Skip to main content

musibah yang besar

first sekali adalah tahniah kepada rakyat Mesir kerana Dr. Mursi secara sah sudah menjadi presiden Mesir. aku rasa rakyat Malaysia ramai je yang nak Dr. Mursi ni menang, tak nak anak buah si Hosni Mubarak memerintah Mesir. aku pun macam tu juga. nak tengok pembaharuan yang dibuat oleh Dr.Mursi. Hanya dapat memerhati daripada jauh.

Mukadimah untuk entry hari Isnin. Hari minggu je dapat update satu entry untuk satu hari. Hari sekolah tak dapat buat pula. Nak kata busy tak de sangat. Aku pun baru perasan yang dkna ada dok canang-canang nama aku dalam entry dia dua hari lepas. Kalau korang nak tahu, aku dah tackle dkna tu..tapi dia yang jual mahal. Bajet. Haha

Tak nak citer banyak pasal orang jual mahal. Tak de guna juga. Yang penting kita cari apa kelemahan kita sampai orang tak nak terima kita. Hehe. Dkna, tak ada orang yang perfect ada dunia ni. Memang manusia diciptakan macam tu. Mesti ada kelebihan dan kekurangan. Jangan pandang kekurangan je. Tak adil macam tu.

Tapi, dalam tak perfect tu, kita mesti ada bibit-bibit usaha untuk menjadi yang terbaik. Perbaiki kelemahan kita. Pertingkatkan apa yang kurang. Guru aku ada bagitahu yang satu musibah amat besar jika orang yang sudah tahu kelemahan dirinya, tapi dia tak nak perbaikinya. Satu kerugian yang besar.

Abang Faris nyenyak tidur. -gambar hiasan-


**entry ni tak de kaitan dengan dkna.sekadar buat mukadimah je..haha.

Comments

  1. Tang mana musibahnya HJ? ^__^

    ReplyDelete
  2. aku setuju tang klu dh salah tp x reti2 nk betolkn lagi mmg org tue ber prob la.. hihihi

    ReplyDelete
  3. erm musibah terbesar

    aku byk bende tu haha

    bile nk ubah ni

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum h.J...musibah sebesar mana pun tetap kena hadapinya dgn hati yg terbuka ye...:)

    ReplyDelete
  5. kena hadapi dgn tenang dikk
    musibah tu ujian allah
    walau pahit kena hadapi dan telan
    perlahan2 jgn gelojoh ;)

    ReplyDelete
  6. Tuhan bagi kita musibah sebab Dia tau , kita tabah menghadapinya ...

    hemmmm ...

    ReplyDelete
  7. Betul3 .
    eh,
    mcm ade kena mengena je . haha :DD

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Bila jadi sesuatu, cepat fikir, kat mana ada buat silap. Perbaiki.

    ReplyDelete
  9. hohoho..
    mcm tu pun ada ek..
    xpe2..
    tingkatkan usaha, perbaiki prestasi..
    terbaik..


    peace

    ReplyDelete
  10. dkna bukan dah berpunya ke? hehe

    ReplyDelete
  11. haritu ngorat cekk.
    lani ngorat dkna pulak.
    sampai hati hang!
    hmmmmmmmm

    HAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  12. ok..
    cubo tuk beruboh.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. hohoho..
    "mujahidah itu pahit kerna syurga itu indah"
    pernah dgr kan???
    ^__________^

    ReplyDelete
  14. kalau ko tackle terus..aku rase cm secucuk jer ngn ko bro..

    ReplyDelete
  15. mungkin musibah pd sy skng agar sy perbaiki diri. hmm.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  16. oittt oitt oittt mengumpat haish!!! satgi dapat musibah baru tau hahahaaaa

    jual kurma murah2 ok tak,?

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-