Skip to main content

tukang cuci dan tukang sapu

malam tadi aku dengar berita tentang kematian seorang pekerja universiti madinah. pekerja yang lebih dikenali dengan panggilan 'sodiq'. pekerja yang memastikan asrama di universiti islam madinah sentiasa bersih dari sampah sarap.

kebanyakan tukang cuci / tukang sapu ni datangnya dari bangladesh. hampir macam tu kat sini. nama je tukang sapu, mesti terdiri daripada warganegara bangladesh atau seangkatan dengannya. dengar-dengar, pekerja tu mati akibat bunuh diri. menggantung diri sendiri di dalam tandas.

serius.. sedih aku dengar cerita daripada sodiq - sodiq dekat sini. diorang seolah2 macam ditipu. diorang dijanjikan dengan gaji sebanyak SR 1000 untuk sebulan bekerja. tetapi syarikat (dikontrak oleh pihak universiti) yang menggajikan diorang hanya bagi SR 500. hanya separuh untuk bayar sewa rumah dan makan minum.

kebanyakan diorang kat sini sudah ada anak bini. mungkin terdesak. ingin menghantar duit untuk keluarga nun disana. ingin balik tidak mampu.. kenal kumpul duit sendiri untuk tiket flight. terpaksa juga kerja walaupun gaji murah. mungkin yang bunuh diri tu tertekan. mengambil jalan mudah.. tapi, itu bukan satu jalan yang bijak..

**mungkin diorang ditipu oleh agen tak pun diorang tak faham isi kontrak.
**jangan hina jika seseorang itu hanya tukang pungut sampah

sodiq kat sini juga buat OT dengan basuh kereta. SR 10 satu kereta.

Comments

  1. betapa deorang bersusah payah dptkan duit utk sara diri & keluarga..sgt menginsafkan..~

    tp,tu la, agak menyedihkan bila dengar sampai bunuh diri..~

    ReplyDelete
  2. yess... penghinaan adalah perkara yang di benci allah swt.. sedangkan tukang pungut sampah itu juga mencari rezeki yang halal ..

    ReplyDelete
  3. yang penting....rezekinya HALAL....

    Insyaallah mendapat keberkatan

    ReplyDelete
  4. yang penting....rezekinya HALAL....

    Insyaallah mendapat keberkatan

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainailaihirajiuun..

    bsr mcmn pon tekanan,bnuh diri ttp dosa..

    ReplyDelete
  6. janji halal..


    ermm, terasa nk komen gmbr tu.. tp kensel la..

    ReplyDelete
  7. btol tu..jgn menghina jika mereka tu tukang pungut smpah.. mereka buat kerja yg halal..sama mcm kita juga.. bezanya.. cuma jenis pekerjaan saja..

    ReplyDelete
  8. ya Allah, kesiannya dengan sodiq tu. mintak2 kejadian macam tu tak berlaku lagi. pihak yang bertanggungjawab kena insaf ni. tak baik aniaya orang.

    ReplyDelete
  9. tak sepatutnya la kan pandang rendah kerja mereka tu..yg penting halal untuk menyara keluarganya kan..

    ReplyDelete
  10. ekekke tapi tukang cuci kat sini seksi2 kan ekkeke ;)

    ReplyDelete
  11. kesian kan. rata² pendatang yg dtg berkerja kat negeri org akan di perlakukan spt gnie.

    please la majikan...sila jgn makan tulang urat org. dorg tu org susah. please lah!

    hishh! zie plak emo

    ReplyDelete
  12. jgn dhina mereka hanya kerna pekerjaannya..

    ReplyDelete
  13. sedihnya nasib dia kan..
    sbnrnya dia lagi mulia sbb sanggup berkorban pergi jauh demi t/jwb cari rezeki.

    *keta mu?

    ReplyDelete
  14. Haih. Tuntutan hidup boleh bikin gila.

    ReplyDelete
  15. Aniaya orang macam tu. Sekadar dapat rezeki kat dunia, tapi mengundang bala kat akhirat je.

    ReplyDelete
  16. aikk..camne keretaku itu boleh smpai disana nie? haiyyya

    ReplyDelete
  17. sodiq UNSUNG HERO.. ;)

    hm,biler dh mati bru org ingt..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum H.J...kerja apa pun x kisahkan janji kerja itu dan hasil pendapatannya dr rezeki yg halal...:)

    ReplyDelete
  19. sdeynye....sian dia....ngapa yea...bleh dikatakan kt semua tmpt, wujudnye org2 yang ambil kesempatan sebegini...

    ReplyDelete
  20. sedih pulok aku bc entry ko ni weh
    sbb mslh camni..kat negara kita sendiri pun masih ada
    haih

    ReplyDelete
  21. yang kat dlm gmbr tu da ad rupa sodiq da hahaha..
    ciannye dia bunuh diri..
    kenapala dia amik jln pintas mcm tu..

    ReplyDelete
  22. tekanan hidup boleh buat manusia hilang pertimbangan...so sad...

    ReplyDelete
  23. sedihnye.. yup betul.. jangan hina coz kerja mereka sangat mulia.. lau takde dieorang, tak bersih negara .. hukhuk

    ReplyDelete
  24. kesiannyaa...mcm kat malaysia ni la kes pembantu rumah indon tu..lebh krg gtu la..tp skang kan kerajaan indon nak malaysia jaga kebajikan rakyat dia..

    insaf bc..bl kita rs susah..ada org lain y lagi ssh dr kita..bersyukur...

    ReplyDelete
  25. kesian diorang.
    sanggup keje susah2 semata nak tanggung family.
    :(

    ReplyDelete
  26. Allah! kesiannya dorang kena tipu. tekanan hidup kot mendorong bunuh diri

    ReplyDelete
  27. sedihnya bc kisah sodiq ni.wlpn ak x kenal dia, tp sedihnya.yelah part kn tipu satu pastu dia pulun bt mcm2 kerja.mmg rajin tp nk bt mcm mn dh ajal dia.

    suka ayat kau.jgn hina org tu wlpn dia tkg sapu.kita x tau enth2 tkg sapu tu lbh baik amal dia dr kita yg lbh tgg thp pdidikn.

    em, things to ponder.

    ReplyDelete
  28. huhuhu.. kesiannyer.. ambil kesempatan pulak kan.. org nak idup pun susah.. hmm

    ReplyDelete
  29. Kesiannya.. Ditipu oleh majikan.. Tp lg kesian dkat family dia la.. Keputusan utk bunuh diri tu bkn satu penyelesaian yg baik.. Dkat japan pun banyak je kes bunuh diri.. Alasannya tekanan kerja.. Workaholic terlampau smpai xda masa nk release tension sape suruh.. Huhu

    ReplyDelete
  30. oh. ada jugak kes mcm tu? hmm. jahatnya tipu. kesian mereka. ditindas. bersyukur la kita dilahirkan tak susah mcm mereka.

    ReplyDelete
  31. aku rasa betul pe ko cakap. sama ada mereka ditipu atau mereka tak faham kontrak. aku rasa lebih kepada tak faham kot. tp mereka masih ada usaha untuk mencari rezeki halal. terdesah macam mana punmasih tak mencuri.

    ReplyDelete
  32. kesian dia, ambil jalan mudah dengan bunuh diri..hmmmm.

    ReplyDelete
  33. kete spe ko pinjam wt photoshoot ni hah

    ReplyDelete
  34. pekerjaan sebagai tukang sapu sampah dan seangkatan dgnnya adalah sgt mulia!

    bayangkan jika mereka takde??? kotor tau negara tu!

    ReplyDelete
  35. hoho macho brgaya brbaju arsenal bersama cooper :D

    ReplyDelete
  36. klu xde sodiq alamat penuh la smpah sarap kt dunia nie...

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Anda. Saya Hargai Setiap Komen Anda.

Popular posts from this blog

LATA KAHSMIR DI JELI : TEMPAT WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

  Acah-acah model Bollywood Tempat ini dikenali dengan Lata Kashmir yang terletak di Jeli. Cari saja di google maps, ‘Kashmir Jeli’. Google maps akan tunjukkan jalan betul-betul sampai di sini. Di sini adalah kawasan kampung dan akan nampak suasana kampung bila saja masuk simpang Batu Melintang. Lagi cantik kalau arusnya laju Pernah viral kerana tempatnya cantik dengan hamparan rumput menghijau. Kawasan ini pernah viral di instafamous dan juga page-page Facebook yang mengatakan tempat ini cantik menghijau. Tapi, untuk tidak menghampakan korang dan bukannya indah khabar dari rupa, awal lagi aku pesan yang tempat ini akan cantik bila rumputnya baru saja dipotong.  Korang jangan ingat yang rumput ini tumbuh dan tidak panjang-panjang. Nanti bila korang sampai ketika rumput panjang, jangan nak mengeluh. Kalau tak nak kecewa, sila bawa siap-siap mesin rumput di dalam bonet kereta.  Tempat di sana adalah yang tempat larangan dan sudah dipagar Tempat ini adalah kawasan kepunyaan TNB. Bila samp

RENEW LESEN MEMANDU DI PEJABAT POS MALAYSIA SEBAGAI WAKIL

Ini bila aku pergi sebelum pejabat pos buka lagi. Pukul 8.05 pagi Pagi tadi aku pergi ke Pejabat Pos Malaysia untuk memperbaharui aka renew lesen memandu. Tapi bukan lesen memandu aku la. Adik aku minta tolong aku untuk renew lesen memandunya memandangkan dia ni seorang yang sibuk bekerja. Sibuk la sangat sampai tak ada masa nak pergi pejabat pos. Disebabkan aku ni seorang abang yang baik hati lagi berdedikasi, maka aku dengan relanya sanggup untuk menolongnya. Ya lah. Adik sendiri. Tak kan tak nak tolong kan? DAH RAMAI YANG BERATUR Awal pagi lagi aku dah pergi. Pukul 8.05 minit pagi aku dah sampai di Pejabat Pos Pasir Mas, Kelantan. Masya Allah. Sungguh bersemangat dan sungguh berdisiplin anak-anak Pasir Mas kerana bila aku sampai tu, pejabat Pos masih lagi tutup tetapi orang yang beratur sudah ramai. 10 orang tu lebih la. Ini betul-betul menguji tahap kesabaran aku memandangkan aku selalu kalah dengan sabar bila melibatkan perlu beratur panjang.  Aku search google

HIKING BUKIT SALOR : VIEW MENAWAN, AWAN KARPET BERGULUNG-GULUNG

View di puncak Bukit Salor yang tidak mengecewakan Bagi sesiapa yang ingin hiking secara santai-santai, sambil jalan boleh sepak daun, Bukit Salor mungkin boleh dimasukkan dalam senarai. Pemandangannya sangat cantik. Kalau ada rezeki, viewnya nanti ada awan karpet dan dalam tebalnya awan karpet, boleh nampak Gunung Reng yang semacam berusaha untuk menampakkan dirinya. Rezeki dapat parking di starting point Sejak beberapa bulan yang lalu, tempat hiking sudah menjadi viral dan sudah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Tengok sahaja di Kelantan, Bukit Panau yang dulu sunyi dari pengunjung, kini siap dengan ada payung dan gerai seperti pasar tani. Semuanya gara-gara PKP yang berpunca dari COVID-19. Manusia jadi murung bila lama berkurung, dan bila saja diberi kelonggaran untuk bergerak, tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan untuk melepaskan kemurungan kerana berkurung. Trek yang bersimen sehingga ke menara telekomunikasi Bukit Salor pun sama. Kini sudah menjadi tumpuan ramai manusia, lebih-