jujur itu penting

22 comments
kebanyakan dalam sesuatu perhubungan selalu je kita temui kes perpisahan disebabkan dengan tidak jujur. aku selalu je dapat report yang tak jujur kebanyakannya adalah dalam kalangan lelaki. ini memalukan aku sebagai seorang manusia yang berjantina lelaki. amat malu.

serius...jujur dalam perhubungan itu amat penting. aku baru je dapat cerita dari seorang member luar negara. sebuah ikatan yang sah dengan perkahwinan pun boleh becerai berai akibat satu pihak yang tidak jujur. ini amat dikesali dengan seribu penyesalan. seribu penyesalan..ingat tu..

kisahnya tak panjang.. cuma pihak perempuan dapat tahu perkara sebenar. mungkin wanita itu sangat sensitif dengan benda ni. dia dapat tahu yang pihak lelaki ni adalah penghisap rokok yang tegar. sejak berzaman dahulu. zaman bercinta cintun dia dah buat kerja terkutuk ni. dia nekad untuk meminta cerai. demi masa depan yang bebas daripada asap.

nampak tak.. betapa seriusnya. kalau si lelaki berterus terang awal2 yang dia adalah perokok tegar, mungkin tak jadi sampai cerai berai ni. mungkin si wanita takkan kahwin dengan lelaki perokok tu walaupun dah tak ramai lelaki yang tak hisap rokok skang ni.  yang jadi mangsa adalah anak anak..sedih.

**yang benar tetap diketahui walaupun mengambil masa berabad lamanya.

lelaki..sila ambik perhatian..hehe

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

22 comments:

  1. ya,,jujur tu penting..terutamany dlm pkahwinan..

    kalo dah salah, ngaku salah, brubah..ni kras kpala, tu yg smpi cerai tu..huh.

    anyway, sy nmpk jaring bocor..hoho

    ReplyDelete
  2. kadang terlebih jujur ponnn susah jugakk..

    ReplyDelete
  3. betul tu.. sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jugak.. fatin pn tak suka lelaki merokok.. sbb fatin mmg xtahan bau asap rokok tu.. sakit kepala..

    jujur dalam perhubungan.. sbg seorg perempuan, fatin mmg xsuka lelaki yg x bersikap jujur.. better dia bgtau dr awal2.. drpd last2 nt fatin dpt tau sdri.. time tu mmg meletop lah ! haha

    ReplyDelete
  4. Aku mmg stuju ngn pempuan tu

    benci asap rokok

    ReplyDelete
  5. aah janji kita jujur ..
    suami akak x cakap dia perokok tapi boleh tahu dia merokok ..
    bila dah kawin lagilah kuat merokok
    pening kepala sbb akak gagal suh dia berhenti sbb dia perokok tegar huhuh

    ReplyDelete
  6. menyampah beb kalau orng dok menipu ni.. tapi rasanya lagi menyampah kalau orng tak caya apa kita cakap, macam kita plak yg kaki tipu ~_~

    ReplyDelete
  7. tak suko perokok...
    tak suko lelaki xjujur...

    and lebih suko berterus terang..
    klu xsuko.. just say NO.. lalala~

    ReplyDelete
  8. jujur mmg sgt2 penting dalam perhubungan.. dgn kejujuran lahirnya keikhlasan pada pasangan~~

    ReplyDelete
  9. NOTEd! BERLAKU JUJURLAH ANDA..SEBELUM ANDA DIPERLAKUKAN TIDAK JUJUR..

    "ape kebenda aku merepek ni.."

    ReplyDelete
  10. Akak pun sgt marah & kecewa kalau psgn tak jujur.
    Berkata benarlah walau pahit!

    ReplyDelete
  11. haha aku kalau org penipu ni alamatnya mmg takkan aku pandang lg la muka dia..

    err tp kalau boipreng aku tipu aku kompem dpt penampar dua tiga liang! tak caye pergi tanye dia :P

    ReplyDelete
  12. benda dah jadi kan. kalau awal dia bagtau dulu tu, mesti x jadi cmni. kesian pun ada kat both of them. :\

    ReplyDelete
  13. sila bererus terang! pahit nya sekejap cuma.. jgn dibenci selamanya..

    ReplyDelete
  14. uik cmpi mintak cerai ek.....ermmm... ssh gak nk jage aty pompuan nie ye

    ReplyDelete
  15. setiap org mempunyai sikap yg berbeza.. mungkin dia nk mengelakkn diri dari mati akibat asap rokok....

    ReplyDelete
  16. sanggup bercerai sebab kisah lama? ish... tak logik laaaa..

    ReplyDelete
  17. so berlaku jujurlah..dulu pun selalu tidak djujuri..apakah

    ReplyDelete
  18. jujur memang sgt penting..
    dlm perhubungan skng ni, dang menitik beratkan tntg ini jugak..
    siap la dia kalau tak jujur..kuakuakau



    peace

    ReplyDelete
  19. setuju..

    lelaki mmg ptt ambil perhatian yea..hee

    jujur tu sgt penting..wpon menyakitkan hati sebelah pihak yang lain...

    ReplyDelete
  20. harus jujur..lelaki atau pompuan..perit bila dpt tau kebenaran bila da terlambat..huhu~

    ReplyDelete
  21. masa becinta tak merokok ke depan pompuan tu samapi dah kawin baru tau dia perokok tegar?

    lelaki tolg la ambik iktibar. dah byk cerita pasal keburukan merokok ni tapi tetap pandang separuh dari sebelah mata je. haihh.

    ReplyDelete

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda Biarpun Komen - Komen yang Mengguriskan Hati. :(

SETIAP DARIPADA PENULISAN ADALAH KARYA PEMILIK BLOG KECUALI YANG DINYATAKAN. Powered by Blogger.

OWNER

My photo

Tanam Anggur Hijau | Kelantan | Malaysia