kurma madinah

16 comments
Kalau kat saudi, Madinah memang terkenal dengan banyak dan murahnya kurma. Pelbagai jenis kurma boleh didapati kat Madinah. Kalau ada yang datang umrah ataupun haji, dan ingin membeli kurma, aku syorkan untuk beli di Madinah berbanding di Mekah.

Tak rugi kalau ikut apa yang aku syorkan. Percayalah. Sehingga kurma Nabi ataupun kurma Ajwah itu sendiri datangnya daripada Madinah. Setakat yang aku tahu, kurma paling mahal dan sedap pun adalah kurma Ajwah. Ajwah sendiri ada pelbagai jenis dan ada rate harganya yang tersendiri.

Harga biasa untuk kurma Ajwah ni dalam SR 60-70. Bergantung kepada skill masing - masing untuk penawaran. Yang mulutnya manis dapatla murah sikit. Tu gred Ajwah yang standard. Sebulan sebelum Ramadhan biasanya harga kurma sedikit mahal. Stok tak banyak sehinggalah masuk bulan yang mana kurma ini membiak.

Aku bukan nak buat iklan kurma kat sini. Haha. Cuma nak bagitau yang sekarang ni adalah musim kurma sedang berbuah kat Madinah. Kat universiti aku, kurma mula rancak berbuah, dan mungkin Ramadhan nanti dapat dituai. Tapi, tak ramai yang berani nak makan sebab dengar - dengar air siramannya banyak sangat baja organik..haha

kurma Madinah, tapi aku tak tahu jenis apa.
**ada orang yang tak minat makan kurma ke..?
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

16 comments:

  1. lagi dkt ngan hotel lg mahal kurma itu..sekian!

    eh kat qatar pun siram ngan air tuttt...tepi jln penuh pokok kurma tp terbiar camtu je.sayang kan?

    ReplyDelete
  2. suka makan kurma... nk kirim boleh.... hehe

    ReplyDelete
  3. wah..untunglah dapat tengok musim kurma, hehe...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum H.J...kurma bestnya kalau dpt makan kurma...;)

    ReplyDelete
  5. salam..

    nak order...bolehhhh...;)

    ReplyDelete
  6. Rendah ya pokoknya? Tu nmpk mcm dekat dgn tanah.

    Rasa mcm tinggi tengok kat tv.

    ReplyDelete
  7. air siraman bnyk sngt baja organik? mcm mna tu? knpa tk berani nk mkn pulak? awyn tksuka kurma. tp selalu try nk mkn. hehee :D

    ReplyDelete
  8. Ske kurma nabi
    Kecik2 n xmnis sgt

    ReplyDelete
  9. Masa gi dulu pun mmg org pesan suruh beli kurma kat Madinah.. ajwah masa tu kak wan dpt rega SR70..alhamdulillah dpt peluang jenguk kebun kurma dekat pasar kurma

    ReplyDelete
  10. aah ramai juga yg cakap macam tuu .. kurma di madinah lebih sedap dan murah .. insyaallahh nak buat umrah nak beli banyak2 nanti ... aminnnnnnnnn ;)

    ReplyDelete
  11. cube beli n pos kn ke aku cikit.. puase dh nk dkt nie

    ReplyDelete
  12. dl kt sekolah aku ada pokok kurma..tp xberbuah.. aku kemain nk tgk buah kurma mcm mana..hahaha

    ReplyDelete
  13. meyh la deliver kt akak ko nie sikit... kihkihkih

    ReplyDelete
  14. ape lagi beli la buat ole ole.. =p.

    baja organik ?? (O.o)..

    kalau kurma color dlm pix ni dah bole makan ke. slalu beli sume dah kaler cokelat marooon tu.

    ReplyDelete
  15. Kurma Madinah lebih kualiti daripada kurma Mekah.

    Kalau akak pergi umrah,memang beli kat pasar kurma di Madinah je.

    Pastu,jangan beli kat ladang kurma kan?!Sebab harganya sangat mahal.huhuhuu

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia