Skip to main content

orang Jordan datang lagi

hari ahad. hari minggu dan hari untuk santai menyantai. hari ahad juga adalah hari sebenar untuk aku berlepas pulang ke malasia. tarikh yang asalnya termaktub di atas tiket untuk aku terbang bersama sama saudi airlines. tarikh 4 jun plak dijangka kaki aku sudah terpijak di alam nyata. negara nyata bernama Malaysia.kah3

tapi, itulah masalanya. tak jadi balik. extend tiket kepada bulan Julai. entah pape. rugi bilangan hari untuk aku berlibur.. biasanya macam tu la. time cuti lambat lg, mulalah terasa nak balik cepat. haaa.bila cuti dah datang, rasa tak nak pulang.

tersembunyi di dalamnya hikmah. semalam sempat lagi jumpa sahabat dari Jordan yang datang buat umrah. kalau aku balik hari ni, rasanya tak sempat kot nak bermesra. mungkin sibuk dengan persiapan packing & sebagainya. walhal memang tak pernah packing awal pun.

member yang kenal time aku bermusafir kat Jordan tika musim sejuk baru2 ni. sekali kenal, selamanya kita kenal. sekali bersahabat, sampai mati kita bersahabat kan.? orang datang tempat kita, kita pula yang kena layan diorang kan..? tambah2, sorang sahabat aku tu adalah pelakon korea, dan sorang lagi adalah YDP. sebab tu kena layan tu..haha

boleh tahu kan mana satu pelakon korea and mana satu YDP Kelantan.

Comments

  1. yeaaaa...dah nak balik klate... ;p

    ReplyDelete
  2. ni bebetoi rajin blogging ni

    #semangat ape y dtg ni

    ReplyDelete
  3. pulakkk .. x jadi balik lah nie yerr ;)

    ReplyDelete
  4. ada hikmahnya.. suruh ko studi lebih kut walaupun dah cuti.. haha..

    ReplyDelete
  5. balik cpt2..nnt akak kasi hampar karpet merah~ ;p

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum H.J...kesian nyer x dpt balik skg yer moga dpt juga balik ke Malaysia pd bln Julai nanti yer..:)

    caya la ada mamber pelakon Korea...

    ReplyDelete
  7. amboiii xnak balik plak ke huhu

    ReplyDelete
  8. aku bru nk kte slamat pulang trus x jd.. hahahaha :p

    ReplyDelete
  9. wahh pelakon korea..oppa!..kahkahkahkah..obviously boel tau kan mana satu k-pop ngan YDP..

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-