn
    pagi petang same je , even mlm pun sama .. skrg tiap2 mlm kami pasang aircond huhuh

    ReplyDelete
  6. best la, aku bersengkang mata nak tgk bola haha..

    ReplyDelete
  7. baru terperasan waktu kat sini dengan kat sana berbeza. kalau kami yang di sabah ni macam lebih2 kurang dengan yang di jepun pulak.sabar ye. setiap org ada ujian sendiri. kami di sabah pun panas membahang jugak. tapi tidaklah sampai 50darjah. kat sini lebih sejuk di luar rumah berbanding di dalam rumah. so, lebih selesa ambil angin luar kalau waktu petang.

    ReplyDelete
  8. family aku g umrah pon merungut pns

    siap beli purdah sbb tak tahan terik

    aku nak test la pakai purdah.

    mcm arab skit kan

    ReplyDelete
  9. perghhh, panas juga tu yaa.... apa pun semuanya rahmat Allah swt kan

    ReplyDelete
  10. Weh..panas sungguh. akak kat sini suhu 30°++ pun seksa rasa.

    ReplyDelete
  11. nggeee tok pehe la kito tgk jadual tu. hee.

    sini hok 30 pn panas doh, kali denu xtahu la huhu.

    best la blh tgk euro. kalu mesia gk jadi burung hantu la. hehe.

    ReplyDelete
  12. waaa best ler ko.. Xyah bjaga tgh mlm nk tgk bola..haha

    ReplyDelete
  13. Salam kenal.
    Blog yang baik...worth to read, santai dan comforting. Salam Ukhwah

    ReplyDelete
  14. panasnya..kat sini suhu normal pon dah rasa panas..ermmm...

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-